• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Jiran Maut Selepas Berjaya Selamatkan 7 Penghuni Dalam Kebakaran Di Labuan

Oleh
Ismail NA
25 Januari 2024
Kongsi
3 Min Bacaan

Lelaki berusia 41 tahun maut selepas dipercayai menghirup asap berlebihan

Jiran Maut Selepas Berjaya Selamatkan 7 Penghuni Dalam Kebakaran Di Labuan. Dalam sebuah kebakaran yang berlaku di sebuah rumah di Taman Merinding, Labuan semalam, seorang lelaki dengan berani telah menempuh rumah yang terbakar dan berjaya menyelamatkan tujuh keluarga tetapi malangnya, dia tidak terselamat dalam usaha murninya itu.

Hero lelaki yang bernama Gillian Donald, berusia 41 tahun, berlari masuk ke dalam rumah meskipun api sedang marak dan berjaya menarik keluar setiap penghuni ke tempat selamat.

Jiran Maut Selepas Berjaya Selamatkan 7 Penghuni Dalam Kebakaran Di Labuan
Jiran Maut Selepas Berjaya Selamatkan 7 Penghuni Dalam Kebakaran Di Labuan. Sumber: The Star

Dalam kejadian tersebut, Gillian berjaya menyelamatkan enam wanita dan seorang lelaki, di mana tiga daripadanya adalah kanak-kanak. Mereka berusia di antara 4 hingga 67 tahun.

Kebakaran berpunca daripada kereta yang kemudian merebak membakar rumah

Dalam satu kenyataan, Ketua Polis Labuan, Supt Mohd Hamizi Halim berkata, siasatan awal oleh jabatan bomba menunjukkan bahawa kebakaran yang berlaku sekitar 4 pagi di Lot 24, Taman Merinding, Labuan mungkin bermula daripada sebuah kenderaan, milik pemilik rumah, yang diletakkan di luar sebelum ia merebak ke rumah.

Setelah menyelamatkan mangsa yang ketujuh, Gillian menjadi letih dan pengsan. Pihak medik telah berusaha untuk menghidupkan semula Gillian dengan menggunakan kaedah resusitasi kardio-pulmonari (CPR) namun tidak berjaya.

Supt Mohd Hamizi memberitahu bahawa lelaki malang berkenaan telah dihantar ke hospital namun seorang pegawai perubatan mengesahkan dia meninggal dunia, berkemungkinan akibat lemas kerana menghirup asap berlebihan.

Kesemua mangsa yang diselamatkan dalam keadaan stabil

Gillian tidak mengalami sebarang kecederaan di bahagian badan namun siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca dengan lebih mendalam.

Sementara itu, dua orang mangsa yang diselamatkan oleh Gillian iaitu seorang remaja dan seorang wanita dewasa mengalami lecur kebakaran. Mereka dilaporkan pengsan selepas diselamatkan.

Kesemua tujuh orang yang diselamatkan dilaporkan dalam keadaan stabil, di mana kesemua mereka adalah jiran Gillian. Takziah diucapkan buat keluarga Gillian, semoga rohnya bersemadi dengan tenang dan aman.

Selain itu, kenali juga malim gunung Sabah, Rizuan yang membantu membawa keluar kanak-kanak semasa gempa bumi Sabah 2015:

https://www.iloveborneo.my/kenali-malim-gunung-rizuan-unsung-hero-kanak-kanak-semasa-gempa-bumi-sabah-2015/
Kad ATM Ditolak, Lelaki Tawau Ini Jadi ‘Hero’ Bantu Pelancong Asing Dalam Kesusahan
SUMBER :The Star
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article ADUN Pending Kongsi Bakal Hadiri Majlis Angkat Sumpah Gabenor Sarawak Minggu Depan ADUN Pending Kongsi Bakal Hadiri Majlis Angkat Sumpah Gabenor Sarawak Minggu Depan
Next Article Abdul Karim Sahkan Majlis Angkat Sumpah TYT Sarawak Berlangsung 29 Januari Ini Abdul Karim Sahkan Majlis Angkat Sumpah TYT Sarawak Berlangsung 29 Januari Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?