• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ahli Parlimen Stampin Cadang Sarawak Dikecualikan Dari Subsidi RON95, Mohon Harga Lebih Rendah

Oleh
Farisha
7 November 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Chong Chieng Jen rayu Kerajaan Persekutuan kecualikan Sarawak dari subsidi RON95 bersasar

Ahli Parlimen Stampin Cadang Sarawak Dikecualikan Dari Subsidi RON95, Mohon Harga Lebih Rendah. Ahli Parlimen Stampin, Chong Chieng Jen, merayu agar Kerajaan Persekutuan memberi pengecualian kepada Sarawak berkenaan polisi baharu sasaran subsidi petrol RON95.

Beliau menegaskan bahawa pengecualian ini patut dilaksanakan seperti mana yang telah dibuat untuk subsidi diesel di Sabah dan Sarawak.

Ahli Parlimen Stampin Cadang Sarawak Dikecualikan Dari Subsidi RON95, Mohon Harga Lebih Rendah
Sumber foto: Malaysiakini. Ahli Parlimen Stampin Cadang Sarawak Dikecualikan Dari Subsidi RON95, Mohon Harga Lebih Rendah

“Sebagai wakil Sarawak di Parlimen, saya memohon agar Sarawak diberi pengecualian sekiranya kerajaan meneruskan dasar subsidi bertarget untuk RON95, sama seperti yang telah dilakukan untuk diesel,” kata beliau, menurut laporan media tempatan.

Chong menjelaskan bahawa Sarawak merupakan salah satu pengeluar utama minyak negara dan telah menyumbang pendapatan yang besar kepada Kerajaan Persekutuan. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, hasil minyak Sarawak turut menyumbang pendapatan besar kepada kerajaan negeri melalui royalti dan Cukai Jualan.

“Malangnya, rakyat biasa Sarawak masih tidak dapat menikmati sepenuhnya hasil kekayaan alam negeri sendiri. Justeru, harga petrol RON95 yang lebih rendah di pam minyak adalah wajar untuk rakyat Sarawak,” tambah beliau.

Dalam pembentangan Belanjawan 2025 Malaysia Madani baru-baru ini, kerajaan telah mencadangkan pelaksanaan subsidi petrol RON95 bersasar menjelang pertengahan 2025. Program ini dianggarkan bernilai RM12 bilion dan akan memanfaatkan 85 peratus rakyat Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pembentangan belanjawan menyatakan bahawa warga asing dan golongan 15 peratus teratas yang berpendapatan tinggi telah menggunakan 40 peratus daripada subsidi RON95 yang bernilai RM8 bilion.

Baca juga artikel yang berkaitan dengan petrol di Sarawak:

KPDN Pertimbang Benarkan Kenderaan Brunei Beli RON95 Di Sarawak
Padah Jual RON95 Kepada Kenderaan Asing, Stesen Minyak Bintulu Dikenakan Kompaun

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Wanita Muslim Sabahan Dikecam Gara-Gara Lawat Perkuburan Kristian, Ini Respon Beliau Wanita Muslim Sabah Dikecam Gara-Gara Lawat Perkuburan Kristian, Ini Respon Beliau
Next Article Mahu Lintasan Pejalan Kaki Di Satok Berbumbung, Ini Cadangan Netizen Mahu Lintasan Pejalan Kaki Di Satok Berbumbung, Ini Cadangan Netizen

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?