Tak kenal maka tak cinta
Pulau Ketiga Terbesar Di Dunia, Ketahui Sejarah Pulau Borneo. Percaya tak? Bahawa Borneo merupakan pulau ketiga yang terbesar di dunia. Borneo, sebuah pulau yang dipenuhi dengan cerita dan sejarah yang menarik.
Terletak di antara Pulau Jawa dan Pulau Sulawesi, Borneo dikongsi oleh tiga negara berdaulat iaitu Brunei, Malaysia dan Indonesia (Kalimantan).
Sebelum Perang Dunia II, Borneo menjadi pentas bagi permainan kuasa-kuasa besar. Borneo Utara secara rasminya dikuasai oleh pihak British dalam menjalankan pelbagai perdagangan, dan manakala sebahagian kecil kawasan dikuasai oleh Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu (yang asalnya dari Kepulauan Sulu di bahagian barat Borneo dan selatan Filipina).
Sedangkan dalam pada itu, Borneo Selatan secara rasminya dikuasai oleh pihak Belanda yang juga turut menjalankan pelbagai perdagangan, serta sebahagian kecil kawasan dikuasai oleh Kesultanan Banjar.

Borneo pernah dikenali sebagai ‘Pulau Dewa Laut’
Pulau ini terletak di sebelah utara Pulau Jawa dan di sebelah barat Pulau Sulawesi. Terbahagi menjadi wilayah Brunei, Indonesia dan Malaysia.
Dahulu kala, nama Borneo dikenali sebagai Warunadwipa, yang bermakna ‘Pulau Dewa Laut’.
Nama Borneo adalah nama yang dipakai oleh kolonial Inggris dan Belanda. Meskipun hari ini nama ‘Borneo’ masih digunakan, namun bagi penduduk Indonesia, mereka lebih gemar menyebutnya sebagai “Kalimantan”.
Di Malaysia pula, Sarawak dan Sabah menjadi dua negeri yang mewakili Borneo. Selain itu ada pula kesultanan Brunei.
Dalam bahasa Indonesia dahulu, Kalimantan Utara adalah sebutan untuk Borneo Utara (Sabah), tetapi dalam pengertian sekarang Kalimantan Utara adalah Kalimantan Timur bahagian utara.
Jadi dalam erti luas Kalimantan meliputi seluruh pulau Borneo, sedangkan pada khususnya Kalimantan hanya diajukan pada wilayah Indonesia.
Borneo mempunyai kepadatan penduduk yang agak tinggi bagi setiap batu persegi jika dibandingkan dengan bandar bukan metropolitan yang lain. Dalam tinjauan 2020, didapati Borneo mempunyai populasi 23,720,000.

Kebanyakan penduduk tinggal di bandar-bandar di pantai dan juga mempunyai bandar-bandar kecil dan kampung-kampung di sepanjang badan air
Penduduk terutama terdiri dari bangsa Melayu, Cina dan kumpulan etnik Dayak. Bangsa Melayu terdiri daripada 47% daripada penduduk Sarawak, bangsa Cina pula membentuk 25% – 30% daripada penduduk Sarawak dan penduduk Kalimantan Barat, awalnya berhijrah dari China Tenggara.
Dan manakala kumpulan etnik Dayak, 30% daripada penduduk di Sarawak. Dari pemerhatian yang dilakukan pengkaji, terdapat lebih daripada 40 kumpulan etnik di Borneo, bercakap 65 bahasa atau dialek, kebanyakannya dituturkan di kawasan pedalaman.
Di Kalimantan Tengah juga ada minoriti kecil pengamal agama Hindu Bali. Di pedalaman Kalimantan juga terdapat etnik Penan, yang beberapa masih mengutamakan amalan pemburu-pengumpul dalam mencari sumber rezeki mereka.
Di beberapa daerah pesisir dengan petempatan marjinal dapat dijumpai etnik Bajau, yang sejak lama bertempat tinggal di dekat laut sebagai nelayan dan hidup secara nomad. Di barat laut Borneo, kumpulan etnik Dayak terbesar adalah Iban dengan jumlah lebih kurang 710,000 orang.
Berikut ini adalah daftar 10 bandar terbesar di Borneo berdasarkan perhitungan penduduk 2008 yang disusun oleh The World Gazetteer.
Peringkat Bandar Populasi Negara
- Kuching, Sarawak (632,505) Malaysia
- Banjarmasin, Kalsel (598,518) Indonesia
- Kota Kinabalu, Sabah (543,765) Malaysia
- Pontianak, Kalbar (466,090) Indonesia
- Sandakan, Sabah (453,759) Malaysia
- Balikpapan, Kaltim (453,575) Indonesia
- Bandar Seri Begawan (388,190) Brunei
- Samarinda, Kaltim (356,034) Indonesia
- Tawau, Sabah (354,243) Malaysia
- Miri, Sarawak (257,305) Malaysia