• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Lawatan Semasa Hari Raya Tidak Dibenarkan, Walaupun Dalam Daerah Sendiri

Oleh
ILB - AI
7 Mei 2020
Kongsi
3 Min Bacaan
Lawatan Semasa Raya Tidak Dibenarkan, Walaupun Dalam Daerah Sendiri

Sorry gais, ngabang masa Raya dilarangkan

Lawatan Semasa Hari Raya Tidak Dibenarkan, Walaupun Dalam Daerah Sendiri. Hari ini diumumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dimana lawatan semasa Raya tidak dibenarkan, walaupun sudah mempunyai kelonggaran selaras dengan garis panduan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Isi Isi Penting
  • Sorry gais, ngabang masa Raya dilarangkan
  • Tidak semua pergerakan dibenarkan masa ini
  • Menasihatkan orang ramai untuk meneruskan kawalan kendiri
  • Jom Baca Artikel Lain :
Lawatan Semasa Hari Raya Tidak Dibenarkan, Walaupun Dalam Daerah Sendiri
Lawatan Semasa Hari Raya Tidak Dibenarkan, Walaupun Dalam Daerah Sendiri | Kredit BH Online

Tidak semua pergerakan dibenarkan masa ini

Beliau berkata walaupun kerajaan sudah membenarkan pergerakan tanpa had masa antara daerah, namun penziarahan semasa Hari Raya masih tidak dibenarkan. Mengenai hal ini, beliau berkata aktiviti sosial dan sukan tertentu tidak dibenarkan.

“Sebagai contoh, permainan bola sepak masih tidak dibenarkan kerana ia berada dalam senarai negatif, namun sukan lain seperti badminton dan golf dibenarkan. Seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, pulang ke kampung untuk berhari raya tidak dibenarkan,” kata beliau.

Lawatan Semasa Hari Raya Tidak Dibenarkan, Walaupun Dalam Daerah Sendiri
Permainan bola sepak antara sukan yang masih tidak dibernakan. Kredit: Semuanya BOLA

Menasihatkan orang ramai untuk meneruskan kawalan kendiri

Beliau menyentuh perkembangan yang lain dimana orang ramai dinasihatkan untuk mengekalkan kawalan kendiri walaupun PKPB memberi banyak kelonggaran pergerakan. Disiplin dan tanggungjawab terhadap keselamatan dan kesihatan diri, keluarga dan masyarakat harus diletakkan di tangan sendiri.

“Undang-undang boleh tetapkan apa saja tetapi ia terpulang kepada kita hendak patuhi undang-undang itu atau tidak. Sekarang pun ramai yang melanggar peraturan,” ujar beliau.

Beliau menggunakan negara Taiwan sebagai contoh dimana negara tersebut tidak pernah melaksanakan perintah berkurung atau kawalan pergerakan rakyatnya namun negara tersebut mempunyai kes Covid-19 paling rendah, dengan enam kematian sahaja, turut menjadikan negara tersebut negara paling rendah dalam kes Covid-19 dicatatkan.

Taiwan merupakan negara terendah dalam catatan kes Covid-19, dengan enam kematian sahaja. Negara tersebut tidak melaksanakan perintah berkurung atau kawalan pergerakan, disebaliknya rakyat sendiri mengambil tindakan. Kredit: BioSpectrum Asia

Wah! Rakyat Taiwan memang pande jaga dirik. Semoga contoh mereka dijadikan teladan untuk semua.

Kepada mereka yang nak menziarahi member kat rumah masa Raya kelak, tahan-tahan dulu ya! Biar tahun tok kita sik sambut perayaan dengan kawan-kawan atau saudara mara, agar tahun depan dan tahun-tahun yang akan datang kita dapat sambut sama-sama.

Raya open house etiquette: Dos & don't - iproperty.com.my
Bertahan lah kita semua untuk tahun ini, agar tahun depan kita semua boleh sambut sama-sama. Kredit: iProperty

Jom Baca Artikel Lain :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article AirAsia Lanjutkan Tempoh Sah Akaun Kredit Sehingga 2 Tahun, Beri Pilihan Tukar Penerbangan Tanpa Had
Next Article Seluruh Syarikat Akan Diarahkan Tutup Sekiranya Salah Satu Staff Disahkan Positif COVID-19 Seluruh Syarikat Akan Diarahkan Tutup Jika Salah Seorang Staff Disahkan Positif COVID-19

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?