Sebuah jet AirAsia dinamakan ‘Irene’ sebagai penghormatan kepada bekas Ketua Lembaga Pelancongan Sabah
AirAsia Menamakan Jet ‘Irene’ Sempena Bekas Ketua Lembaga Pelancongan Sabah Sebagai Penghormatan. ‘Iron Lady’ pelancongan Sabah, Datuk Irene Benggon Charuruks telah meninggal dunia pada hari Isnin, 15 Februari lalu. Mendiang berusia 70 tahun.
Sebagai penghormatan, pengasas syarikat penerbangan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes, mengatakan bahawa salah satu jet syarikat itu akan dinamakan ‘Irene’ untuk menghormati mendiang.

Kali pertama syarikat itu menamakan pesawat dengan nama seseorang
Menurut laporan, Tan Sri Tony Fernandes mengumumkan perkara itu menerusi sebuah video yang disiarkan di papan penghargaan yang dibuat dalam talian oleh keluarga Irene.
Mendiang merupakan ketua Lembaga Pelancongan Sabah selama 25 tahun dan dikatakan “mempunyai hubungan istimewa” dengan pengasas syarikat penerbangan itu.
“Datuk Irene ialah seorang wanita yang sangat luar biasa dan sangat istimewa, dan saya mahu orang tahu kisahnya dengan saya dan AirAsia,” kata Tony dalam video berdurasi 3:24.
Ini adalah kali pertama syarikat berkenaan menamakan pesawatnya dengan nama seseorang.

Seorang sahabat yang istimewa
Menerusi video tersebut, Tony menyatakan bahawa sebelum beliau membeli AirAsia dengan pengasas bersama Datuk Kamarudin Meranun dan Datuk Pahamin A. Rejab pada tahun 2001, akhbar The Edge telah mengisahkan tentang bagaimana mereka ingin memperoleh syarikat penerbangan terbabit dan mendiang Irene ialah orang yang mengganggapnya serius.
“Saya menerima panggilan telefon, mendiang mengatakan bahawa mendiang mahu terbang dari Sabah untuk menemui saya dan menyokong AirAsia. Itu sangat berwawasan,” tambahnya lagi.
Beliau tak terfikir bahawa ada orang mempunyai kepercayaan terhadapnya dan Datuk Kamarudin dapat melakukan sesuatu dengan AirAsia. Malah, mendiang Irene turut datang bersama pengurus besar Hotel Shangri-La, Clement, penyelam dan tiga atau empat pengusaha hotel.
“Mendiang datang untuk menjual Sabah kepada syarikat penerbangan yang tidak wujud. Seorang lelaki pemuzik yang tidak tahu sama ada dia akan berjaya dalam perniagaan syarikat penerbangan. Tetapi mendiang percaya, mendiang mempunyai pandangan jauh, dan mendiang mempunyai minat terhadap Sabah,” ujarnya lagi.

Menggambarkan Sabah sebagai sebab AirAsia masih bertahan
Tony kemudian mengatakan bahawa negeri Sabah adalah sebab mengapa AirAsia bertahan kerana negeri tersebut adalah pasar yang paling penting – setelah bermula di Tawau dan Sandakan, dua destinasi pelancongan utama di negeri berkenaan.
“Sabah ialah tempat istimewa untuk saya dan semua AirAsia All Stars. Kami mempunyai pesawat khusus untuk Irene,” katanya lagi.
Di AirAsia, Tony mengatakan tidak kira seberapa berjaya mereka, mereka tidak akan melupakan orang-orang yang menolong mereka selama ini, dan mendiang Irene adalah salah satu dari mereka.
“Jadi, ini untuk mendiang Irene, kami akan menamakan sebuah pesawat sempena mendiang, ia akan menjadi pesawat pertama yang pernah kami namakan dan kami mendedikasikannya kepada mendiang,” tambahnya lagi.
Mendiang bersara pada tahun 2016 dan diakui sebagai tokoh utama dalam mengubah industri pelancongan Sabah.

Rest in peace, Iron Lady. You will be missed.