I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: Air Terjun Lusong Laku Lubok Memancing Ikan ‘Kayangan’ Empurau
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Aktiviti Menarik

Air Terjun Lusong Laku Lubok Memancing Ikan ‘Kayangan’ Empurau

Oleh Aina Musa 14 September 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Air terjun Lusong Laku lubok bagi kaki pancing ikan air tawar

Air Terjun Lusong Laku Lubok Memancing Ikan ‘Kayangan’ Empurau. Pasti ramai kaki pancing tidak mengetahui, air terjun Lusong Laku ini merupakan lubok bagi mendapatkan ikan empurau.

Air terjun Lusong Laku ini terletak di Ulu Belaga. Untuk sampai ke air terjun ini bukanlah sesuatu yang mudah. Perjalanan ke air terjun ini memakan masa sekitar tujuh jam perjalanan dari Bintulu.

Air Terjun Lusong Laku Lubok Memancing Ikan 'Kayangan' Empurau
Air Terjun Lusong Laku Lubok Memancing Ikan ‘Kayangan’ Empurau

Pengunjung akan menggunakan jalan biasa terlebih dahulu selama empat jam dan tiga jam menggunakan jalan balak untuk tiba di lokasi.

Air Terjun Lusong Laku Lubok Memancing Ikan 'Kayangan' Empurau
Kredit foto: Richard Jeyz

Kaum Penan jana pendapatan dengan memancing ikan empurau.

Majoriti penduduk di kampung ini terdiri daripada kaum Penan. Mereka menjana pendapatan tambahan dengan memancing dan menjual ikan emparau kepada peraih.

Kawasan tersebut dikatakan lubok untuk memancing ikan ‘kayangan’ empurau kerana ikan tersebut hanya hidup di kawasan air deras seperti air terjun Lusong Laku ini.

Ikan ini digelar sebagai ikan ‘kayangan’ kerana harganya yang mahal sehingga boleh mencecah RM 250 sekilogram bergantung kepada saiz.

Manakala bagi pasaran luar, ikan ini mampu mencecah antara RM 700 hingga RM 1200 sekilogram.

Selain ikan empurau, ikan air tawar seperti ikan baong dan ikan semah juga boleh didapati di sini.

Air Terjun Lusong Laku Lubok Memancing Ikan 'Kayangan' Empurau
Ikan Semah. Kredit foto: Richard Jeyz

Air terjun Lusong Laku turut terkenal sebagai destinasi pelancongan.

Selain dikenali sebagai lubok memancing ikan empurau, air terjun Lusong Laku ini juga turut terkenal sebagai destinasi pelancongan di Sarawak.

Pelancong memilih untuk berkunjung ke sini kerana air terjun ini menyerupai Niagara Falls yang terletak di Kanada.

Mendapat jolokan Air Terjun Niagara Malaysia, khazanah alam yang tersembunyi jauh dari bandar Bintulu ini memiliki ketinggian lebih 20 kaki dan 50 meter lebar.

Secara tidak langsung, air terjun Lusong Laku ini sangat sesuai dilawati oleh penggemar sukan lasak.

Pengunjung dinasihatkan untuk menaiki pacuan empat roda memandangkan laluan yang digunakan agak mencabar.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengapa air terjun Lusong Baku ini digelar Niagara Falls, baca artikel ini pula:

Ini pula sebab mengapa ikan empurau merupakan ikan ‘kayangan’ :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Cikgu Suruh Murid Berusia 12 Tahun Panggil ‘Daddy’, Dikenakan Bon 6 Bulan Di Kuching
Next Article Niat Nak Tukar Syiling Jadi Tunai, Pelanggan Ini Kesal Hanya Dapat Baucer Pasaraya Sah Sehari

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Mastermind Di Sebalik Ruang Komuniti Seni Think & Tink, Kenali Arkitek Wanita Berjiwa Borneo Ini
Cerita Borneo 11 Mac 2023
Dari Oversea Ke Kota Kinabalu, Ini Kisah Bagaimana Idea Mural Tiang Pemuda Ini Menyatukan Artis Lokal Di Sabah
Cerita Borneo 4 Mac 2023
Wanita Ini Antara Penyambung Legasi Dastar, Tenunan Berwarna Warni Dari Sabah
Wanita Ini Antara Penyambung Legasi Dastar, Tenunan Berwarna Warni Dari Sabah
Cerita Borneo 18 Februari 2023
TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak
#innovatesarawak 27 Januari 2023
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?