Warisan Lama India Street Kuching
Warisan Nostlagik Kuching, Netizen Mohon Lorong Lama India Street Dibaik Pulih. Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai sebuah lorong sempit yang terletak di kawasan India Street, Kuching. Gambar yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook telah mencuri perhatian ramai, terutama mereka yang pernah melalui lorong tersebut pada masa dahulu.
Lorong ini bukan sahaja mencerminkan ciri-ciri warisan bandar lama Kuching, tetapi juga menyimpan nostalgia yang mendalam bagi warga tempatan.


Ramai pengguna media sosial mengimbau kembali kenangan zaman dahulu
Lorong yang dikenali sebagai “Lorong Sempit India Street” ini dahulunya merupakan laluan penting yang menghubungkan kawasan Gambier Street dengan India Street. Ramai pengguna media sosial mengimbau kembali kenangan zaman dahulu, di mana lorong ini menjadi laluan utama untuk peniaga dan penduduk setempat. Ada yang menyebut ia dikenali sebagai “Lorong Shortcut” suatu ketika dahulu, menambahkan lagi elemen sejarah kepada lorong ini.
Salah seorang netizen berkongsi bahawa lorong ini dahulunya sangat meriah dan digunakan oleh penduduk tempatan serta pelancong. Malah, pelancong dari Romania dan Switzerland pernah meminta untuk melalui lorong ini kerana tertarik dengan aktiviti orang ramai di situ. Namun begitu, lorong ini kini kelihatan tidak terurus, dengan dinding yang usang dan lantai yang perlu diperbaiki.
Melalui ruangan komen, ramai menyuarakan harapan agar pihak berkuasa, seperti Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), mengambil tindakan segera untuk membersihkan dan mencantikkan lorong ini. Antara cadangan yang dikemukakan termasuklah:
- Mengecat semula dinding dengan warna yang cerah atau mural yang menarik.
- Membetulkan lantai simen yang rosak agar lebih selamat dan mudah dilalui.
- Menyediakan pencahayaan yang mencukupi untuk meningkatkan keselamatan lorong ini, terutamanya pada waktu malam.
Netizen turut menekankan bahawa lorong ini bukan sahaja berfungsi sebagai laluan biasa, tetapi juga mempunyai potensi besar untuk menjadi tarikan pelancongan. Dengan sedikit usaha pemulihan, lorong ini boleh menjadi simbol warisan budaya Kuching yang unik.

