• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

AirAsia Kembali Dengan Kempen Tempat Duduk Percuma Termasuk Ke Sabah Sarawak

Oleh
Husna Hazmi
15 Februari 2025
Kongsi
4 Min Bacaan

Promosi hebat AirAsia kini kembali untuk anda!

AirAsia Kembali Dengan Kempen Tempat Duduk Percuma Termasuk Ke Sabah Sarawak. AirAsia kembali menawarkan kempen Tempat Duduk PERCUMA dengan tambang promosi sehingga 15 juta tempat duduk ke lebih 130 destinasi. Kempen ini membuktikan komitmen AirAsia dalam menyokong kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) oleh Tourism Malaysia untuk meningkatkan sektor pelancongan negara. 

Para tetamu boleh memilih untuk mengunjungi destinasi menarik di Malaysia seperti ke Johor Bahru, Miri, Bintulu, Sandakan dan banyak lagi dari Kuala Lumpur dengan tambang bermula daripada RM39 termasuk semua sehala. Bagi pengembara yang ingin menerokai destinasi antarabangsa seperti Singapura, Da Lat, Phuket dan banyak lagi mereka boleh menikmati tambang daripada RM75 termasuk semua sehala.

AirAsia Kembali Dengan Kempen Tempat Duduk Percuma Termasuk Ke Sabah Sarawak
AirAsia Kembali Dengan Kempen Tempat Duduk Percuma Termasuk Ke Sabah Sarawak. Sumber gambar: AirAsia

Tempat Duduk Percuma untuk penerbangan domestik dan antarabangsa

Untuk penerbangan domestik, AirAsia menawarkan Tempat Duduk Percuma untuk penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Miri, Bintulu, Sandakan, Sibu dan juga Johor Bharu!

Selain itu, nikmati pengalaman percutian bersama AirAsia X ke destinasi menarik seperti Changsha, Perth, Shanghai, Almaty, Nairobi dan banyak lagi dengan tambang bermula daripada RM359 termasuk semua sehala atau nikmati perjalanan dengan lebih selesa dengan tempat duduk Premium Flatbed yang telah memenangi pelbagai anugerah dengan tambang bermula RM899 termasuk semua sehala.

AirAsia Kembali Dengan Kempen Tempat Duduk Percuma Termasuk Ke Sabah Sarawak
Sumber gambar: AirAsia

Sempena pelancaran kempen ini, AirAsia menganjurkan acara Tempat Duduk Percuma di Johor Bahru City Square Mall selama dua hari bermula hari ini. Para pengunjung boleh memenangi hadiah eksklusif daripada AirAsia Duty Free & Merchandise, Santan, AirAsia MOVE and lain-lain. Acara ini turut menampilkan persembahan artis tempatan dan sesi bual bicara yang menarik bagi memeriahkan suasana.

Amanda Woo, Ketua Pegawai Komersial AirAsia Aviation Group berkata: “Kami berbesar hati untuk menawarkan sehingga 15 juta tempat duduk promosi kepada para tetamu untuk merancang perjalanan mereka dengan lebih berpatutan sehingga tahun 2026. Kempen ini adalah sebahagian daripada komitmen kami unutk menyokong inisiatif VM2026, bukan sahaja untuk menarik pelancong ke Malaysia tetapi juga bagi mempromosikan destinasi di Asean, selaras dengan misi utama kami sebagai jenama tempatan di peringkat Asean.

“Sebagai syarikat penerbangan dengan rangkaian luas di Asean, kami yakin dapat membantu mencapai sasaran 35.6 juta kedatangan pelancong untuk VM2026, serta memastikan setiap negeri di Malaysia bersedia menjadi destinasi pelancongan pilihan ramai.”

AirAsia Kembali Dengan Kempen Tempat Duduk Percuma Termasuk Ke Sabah Sarawak
Sumber gambar: AirAsia

Promosi bermula 15 Februari 2025 hingga 23 Februari 2025

Promosi Tempat Duduk PERCUMA AirAsia bermula hari ini, 15 Februari 2025 pada jam 12 tengah hari hingga 23 Februari 2025 di airasia.com atau menerusi aplikasi AirAsia MOVE untuk perjalanan antara 1 Julai 2025 hingga 15 Jun 2026.

Kempen Tempat Duduk PERCUMA ini hanya terpakai untuk TAMBANG ASAS sahaja, tidak termasuk caj perkhidmatan penumpang, caj perkhidmatan pengawalseliaan, surcaj bahan api dan caj-caj lain yang berkaitan. Tertakluk pada terma dan syarat lain.

Tambang promosi termasuk semua sehala bermula daripada RM39 (Domestik), RM75 (Antarabangsa) dan RM359 (Antarabangsa), termasuk caj perkhidmatan penumpang, caj perkhidmatan pengawalseliaan, surcaj bahan api dan caj lain yang berkaitan. Tertakluk pada terma dan syarat lain.

Lagi berita menarik untuk anda di sini:

AirAsia Buat Tawaran Tiket Penerbangan Kuala Lumpur-Sarawak/ Sabah Serendah RM68 Sehala
AirAsia Tawarkan Full Credit Refund Kepada Penumpang Terjejas Banjir Di Sarawak
SUMBER :AirAsia
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Restoran Gua Pertama Di Singapura Ini Ambil Inspirasi Dari Gua Mulu Sarawak
Next Article AirBorneo Fokus Harga Tiket Mampu Milik Dan Berpatutan Buat Rakyat

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?