Percutian berbaloi dengan gabungan tiket pergi balik penerbangan dan penginapan di Kota Kinabalu dan Kuching
AirAsia Tawar Tiket Pergi Balik Dan Penginapan Ke KK Dan Kuching Bermula RM338. AirAsia menawarkan pakej percutian Flight+Hotel dengan penjimatan hebat buat anda yang ingin melancong dan menginap dengan harga yang berpatutan.
Dengan menyatukan tiket penerbangan pergi balik dan penginapan dalam satu pakej, anda berpeluang mendapat diskaun eksklusif yang memberikan penjimatan maksimum.
Penerbangan ke Kota Kinabalu dan ke Kuching serendah RM356 dan RM338
Jika anda merancang percutian 3 hari 2 malam, terdapat destinasi menarik untuk dipilih pada harga istimewa. Untuk penerbangan ke Kota Kinabalu, AirAsia kini menawarkan diskaun kombo berupa tiket penerbangan pergi balik dan penginapan bermula serendah RM356, manakala untuk ke Kuching pula, menerusi diskaun yang sama, dari RM338.
Apa yang lebih menarik, diskaun luar biasa turut disediakan khusus untuk pelanggan yang menggunakan kad VISA, dengan potongan tambahan RM10 bagi setiap pakej Flight+Hotel yang ditempah. Selain itu, dengan menggunakan kod HOLIDAY, anda juga layak menikmati diskaun RM60, penjimatan luar biasa!
Untuk mendapatkan diskaun ini, jangan lupa untuk memasukkan kod HOLIDAY dan VISA semasa membuat tempahan.
