• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

AirAsia Dinobatkan Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terkemuka Dunia 2024

Oleh
Nazihah AN
25 November 2024
Kongsi
4 Min Bacaan
AirAsia Dinobatkan Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terkemuka Dunia

AirAsia tetapkan penanda aras global bagi Syarikat Penerbangan Tambang Rendah di World Travel Awards 2024

AirAsia Dinobatkan Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terkemuka Dunia. AirAsia terus menetapkan penanda aras bagi syarikat penerbangan tambang rendah di peringkat global selepas meraih dua anugerah paling berprestij di World Travel Awards (WTA) Grand Final 2024: Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terkemuka Dunia untuk tahun ke-12 berturut-turut dan Kru Kabin Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terkemuka Dunia untuk tahun kelapan secara berterusan.

AirAsia dinobatkan sebagai pemenang dalam kategori-kategori ini mengatasi 15 syarikat penerbangan lain selepas memperoleh undian tertinggi daripada pemain industri, pengembara, dah ahli profesional dari seluruh dunia. Anugerah-anugerah ini melengkapkan kejayaan AirAsia yang telah dinamakan sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terkemuka Asia dan Kru Kabin Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terkemuka Asia di anugerah World Travel Awards Asia dan Oceania yang diadakan di Manila pada bulan September lalu.

AirAsia Dinobatkan Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terkemuka Dunia

AirAsia Dinobatkan Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terkemuka Dunia untuk Tahun ke-12

Kejayaan-kejayaan ini diraih pada waktu yang tepat dalam pada AirAsia terus berkembang berikutan permintaan perjalanan yang kukuh di pasaran utamanya. Syarikat penerbangan ini telah memperkembang dan memperkukuh rangkaiannya secara strategik di seluruh rantau ini dengan menghubungkan lebih banyak lapangan terbang di bandar-bandar kedua untuk memacu pertumbuhan berterusan di Asia-Pasifik menjelang tahun 2027.

Bo Lingam, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Group berkata: “Kami berbesar hati untuk meraih anugerah berprestij ini secara berterusan kerana ia membuktikan kekuatan prestasi operasi dan visi strategik kami. Melalui penngembangan rangkaian, kami telah menjadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebagai megahub penerbangan tambang  rendah global, mengatasi lapangan terbang global lain. Kami juga mensasarkan kejayaan ini di seluruh hab lain bagi memastikan mereka terus berkembang menjadi hab utama. Ini sejajar dengan segmen antarabangsa yang terus menjadi pemacu pertumbuhan sektor perjalanan di mana trafik penumpang melebihi peningkatan kapasiti.

“Dalam kami melangkah ke fasa pertumbuhan seterusnya, kami berharap dapat meningkatkan jumlah pesawat dan kecekapan operasi, menawarkan pengalaman perjalanan lancar, dan akses kepada lebih banyak destinasi dengan tambang kompetitif kepada jutaan tetamu. Kami mengucapkan terima kasih kepada World Travel Awards dan jutaan pengundi yang mengiktiraf usaha kami, dan akan menjadikan pencapaian ini sebagai penanda aras untuk menjadi lebih baik.”

Suhaila Hassan, Ketua Kru Kabin AirAsia Aviation Group berkata: “Kru kabin kami merupakan elemen penting dalam kejayaan ini dan terus menetapkan penanda aras global dalam perkhidmatan kepada para tetamu. Sejajar dengan pengembangan operasi, kami berharap untuk menyambut ribuan kru kabin baharu di seluruh rantau ini bagi menyokong rancangan pertumbuhan ini. Peranan mereka penting untuk menawarkan perkhidmatan yang menjadikan AirAsia sebagai syarikat penerbangan tambang rendah terkemuka dunia, seterusnya memastikan para tetamu menikmati perjalanan yang selamat dan terbaik. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada para tetamu atas kepercayaan dan pengiktirafan terhadap kru kabin kami. Anugerah ini memberi motivasi kepada kami untuk terus memberikan perkhidmatan bertaraf dunia yang sinonim dengan AirAsia, dan kami akan terus memberikan perkhidmatan bertaraf dunia ini kepada jutaan tetamu pada tahun-tahun akan datang.”

Graham Cooke, Pengasas dan Presiden World Travel Awards berkata: “AirAsia telah mentakrifkan semula model syarikat penerbangan tambang rendah dengan menggabungkan rangkaian luas dan inovatif dengan kecemerlangan operasi yang konsisten dan perkhidmatan yang unggul. Syarikat penerbangan ini adalah peneraju dalam industri penerbangan, menetapkan penanda aras yang menjadi aspirasi kepada syarikat penerbangan lain. Kejayaan berterusan AirAsia adalah bukti kepada visi dan pelaksanaannya, menjadikan mereka benar-benar layak untuk menerima anugerah ini.”

Ditubuhkan pada tahun 1993, anugerah World Travel Awards ini diiktiraf sebagai salah satu anugerah paling berprestij, komprehensif dan utama dalam kecemerlangan syarikat merentasi sektor perjalanan, pelancongan dan hospitaliti.

Baca juga artikel semasa di bawah:

AirAsia Dapat Hak Trafik Udara Untuk Tambah Laluan Baharu Dari Sabah Dan Sarawak
AirAsia Tingkatkan Penerbangan Ke Sarawak Saat Syarikat Lain Kurangkan Penerbangan

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Remaja Ditemui Lemas Selepas Mandi Bersama Rakan-Rakan Di Batu Mandi Bintulu
Next Article Warisan Nostlagik Kuching, Netizen Mohon Lorong Lama India Street Dibaik Pulih Warisan Nostlagik Kuching, Netizen Mohon Lorong Lama India Street Dibaik Pulih

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?