• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

AirAsia Lancar Laluan Baharu Dari Kota Kinabalu Dan KL Ke Ningbo China

Oleh
Nazihah AN
3 Julai 2024
Kongsi
4 Min Bacaan
AirAsia Lancar Laluan Baharu Dari Kota Kinabalu Dan Kuala Lumpur Ke Ningbo Di Wilayah Zheijiang

AirAsia lancar dua laluan baharu untuk perkukuh kedudukan sebagai syarikat penerbangan asing terbesar di China

AirAsia Lancar Laluan Baharu Dari Kota Kinabalu Dan KL Ke Ningbo China. AirAsia memperkukuh kedudukannya sebagai syarikat penerbangan asing terbesar di China dengan pelancaran dua laluan baharu dari hab utama di Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu ke Ningbo di wilayah Zhejiang, China.

Pengumuman laluan baharu ke Ningbo ini menandakan destinasi ke-17 bagi AirAsia Group di China, dikendalikan oleh AirAsia Malaysia (kod penerbangan AK) dengan sejumlah enam penerbangan mingguan. Bermula 1 Ogos, para pelancong kini boleh terbang secara terus dari Kuala Lumpur atau Kota Kinabalu mulai 2 Ogos ke Ningbo dengan tiga penerbangan mingguan.

AirAsia Lancar Laluan Baharu Dari Kota Kinabalu Dan KL Ke Ningbo China
AirAsia Lancar Laluan Baharu Dari Kota Kinabalu Dan KL Ke Ningbo China

Tambang promosi serendah RM 268 sehala

Bagi meraikan pelancaran laluan baharu ini, AirAsia menawarkan tambang promosi dari Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu ke Ningbo bermula daripada RM268 termasuk semua* sehala dan tambang asas  CNY138** sehala untuk penerbangan dari Ningbo.

Tambang promosi kini boleh ditempah di aplikasi AirAsia MOVE (sebelum ini dikenali sebagai AirAsia Superapp) atau airasia.com mulai hari ini hingga 7 Julai 2024, untuk perjalanan antara 1 Ogos hingga 26 Oktober 2024.

Kemasukan rakyat Malaysia ke China tanpa visa adalah sah untuk lawatan pelancongan selama 30 hari sehingga akhir tahun 2025.

Bandar Ningbo terletak di bahagian timur wilayah Zhejiang merupakan salah satu bandar tertua di China yang kaya dengan warisan budaya dan berperanan sebagai bandar pelabuhan penting.

AirAsia Lancar Laluan Baharu Dari Kota Kinabalu Dan KL Ke Ningbo China
Perpustakaan tertua di China, Tian Yi Ge – salah satu tarikan di Ningbo, China. Kredit foto: Imagechina

Terkenal dengan mercu tanda budaya dan sejarah yang menarik, Ningbo menjadi destinasi pilihan bagi pelancong yang ingin menikmati pengalaman yang menakjubkan. Para pengembara dapat menerokai Tian Yi Ge, perpustakaan tertua di China yang terletak dalam bangunan bersejarah memiliki elemen kebudayaan abad ke-16.

Pengembara juga boleh menikmati pemandangan pergunungan memukau di Tasik Dongqian. Selain itu, Bandar Xikou yang menawan dengan landskap dan daya tarikan sejarahnya yang unik turut menawarkan pelbagai kekayaan warisan budaya untuk diterokai di Ningbo.

Berikut adalah jadual penerbangan laluan dari Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur ke Ningbo

Jadual Penerbangan antara Kota Kinabalu (BKI) dan Ningbo (NGB):

LaluanNo PenerbanganPerlepasanKetibaanKekerapan
Kota Kinabalu – NingboAK15187:4512:05Rabu, Jumaat, Ahad
Ningbo – Kota KinabaluAK151912:5517:05Rabu, Jumaat, Ahad

Jadual Penerbangan antara Kuala Lumpur (KUL) dan Ningbo (NGB):

LaluanNo PenerbanganPerlepasanKetibaanKekerapan
Kuala Lumpur – NingboAK1806:5012:05Selasa, Khamis, Sabtu
Ningbo – Kuala LumpurAK18112:5518:10Selasa, Khamis, Sabtu

*Tambang promosi adalah termasuk semua sehala. Termasuk cukai lapangan terbang, fi MAVCOM, surcaj bahan api dan caj-caj lain yang berkenaan. Bergantung kepada kelulusan kerajaan. Tertakluk pada terma dan syarat lain.

**Tambang ASAS yang dinyatakan adalah untuk perjalanan sehala sahaja, tidak termasuk cukai lapangan terbang, fi MAVCOM, surcaj bahan api dan caj-caj lain yang berkenaan.  Terma dan syarat dikenakan.

Tebus Diskaun RM3 AirAsia Ride
Klik butang untuk menebus diskaun RM3 semasa anda menempah AirAsia Ride
(untuk pengguna pertama kali)
Tebus Sekarang

Lagi laluan penerbangan baharu AirAsia baru-baru ini:

Bakal Terbang Ke Afrika, AirAsia X Buka Laluan Baru Kuala Lumpur Ke Nairobi
AirAsia Lancar Laluan Baharu Kota Kinabalu-Manado Sulawesi Utara

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lelaki Diarah Berkelakuan Baik Selama 6 Bulan Gara-Gara Bergurau Guna Pistol Mainan Di Metrocity Lelaki Diarah Berkelakuan Baik Selama 6 Bulan Gara-Gara Bergurau Guna Pistol Mainan Di Metrocity
Next Article Pempengaruh Asal Korea Selatan Terpukau Dengan Tangga Rumah Melanau Di RWMF 2024

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?