I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Air Sungai Berwarna Merah, Hidden Gem Di Bako Ini Digelar ‘Black Pearl Pool’
Notification Show More
Latest News
Netizen Luah Rasa Geram Wanita Mengandung Ditinggal Suami Di Klinik
Netizen Luah Rasa Geram Wanita Mengandung Ditinggal Suami Di Klinik
19 Mei 2022
Video Ambulans Tercabut Pintu Belakang Dilanggar Hilak Di Jalan Bau Kuching [Video] Ambulans Tercabut Pintu Belakang Dilanggar 'Hilak' Di Jalan Bau-Kuching
[Video] Ambulans Tercabut Pintu Belakang Dilanggar ‘Hilak’ Di Jalan Bau-Kuching
19 Mei 2022
Selamba 'Cilok' Kenderaan Dari Kiri, Aksi Pacuan Empat Roda Di Jalan Airport Kuching Ini Dikecam Netizen
Selamba ‘Cilok’ Kenderaan Dari Kiri, Aksi Pacuan Empat Roda Di Jalan Airport Kuching Ini Dikecam Netizen
19 Mei 2022
1F8708C6 082F 482F 89DB 7F1D08B8D78C Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Penyakit Tangan Kaki Dan Mulut Meningkat 51 Kali Ganda Di Sabah Tahun Ini Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut Meningkat 51 Kali Ganda Di Sabah Tahun Ini
Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut Meningkat 51 Kali Ganda Di Sabah Tahun Ini
19 Mei 2022
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Contact
  • Blog
  • Complaint
  • Advertise
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

Air Sungai Berwarna Merah, Hidden Gem Di Bako Ini Digelar ‘Black Pearl Pool’

Nur Afifah
Oleh Nur Afifah
Dikirim pada 14/05/22 7:59 PM
Kongsi
5 Min Bacaan
BeFunky collage 2022 01 24T154807.772 Air Sungai Berwarna Merah, Hidden Gem Di Bako Ini Digelar 'Black Pearl Pool'
Kongsi
Sponsored

Sejuk dan menyegarkan!

Air Sungai Berwarna Merah, Hidden Gem Di Bako Ini Digelar ‘Black Pearl Pool’ . Dah pernah sampai ke Black Pearl Pool? Tak pernah lagi? Rugilah!

Meh kita kongsi sikit salah satu kawasan trekking hutan yang dianggap masih belum diketahui umum di Sarawak. Menerusi perkongsian seorang peneroka destinasi semula jadi tegar di Sarawak, Ismail Bin Roslan, air terjun tersembunyi ini terletak jauh di kawasan hutan Gunung Kelambu Lang di Bako, Kuching.

Sponsored
Air Sungai Berwarna Merah, Hidden Gem Di Bako Ini Digelar 'Black Pearl Pool'
Air Sungai Berwarna Merah, Hidden Gem Di Bako Ini Digelar ‘Black Pearl Pool’ . Kredit : FB Ismail Bin Roslan

Black Pearl Pool atau lebih dikenali dengan nama Lang Waterfall

Air terjun Lang (Lang Waterfall) ini turut digelar sebagai Black Pearl Pool kerana aliran airnya yang serba hitam dan jernih. Warna hitam dalam kolam air terjun ini mencerminkan kedalaman kolam ini sehingga ia digelar permata hitam atau ‘black pool’. Kadang kala, air di aliran air terjun ini juga seakan-akan berwarna kemerahan terutama sekali apabila terkena pancaran matahari!

Destinasi Tersembunyi Di Bako Ini Digelar 'Black Pearl Pool' Kerana Air Sungainya Yang Berwarna Merah
Kredit : FB Ismail Bin Roslan

Untuk ke sini, anda perlu ditemani oleh jurupandu yang merupakan orang Kampung Sungai Bako sendiri. Jurupandu ini boleh ditempah dengan yuran sebanyak RM 35 sahaja termasuk upah jurupandu, bayaran masuk dan tempat letak kereta.

Sponsored

Anda juga dinasihatkan untuk memakai kasut yang sesuai seperti kasut getah atau ‘adidas’ kampung. Elakkan memakai kasut sukan yang cantik dan stylish kerana percayalah, anda pasti akan menyesal dan menangis melihat keadaan kasut anda yang diselaputi tanah setelah keluar dari hutan Kelambu Lang.

Destinasi Tersembunyi Di Bako Ini Digelar 'Black Pearl Pool' Kerana Air Sungainya Yang Berwarna Merah
Kredit : FB Ismail Bin Roslan

Trail mendatar dengan jarak perjalanan 2 hingga 3 jam

Perjalanan ke Lang Waterfall ini adalah sejauh lebih kurang 6 km dan mengambil masa selama lebih kurang 2 hingga 3 jam, bergantung kepada kelajuan anda. Trailnya agak mendatar, sekali sekala terdapat bentuk muka bumi yang turun naik. Jadi ianya sesuai untuk pendaki pemula dan sederhana. Tapi jangan underestimate pula. Sejujurnya, anda perlu mempersiapkan stamina dan mental yang secukupnya untuk ke sini kerana perjalanan yang agak jauh dengan keadaan jalan yang sedikit licin, terutamanya selepas waktu hujan.

Sponsored
Destinasi Tersembunyi Di Bako Ini Digelar 'Black Pearl Pool' Kerana Air Sungainya Yang Berwarna Merah
Kredit : FB Ismail Bin Roslan
Destinasi Tersembunyi Di Bako Ini Digelar 'Black Pearl Pool' Kerana Air Sungainya Yang Berwarna Merah
Kredit : FB Ismail Bin Roslan

Lebih kurang 200 meter selepas anda berjalan dari tempat letak kereta, anda akan menemui sebuah gerbang batu besar dengan papan tanda Kelambu Lang. Sebelum anda menemui jalan mendatar untuk anda jungle trekking ke kawasan air terjun ini, anda terlebih dahulu akan melalui sebuah kawasan berbatu dan sempit yang dinamakan sebagai Trail Mukadimah oleh jurupandu. Trail ini adalah trail khas untuk ke Bukit Tinjau di mana anda akan dapat melihat pemandangan kampung-kampung di sekitar Bako. Cool gila!

Waktu yang sesuai untuk anda mendaki atau jungle trekking ke Lang Waterfall ini adalah sewaktu awal pagi sekitar jam 6 pagi kerana pemandangan Bukit Tinjau pada waktu ini masih diselaputi kabus yang menyejukkan mata dan minda.

Sponsored

Aliran sungai berwarna merah berasal daripada pohon pelawan

Aliran air sungai yang berwarna merah ini dikatakan berasal daripada pohon pelawan atau nama saintifiknya, Tristaniopis merguensis Griff. yang pada zahirnya mempunyai kulit kayu berwarna merah. Kayu-kayu ini tumbuh berdekatan dengan sungai di kawasan Kelambu Lang, dan kadang kala tumbang ke dalam sungai, menjadikan airnya bertukar menjadi kemerah-merahan.

Destinasi Tersembunyi Di Bako Ini Digelar 'Black Pearl Pool' Kerana Air Sungainya Yang Berwarna Merah
Kredit : FB Ismail Bin Roslan
Destinasi Tersembunyi Di Bako Ini Digelar 'Black Pearl Pool' Kerana Air Sungainya Yang Berwarna Merah
Kredit : FB Ismail Bin Roslan

Seeloknya, bawalah jaket keselamatan jika anda kurang mahir berenang kerana kolam Black Pearl Pool ini bukan untuk pemula. Menurut jurupandu, Black Pearl Pool ini dianggarkan mempunyai kedalaman sejauh 6 kaki.

Sponsored

Bagi anda yang gemar melakukan aktiviti trekking terutamanya di dalam hutan, trekking ke Black Pearl Pool ini pasti memberikan anda kepuasan, apatah lagi terdapat air terjun yang cantik dan jernih menanti anda di penghujung destinasi!

Anda boleh menghubungi khidmat jurupandu ke Lang Waterfall dengan melayari Facebook mereka, Gunung Kelambu Lang Sg Bako.

Sponsored
Untitled design 1 Air Sungai Berwarna Merah, Hidden Gem Di Bako Ini Digelar 'Black Pearl Pool'

Terbang Ke Sarawak dengan Malaysia Airlines

Nikmati “Malaysian Hospitality”
beli tiket MAS

Bukan itu sahaja, terdapat banyak lagi syurga ‘hiking’ dan air terjun yang boleh anda terokai di Sarawak :

Sponsored
Nur Afifah 14 Mei 2022
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Rumah Gergasi Pelbagai Haiwan Dan Tumbuhan KLB Garden Tebedu Wajib Masuk Dalam Wishlist Anda Rumah Gergasi Flora Dan Fauna, KLB Garden Tebedu Wajib Masuk Dalam Wishlist Anda Rumah Gergasi Flora Dan Fauna, KLB Garden Tebedu Wajib Masuk Dalam Wishlist Anda
Next Article BeFunky collage379 Hujan Batu Kerana Tangisan Lelaki Tua, Ini Sejarah Gua Silabur Di Serian Hujan Batu Kerana Tangisan Lelaki Tua, Ini Sejarah Gua Silabur Di Serian

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

1F8708C6 082F 482F 89DB 7F1D08B8D78C Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Artikel Ini Dibawakan Oleh
BeFunky collage 46 Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
BeFunky collage 48 5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village
BeFunky collage473 FIRESTARTER, Kem 2 Minggu Berasaskan Cabaran Dan Gamifikasi Maya Untuk Mencipta Inovasi Sosial
FIRESTARTER, Kem 2 Minggu Berasaskan Cabaran Dan Gamifikasi Maya Untuk Mencipta Inovasi Sosial
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

tuaran 7 Hidden Gems Menarik Yang Anda Mesti Pergi Di Tuaran
Tempat Menarik

7 Hidden Gems Menarik Yang Anda Mesti Pergi Di Tuaran

16 Mei 2022
Rumah Gergasi Pelbagai Haiwan Dan Tumbuhan KLB Garden Tebedu Wajib Masuk Dalam Wishlist Anda Rumah Gergasi Flora Dan Fauna, KLB Garden Tebedu Wajib Masuk Dalam Wishlist Anda
Tempat Menarik

Rumah Gergasi Flora Dan Fauna, KLB Garden Tebedu Wajib Masuk Dalam Wishlist Anda

14 Mei 2022
blind massage 1 Urutan Padu Daripada Warga OKU, Ini 3 Pusat Refleksologi Wajib Kunjung di Kuching
Tempat Menarik

Urutan Padu Daripada Warga OKU, Ini 3 Pusat Refleksologi Wajib Kunjung di Kuching

14 Mei 2022
Menawan Waterfall, Keindahan Alam Yang Tersembunyi Di Belaga
Tempat Menarik

Kenali Menawan Waterfall, Hidden Gem Yang Tersembunyi Di Belaga

14 Mei 2022

Kategori

  • Cerita Borneo
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • #innovatesarawak

Polisi

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat

Hubungi kami

Pengiklanan & advertorial berbayar : [email protected]

Isu berkaitan konten :
[email protected]

 

 

Follow US

A Part Of Borneo Digital

Removed from reading list

Undo
AdBlock Detected
Our site is an advertising supported site. Please whitelist to support our site.
Okay, I'll Whitelist
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?