• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Serbuan Polis Menemukan 5 Premis Lombongan Mata Wang Kripto Terbesar Di Sarawak

Oleh
Husna Hazmi
19 Februari 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Perlombongan mata wang kripto tersebut telah mengakibatkan kerugian sebanyak RM4.3 juta kepada Sarawak Energy Berhad.

Serbuan Polis Menemukan 5 Premis Lombongan Mata Wang Kripto Terbesar Di Sarawak. Polis dan Sarawak Energy Berhad (SEB) menyerbu lima premis menjalankan perlombongan mata wang digital atau kripto yang disyaki mencuri elektrik secara sambungan haram pada baru-baru ini.

Baru-baru ini juga harga mata wang kripto Bitcoin melonjak naik iaitu 1 Bitcoin bersamaan dengan RM216,374.

Menurut ketua polis daerah ACP Hakemal Hawari, selama operasi dari 16 dan 17 Februari ini, kegiatan haram itu terbongkar di premis perlombongan yang terletak di lima rumah kedai yang berlainan di Pusat Komersial Assar dan Jalan My Bypass Off Jalan Cahaya, Miri.

“Pencurian bekalan elektrik untuk melakukan aktiviti perlombongan mata wang kripto di semua lima premis telah menyebabkan kerugian yang tinggi kepada Sarawak Energy Berhad iaitu dianggakan sekitar RM4.3 juta kerugian. Dipercayai bahawa premis tersebut telah menjalankan aktiviti tersebut selama lebih dari enam bulan.

Serbuan Polis Menemukan 5 Premis Lombongan Mata Wang Kripto Terbesar Di Sarawak
Serbuan Polis Menemukan 5 Premis Lombongan Mata Wang Kripto Terbesar Di Sarawak. kredit gambar: Sarawak Update

Semua premis tidak berpenghuni semasa serbuan

“Tiada tangkapan dilakukan kerana semua premis tidak berpenghuni semasa serbuan,” kata beliau semasa sidang media di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (CCID), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri semalam.

Hakemal juga mendedahkan bahawa lima serbuan tersebut dilakukan bermula pada jam 4.15 petang pada 16 Februari dan berakhir pada jam 3.05 pagi keesokan harinya. ,

Pihak berkuasa juga merampas pelbagai peralatan yang telah digunakan, termasuk komputer riba, unit pemprosesan pusat (CPU), modem, 26 modem, 12 penghala, 759 unit mesin perlombongan, wayar komputer dan wayar mesin perlombongan pelbagai jenama.

“Ini merupakan penyitaan terbesar bagi polis di negeri ini dengan nilai rampasan mencecah RM4.4 juta,” jelas beliau.

Hakemal juga menambah bahawa polis sedang menjalankan siasatan lanjut di bawah Seksyen 379/427 Kanun Keseksaan termasuk mengenal pasti penglibatan pemilik premis tersebut.

Serbuan Polis Menemukan 5 Premis Lombongan Mata Wang Kripto Terbesar Di Sarawak

Hukuman penjara hingga tujuh tahun

Seksyen 379 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara hingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, dan untuk kesalahan kedua atau seterusnya boleh dipenjara dan juga boleh didenda atau disebat jika disabit kesalahan.

Sementara itu, Seksyen 427 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara hingga dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya.

Selain itu, siasatan juga dilakukan oleh Kementerian Utiliti negeri di bawah Seksyen 33 (5) Ordinan Elektrik Sarawak yang memperuntukkan hukuman sehingga RM100,000 atau penjara lima tahun jika disabit kesalahan.

Turut hadir dalam sidang media itu ialah pemangku Ketua Polis Negara IPD Miri Inspektor Mohd Razin Meslan dan wakil Sarawak Energy Berhad (SEB).

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Buat Video Tiktok Ketawakan Guru, Penyampai Radio Dari Sarawak Dikecam Netizen Buat Video Tiktok Ketawakan Guru, Penyampai Radio Dari Sarawak Dikecam Netizen
Next Article AirAsia Menamakan Jet 'Irene' Sempena Bekas Ketua Lembaga Pelancongan Sabah Sebagai Penghormatan AirAsia Menamakan Jet ‘Irene’ Sempena Bekas Ketua Lembaga Pelancongan Sabah Sebagai Penghormatan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?