• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ahli Perniagaan Dari Kuching Hilang RM1 Juta Lepas Jawab Call 14 Saat Daripada ‘Poslaju’

Oleh
Aina Musa
28 Februari 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Ahli Perniagaan Dari Kuching Hilang RM1 Juta Lepas Jawab Call 14 Saat Daripada 'Poslaju'

Awas dengan panggilan telefon palsu!

Ahli Perniagaan Dari Kuching Hilang RM1 Juta Lepas Jawab Call 14 Saat Daripada ‘Poslaju’. Seorang ahli perniagaan kerugian RM1 juta setelah menjadi mangsa penipuan walaupun tidak memberi OTP (one time password) kepada satu panggilan kononnya dari PosLaju.

Perkara itu dimaklumkan Michael Kong, Setiausaha Politik Ahli Parlimen Stampin Chong Chieng Jen pada sidang media di ibu pejabat Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak di sini, hari ini.

Ahli Perniagaan Dari Kuching Hilang RM1 Juta Lepas Jawab Call 14 Saat Daripada ‘Poslaju’. Kredit: Berita Harian

Menurut Kong, mangsa dikenali sebagai ‘Mr Lee’ menerima panggilan telefon daripada orang tidak dikenali yang mendakwa dirinya dari PosLaju pada Ahad (26 Februari 2023), memaklumkan terdapat satu bungkusan ditujukan kepadanya, meminta OTP banknya.

Meragui panggilan telefon tersebut

Menyedari sesuatu yang tidak kena, ‘Mr Lee’ terus mematikan panggilan tersebut, tambahnya.

“Selepas menerima panggilan itu, Mr Lee memutus menyemak akaunnya untuk kepastian dan mendapati RM1 juta lesap dari akaun Maybank tanpa kebenarannya.

“Menurut rekod bank Mr Lee, wang tersebut telah dipindahkan (ke syarikat telekomunikasi kebangsaan) dan terus menghubungi bank tersebut untuk melaporkan kejadian itu dan membuat laporan polis,” jelas Kong.

Kong menambah, RM1 juta telah dipindah keluar dari akaun bank ‘Mr Lee’ menerusi dua transaksi iaitu RM500,000 masing-masing tanpa sebarang OTP atau notifikasi dihantar kepadanya.

Urusan transaksi tanpa sebarang notifikasi?

Sehubungan itu, beliau meminta Maybank memberi penjelasan kukuh dan munasabah bagaimana transaksi melibatkan jumlah yang begitu banyak boleh berlaku tanpa sebarang OTP atau notifikasi dihantar kepada pemilik bank.

“Jika seseorang mahu mengeluarkan wang tunai RM20,000 dari akaun banknya di kaunter, rata-rata bank sekarang akan meminta pemegang akaun mengisi borang dan menjawab beberapa soalan bagi mengesahkan pengeluaran,” tambahnya.

Baca lagi artikel terkini:

‘Sebijik Macam Awie Dan Ziana Zain’, Penyanyi Iban Dan Brunei Ini Raih Perhatian Netizen
Salah Cas Harga Dan Servis Lambat, Wanita Kecewa Dengan Kecuaian Sebuah Restoran Di Kuching
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ais Kantong Legend Di Kuching, Anda Perlu Singgah Ke Ah Yong ABC Di Wayang Street Ini
Next Article Dipaksa Batal Persembahan, Penari Terkilan Disingkir 'Last Minute' Di Stadium Perpaduan Kuching Dipaksa Batal Persembahan, Penari Terkilan Disingkir ‘Last Minute’ Di Stadium Perpaduan Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?