Air Terjun ini menjadi tarikan bagi penduduk tempatan di sini
Terokai Air Terjun Wong Ruan, Port Rekreasi Menarik Di Ulu Sarikei. Air terjun yang terjaga dan terbuka untuk semua menjadi salah satu tarikan para penduduk setempat untuk menghabiskan masa hujung minggu di sini.
Air Terjun Wong Ruan yang terletak di Ulu Sarikei ini merupakan tempat yang harus menjadi pilihan untuk anda terutamanya untuk yang berapa di zon tengah Sarawak. Hanya mengambil masa lebih kurang dari beberapa jam dari pekan Sarikei, anda akan melihat mercu tanda yang berwarna-warni menandakan anda sudah sampai ke destinasi.

Ada track pejalan kaki sepanjang 1.0 kilometer.
Setelah tiba, anda akan mengambil masa untuk berjalan kaki dengan menggunakan track yang telah dibuat unntuk anda menuju ke air terjun Wong Ruan sepanjang 1.0 kilometer. Hal ini menarik kerana dalam masa yang sama anda dapat menikmati pemandangan dan aroma hutan yang masih terjaga.
Dengan kejernihan air terjun ini, anda pasti melupakan seketika hiruk pikuk dunia bandar. Bukan itu sahaja, tarikan jambatan gantung turut menjadikan destinasi air terjun Wong Ruan pilihan untuk menikmati suasana hujung minggu yang menarik.

Pelbagai kemudahan disediakan untuk para pengunjung
Pelbagai kemudahan disediakan untuk para pengunjung seperti tempat untuk berbarbeque. Ini sangat sesuai untuk kegunaan pengunjung yang ingin menghabiskan masa dengan keluarga atau kawan-kawan setelah kepenatan menempuh berjalan sepanjang 1.0 kilometer dan bermandi-manda.