• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

AirAsia Lancar Penerbangan Baharu Kuching Dan KK Ke Subang Serendah RM88

Oleh
Nazihah AN
23 Julai 2024
Kongsi
3 Min Bacaan
AirAsia Lancar Penerbangan Baharu Kuching Dan KK Ke Subang Serendah RM88

AirAsia Buka Laluan Baharu, Subang ke Kuching dan Kota Kinabalu Bermula Ogos 2024

AirAsia Lancar Penerbangan Baharu Kuching Dan KK Ke Subang Serendah RM88. AirAsia, syarikat penerbangan tambang murah terkemuka di Asia, mengumumkan pelancaran penerbangan baharu dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Subang) ke Kuching dan Kota Kinabalu bermula 30 Ogos 2024.

Langkah ini menandakan pencapaian penting dalam sejarah syarikat penerbangan tersebut dan menyokong inisiatif pemulihan semula Lapangan Terbang Subang.

Jangan lupa claim free checked baggage 15KG pada bahagian add ons😉

Penerbangan baharu ini akan beroperasi sebanyak 14 kali seminggu, menawarkan pilihan tambahan kepada penumpang yang ingin mengembara antara Semenanjung dan Malaysia Timur. Harga promosi yang menarik ditawarkan, bermula serendah RM88 sehala dari Kuching ke Subang dan RM99 sehala dari Kota Kinabalu ke Subang.

Para pelanggan boleh membuat tempahan melalui aplikasi rasmi AirAsia atau laman web syarikat dari sekarang hingga 28 Julai 2024, untuk penerbangan dari 30 Ogos 2024 hingga 8 Oktober 2025. AirAsia juga menawarkan bagasi daftar masuk percuma seberat 15kg untuk setiap penumpang, yang boleh dituntut di bahagian “Add-ons” semasa proses tempahan.

Jadual Penerbangan dari Subang (SZB) ke Kuching (KCH):

LaluanNo. PenerbanganPerlepasanPenerbanganKekerapan
Subang – KuchingAK 42359:3011:20Setiap Hari
Kuching – SubangAK 423412:4514:30Setiap Hari
Subang – KuchingAK 423715:0016:50Setiap Hari
Kuching – SubangAK423617:4019:30Setiap Hari

Jadual Penerbangan dari Subang (SZB) ke Kota Kinabalu (BKI):

LaluanNo. PenerbanganPerlepasanPenerbanganKekerapan
Subang – Kota KinabaluAK 41026:259:00Setiap Hari
Kota Kinabalu – SubangAK 410320:3023:00Setiap Hari
Subang – Kota KinabaluAK 410413:5516:30Setiap Hari
Kota Kinabalu – SubangAK 410517:0019:35Setiap Hari

Penerbangan dari Subang ke Kuching mengambil masa 1 jam 50 minit, manakala penerbangan ke Kota Kinabalu pula mengambil masa 2 jam 30 minit. Kedua-dua laluan ini dijangka akan memudahkan perjalanan perniagaan dan pelancongan, serta menyokong pertumbuhan ekonomi di ketiga-tiga bandar tersebut.

Pelancaran penerbangan baharu ini merupakan sebahagian daripada strategi pengembangan AirAsia di Malaysia, sejajar dengan pemulihan industri penerbangan pasca-pandemik. Ia juga mencerminkan komitmen syarikat untuk menyediakan pilihan penerbangan yang lebih luas dan mampu milik kepada rakyat Malaysia.

Baca juga artikel menarik di bawah:

AirAsia Raih Anugerah Syarikat Penerbangan Kos Rendah Terbaik Dunia Kali Ke-15
AirAsia Lancar Laluan Baharu Dari Kota Kinabalu Dan KL Ke Ningbo China

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kes Bunuh Zulfarhan, 6 Bekas Pelajar UPNM Dijatuhkan Hukuman Gantung Sampai Mati
Next Article Batik Murut Ubah Pedalaman Nabawan Sabah Jadi Pentas Pertunjukan Fesyen Buat Julung Kali

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?