• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

AirAsia Lanjutkan Tempoh Sah Akaun Kredit Sehingga 2 Tahun, Beri Pilihan Tukar Penerbangan Tanpa Had

Oleh
ILB - AI
7 Mei 2020
Kongsi
3 Min Bacaan

AirAsia akan terus memantau keadaan dan sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan

AirAsia Lanjutkan Tempoh Sah Akaun Kredit Sehingga 2 Tahun, Beri Pilihan Tukar Penerbangan Tanpa Had. AirAsia kini telah melanjutkan tempoh sah Akaun Kredit sehingga 730 hari (2 tahun), selain memberi pilihan pertukaran penerbangan tanpa had.

AirAsia Lanjutkan Tempoh Sah Akaun Kredit Sehingga 2 Tahun, Beri Pilihan Tukar Penerbangan Tanpa Had
AirAsia Lanjutkan Tempoh Sah Akaun Kredit Sehingga 2 Tahun, Beri Pilihan Tukar Penerbangan Tanpa Had

Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan AirAsia, para tetamu yang mempunyai tempahan penerbangan sedia ada dibuat pada atau sebelum 17 April 2020 dengan tarikh perlepasan antara 23 Mac 2020 dan 30 Jun 2020 kini boleh memilih daripada pilihan berikut

1. Pertukaran tarikh penerbangan tanpa had: Tukar tarikh penerbangan anda sebelum 31 Oktober 2020 di laluan yang sama tanpa had dan tanpa bayaran tambahan tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk; ATAU

2. Akaun Kredit: Kekalkan nilai tambang tempahan anda ke dalam akaun Ahli AirAsia BIG yang boleh ditebus dalam masa 730 hari kalendar (2 tahun) bermula dari tarikh yang dikreditkan untuk perjalanan masa akan datang bersama kami. Tarikh perjalanan boleh dibuat pada bila-bila masa selagi mengikut penerbangan yang telah dikeluarkan di airasia.com.

Para tetamu yang layak boleh merujuk kepada Panduan COVID-19 untuk langkah-langkah berhubung dengan bot sembang AVA di support.airasia.com atau airasia.com untuk membuat pilihan mereka dengan segera.

Bagi tetamu yang telah menerima Akaun Kredit mereka sebelum pengumuman ini juga boleh memohon untuk melanjutkan tempoh sah Akaun Kredit mereka yang belum digunakan melalui AVA.

Semua maklumat ini terpakai hanya untuk tempahan dalam talian yang dibuat secara langsung dari laman web airasia.com. Untuk tempahan berkumpulan atau tempahan yang dibuat melalui ejen pelancongan, sila rujuk kepada ejen anda untuk bantuan seterusnya.

Berikutan keadaan yang tidak dijangka ini, kami mengalami peningkatan pertanyaan yang maksimum pada masa ini. Kami terus berusaha sepanjang masa untuk menawarkan bantuan kepada mana-mana tetamu yang terjejas akibat gangguan perkhidmatan, dan kami amat menghargai kesabaran anda.

Kesihatan dan kesejahteraan para tetamu dan kakitangan kami sentiasa menjadi keutamaan. Kami terus mengikuti rapat situasi kesihatan awam dan mematuhi sepenuhnya nasihat oleh kerajaan dan pihak berkuasa kesihatan global.

AirAsia akan terus memantau keadaan dan sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan. AirAsia juga mempunyai hak untuk mengumumkan sebarang polisi baharu berdasarkan perkembangan terkini berkenaan situasi COVID-19.

Untuk perkembangan terkini, ikuti AirAsia di Twitter (@AirAsia) dan Facebook (facebook.com/airasiaph) atau hubungi pasukan sokongan pelanggan di Twitter (@AirAsiaSupport) atau di support.airasia.com. Tetamu juga dinasihatkan untuk menyemak status penerbangan mereka di airasia.com/flightstatus untuk maklumat yang terkini.

Sebelum ini, AirAsia mengumumkan mereka menyambung kembali penerbangan ke Sabah Sarawak :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article BSN Buka Kaunter Bergerak, Mudahkan Rakyat Luar Bandar Di Pakan
Next Article Lawatan Semasa Raya Tidak Dibenarkan, Walaupun Dalam Daerah Sendiri Lawatan Semasa Hari Raya Tidak Dibenarkan, Walaupun Dalam Daerah Sendiri

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?