• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

ADUN Pending Kongsi Bakal Hadiri Majlis Angkat Sumpah Gabenor Sarawak Minggu Depan

Oleh
Nazihah AN
25 Januari 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
ADUN Pending Kongsi Bakal Hadiri Majlis Angkat Sumpah Gabenor Sarawak Minggu Depan

Angkat sumpah tersebut bakal diadakan pada minggu hadapan

ADUN Pending Kongsi Bakal Hadiri Majlis Angkat Sumpah Gabenor Sarawak Minggu Depan. Ahli Dewan Undangan Negeri Pending Violet Yong berkongsi di Facebook hari ini bahawa beliau akan menghadiri upacara angkat sumpah Tuan Yang Terutama Sarawak yang baru menggantikan Tun Abdul Taib Mahmud.

Tempoh perkhidmatan Taib, 87 tahun, yang menjadi gabenor Sarawak ketujuh sejak 1 Mac 2014, akan tamat pada 28 Februari, tetapi belum ada pengumuman rasmi sehingga kini.

“Saya akan menghadiri upacara angkat sumpah Tuan Yang Terutama Sarawak yang baru pada hari Isnin ini,” kata Yong dari DAP dalam kiriman beliau beberapa jam lalu.

ADUN Pending Kongsi Bakal Hadiri Majlis Angkat Sumpah Gabenor Sarawak Minggu Depan
ADUN Pending Kongsi Bakal Hadiri Majlis Angkat Sumpah Gabenor Sarawak Minggu Depan

Kongsian tersebut masih terpampang di akaun Facebooknya

Walau bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan identiti pengganti Taib, yang menjadi tumpuan spekulasi hebat beberapa minggu kebelakangan ini.

Setakat ini, beliau tidak memadam kongsian tersebut di laman Facebook miliknya semasa artikel ini diterbitkan.

Bekas Ahli Parlimen Santubong Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar disahkan sebagai calon oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hari Isnin lalu, walaupun bagaimanapun belum dikenal pasti sama ada beliau adalah satu-satunya pesaing untuk senarai yang akan dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Wan Junaidi dilaporkan minggu lalu telah meletak jawatan sebagai presiden Dewan Negara.

Baca juga artikel berkaitan di bawah:

PMX Sahkan Hantar Nama Wan Junaidi Jadi Gabenor Sarawak Ganti Tun Taib
Media Lapor Wan Junaidi Letak Jawatan Presiden Dewan Negara, Mungkin Dilantik Jadi TYT Sarawak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sabah VS Manchester United 1980, Perlawanan Bersejarah Yang Jarang Diketahui Rakyat Malaysia
Next Article Jiran Maut Selepas Berjaya Selamatkan 7 Penghuni Dalam Kebakaran Di Labuan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?