• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Berang Tidak Diberi Duit, Warga Emas Didenda RM3K Gara-Gara Ugut Bunuh Isteri Di Kuching

Oleh
Aina Musa
28 Mei 2024
Kongsi
3 Min Bacaan
Berang Tidak Diberi Duit, Warga Emas Didenda RM3K Gara-Gara Ugut Bunuh Isteri Di Kuching

Bengang mahu bunuh isteri keempat

Berang Tidak Diberi Duit, Warga Emas Didenda RM3K Gara-Gara Ugut Bunuh Isteri Di Kuching. Seorang warga emas dijatuhi hukuman denda RM3,000 atau penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret hari ini selepas mengaku bersalah mengugut untuk membunuh isteri keempatnya jika permintaan wangnya tidak dipenuhi.

Ibrahim Samat, 69, dari Kampung Melango Baru, Saratok, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Mason Jaro Lenya Barayan.

Berang Tidak Diberi Duit, Warga Emas Didenda RM3K Gara-Gara Ugut Bunuh Isteri
Berang Tidak Diberi Duit, Warga Emas Didenda RM3K Gara-Gara Ugut Bunuh Isteri DI Kuching. Sumber: Suara Sarawak

Mengikut pertuduhan, dia sengaja mengeluarkan kata-kata ugutan bunuh menggunakan sebilah pisau terhadap isterinya yang berusia 51 tahun. Kesalahan itu dilakukan di kediaman mereka di Taman Heng Guan, Jalan Matang-Batu Kawa, kira-kira jam 3 petang pada 18 Mei lalu.

Menurut laporan daripada sebuah media tempatan, dia yang tidak bekerja, didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Menurut fakta kes, pengadu berada di ruang tamu rumah sewa mereka ketika tertuduh yang dalam keadaan marah tiba-tiba mengamuk. Pengadu tidak mengetahui punca kemarahan suaminya.

Tertuduh kemudian meminta wang daripada isterinya, tetapi pengadu menyatakan bahawa dia sudah tidak bekerja dan tidak mempunyai wang. Tertuduh keluar dari rumah namun masuk semula dan mencari duit dalam laci almari solek. Pada masa itu, pengadu berada dalam tandas dan apabila dia keluar, dia melihat suaminya memegang sebilah pisau pemotong sayur dan mengacukan kepada pengadu.

Tertuduh kemudian mengeluarkan kata-kata ugutan, “kau ku bunuh kelak mun sik beri duit mun kau minta tampar, aku akan nampar kau.” Pengadu yang ketakutan memberikan wang yang diminta kerana bimbang akan keselamatan dirinya.

Insiden seperti ini sering terjadi jika tertuduh tidak mendapat wang yang diminta. Selain itu, tertuduh juga pernah memukul pengadu dan mempunyai sikap panas baran serta ketagih berjudi atas talian.

Selepas kejadian itu, pengadu membawa anaknya keluar dari rumah dan tinggal sementara di kediaman adiknya. Laporan polis dibuat ke atas tertuduh untuk tindakan lanjut, yang membawa kepada penangkapan Ibrahim di pekarangan sebuah masjid di Jalan Gambir sekitar jam 1.50 petang, 23 Mei lalu.

Kes ini dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa ASP Arman Ibrahim, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Baca lagi artikel menarik:

7 Remaja Ditahan, Buli Dan Ugutan Punca Pergaduhan Di Pasar Besar Kota Kinabalu
Penggal Kepala Kucing Dan Ugut Bunuh Ibu Kandung, Lelaki Dari Bau Didakwa Di Mahkamah

SUMBER :Suara Sarawak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 2 Pegawai Tinggi Polis Didakwa Terima Rasuah Tutup Kes Senjata Api Warga Israel Di Malaysia 2 Pegawai Tinggi Polis Didakwa Terima Rasuah Tutup Kes Senjata Api Warga Israel Di Malaysia
Next Article AirAsia Tawar Tiket Pergi Balik Dan Penginapan Ke KK Dan Kuching Bermula RM338

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?