• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pemilik Kedai Mohon Maaf, Insiden Penari Singa Dibaling Mercun Selesai Secara Baik Di Sandakan

Oleh
Farisha
16 Februari 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Kes tidak diingini semasa persembahan tarian singa berakhir dengan baik

Pemilik Kedai Mohon Maaf, Insiden Penari Singa Dibaling Mercun Selesai Secara Baik Di Sandakan. Baru-baru ini, satu video viral menunjukkan satu insiden di mana penari singa dilempari bunga api semasa persembahan mereka di hadapan sebuah kedai di Sandakan, Sabah.

Menurut laporan, Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Polis Abdul Fuad Abdul Malek menyatakan bahawa insiden itu dipercayai berlaku pada malam Isnin, 12 Februari yang lepas.

Pemilik Kedai Mohon Maaf, Insiden Penari Singa Dibaling Mercun Selesai Secara Baik Di Sandakan
Pemilik Kedai Mohon Maaf, Insiden Penari Singa Dibaling Mercun Selesai Secara Baik Di Sandakan. Sumber: Instagram

Walaupun laporan polis telah dibuat, beliau menjelaskan bahawa kedua-dua pihak yang terlibat telah menyelesaikan perkara itu secara baik di antara mereka.

Sudah berdamai, dan tiada sebarang kecederaan

“Pemilik kedai itu telah meminta maaf kepada penari-penari singa dan mereka telah mencapai perdamaian. Tiada sebarang kecederaan juga dilaporkan,” tambah Abdul Fuad.

Video yang menjadi viral itu menunjukkan seorang wanita melemparkan mercun api ke arah penari singa semasa mereka sedang menari.

Dikhabarkan dua orang daripada penari singa itu telah melarikan diri apabila mercun api itu meletup di kaki mereka. Hanya seorang penari tinggal dan terus menari serta melompat-lompat untuk menghabiskan persembahan walaupun dalam keadaan seperti itu.

Difahamkan, insiden itu adalah satu insiden yang tidak diingini tetapi pihak yang terlibat telah berdamai semula melalui rundingan sesama sendiri tanpa melibatkan pihak polis.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Lelaki Blazer Merah Akui Kesilapan, Mohon Maaf Kepada Rakyat Sabah
Flat Sri Sabah Terbakar Disyaki Berpunca Dari Masalah Pendawaian Elektrik
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini 4 Lokasi Art Gallery Date Yang Boleh Anda Kunjungi Di Kuching Ini 4 Lokasi Art Gallery Date Yang Boleh Anda Kunjungi Di Kuching
Next Article Air Terjun Lusong Laku Lubuk Memancing Ikan Kayangan Empurau Air Terjun Lusong Laku Lubuk Memancing Ikan Kayangan Empurau

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?