• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Wanita Muslim Sabah Dikecam Gara-Gara Lawat Perkuburan Kristian, Ini Respon Beliau

Oleh
Nazihah AN
7 November 2024
Kongsi
4 Min Bacaan
Wanita Muslim Sabahan Dikecam Gara-Gara Lawat Perkuburan Kristian, Ini Respon Beliau

Wanita Sabah Dikecam Selepas Lawat Kubur Neneknya di Lahad Datu Sempena All Souls Day

Wanita Muslim Sabahan Dikecam Gara-Gara Lawat Perkuburan Kristian, Ini Respon Beliau. Seorang wanita dari Sabah, yang dikenali sebagai Si Miss Nena, kini menjadi sasaran kecaman di media sosial selepas beliau berkongsi pengalaman melawat kubur neneknya yang beragama Kristian di Lahad Datu pada 2 November sempena Hari All Souls Day.

Perkara ini mencetuskan kontroversi kerana beliau, seorang Muslimah, dikatakan terlibat dalam kunjungan ke tanah perkuburan Kristian serta menyalakan lilin di kubur neneknya.

Wanita Muslim Sabahan Dikecam Gara-Gara Lawat Perkuburan Kristian, Ini Respon Beliau

Wanita Sabah Seru Toleransi Selepas Dikecam Lawat Kubur Nenek

Satu akaun X dan juga satu Facebook page telah muatnaik video tersebut beserta kapsyen mengecam tindakan beliau, menambah kepada rentetan komen negatif yang diterima wanita ini. Namun, Facebook page tersebut sempat memadam video tersebut sebelum artikel ini diterbitkan.

Walau bagaimanapun, dalam pada ramai mengecam, terdapat juga ramai yang mempertahankan tindakan Si Miss Nena dengan menyatakan bahawa situasi seperti ini adalah perkara biasa di Sabah dan Sarawak, di mana kebanyakan keluarga terdiri daripada pelbagai agama dan bangsa. Penyokong beliau menegaskan bahawa kehadiran di tanah perkuburan dan memberi penghormatan kepada ahli keluarga berlainan agama adalah sesuatu yang lumrah di Borneo.

Wanita Muslim Sabahan Dikecam Gara-Gara Lawat Perkuburan Kristian, Ini Respon Beliau

Melalui akaun TikToknya, Si Miss Nena menjelaskan perkara sebenar di sebalik kunjungannya itu. Beliau menjelaskan bahawa tujuan utama beliau ke Lahad Datu bukanlah untuk menghadiri Hari All Souls Day, tetapi kerana urusan lain. Namun, apabila ibunya mengetahui bahawa All Souls Day akan tiba, beliau diminta oleh ibunya untuk mewakili keluarga bagi melawat kubur neneknya, meletakkan bunga, dan menyalakan lilin sebagai tanda penghormatan.

“Sewaktu saya ke tanah perkuburan, sebenarnya ada juga Muslim yang lain, yang bertudung, datang untuk melawat ahli keluarga mereka seperti nenek mereka,” kata Si Miss Nena. Tambahnya lagi, tindakan beliau menyalakan lilin hanya berdasarkan permintaan ibunya dan bukanlah sebagai ritual atau upacara tertentu.

“Saya tidak buat apa-apa ritual atau niat lain, hanya buat seperti yang diminta oleh ibu saya, dan saya juga ada ambil gambar.”

Si Miss Nena turut menyeru warga netizen dari Semenanjung Malaysia agar lebih berhati-hati dalam memberi komen, memandangkan kebanyakan kritikan yang diterimanya datang dari sana. Menurutnya, amalan seperti ini biasa dilakukan di Sabah dan Sarawak sebagai tanda penghormatan antara ahli keluarga walaupun berbeza agama.

“Dari perspektif luar mungkin nampak seperti saya menyertai upacara Kristian, tetapi tiada niat begitu,” jelasnya.

Selain itu, Si Miss Nena turut melahirkan rasa terkejut apabila diberitahu bahawa sebagai Muslim, menyalakan lilin mungkin dianggap tidak sesuai. Namun, beliau menekankan bahawa cara penyampaian teguran seharusnya dilakukan dengan penuh hikmah dan beradab.

“Ada cara untuk komen dengan cara yang lebih baik, seperti ‘Sebenarnya tak boleh, tapi mungkin sebab tiada niat.’ Tapi awak terus komen macam-macam, ada yang tuduh saya nak lari daripada agama. Sepatutnya, sebagai Muslim, tunjuk contoh yang baik,” tambahnya.

Lihat video penuh di bawah:

@simissnena_ #fyp #simissnena ♬ original sound – Si Miss Nena

Penceritaan Si Miss Nena ini mendapat sokongan ramai, terutama dari mereka yang memahami situasi keluarga yang berbilang agama di Sabah dan Sarawak. Mereka juga berharap agar masyarakat di Semenanjung lebih memahami adat dan budaya di Borneo serta pentingnya bertoleransi dalam masyarakat majmuk Malaysia.

Baca juga artikel berkaitan di bawah:

Wanita Ini Kongsi Sikap Toleransi Antara Keluarga Kristian Dan Muslim Di Majlis Perkahwinan Di Beluran
Pasangan Cina-Melayu Buat Majlis Resepsi Adat Iban Tarik Perhatian Netizen

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Menang Kes Tuntutan, Malaysia Bebas Dari Bayaran USD 15 Bilion Kepada Pewaris Sulu Menang Kes Tuntutan, Malaysia Bebas Dari Bayaran USD 15 Bilion Kepada Pewaris Sulu
Next Article Ahli Parlimen Stampin Cadang Sarawak Dikecualikan Dari Subsidi RON95, Mohon Harga Lebih Rendah

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?