• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

Aki-Aki Trail, Lokasi Pendakian Mengejar ‘Sunrise Attack’ Di Kundasang

Oleh
Ismail NA
15 Disember 2022
Kongsi
4 Min Bacaan

Memang takkan menyesal!

Aki-Aki Trail, Lokasi Pendakian Mengejar ‘Sunrise Attack’ Di Kundasang. Masih mencari tempat untuk anda melihat pemandangan matahari terbit hujung minggu ini? Bah, kalau anda berkeinginan untuk ke Kundasang atau kebetulan berada di sekitar Kundasang, ada satu lokasi menarik yang kami cadangkan untuk anda iaitu Aki-Aki Trail.

Isi Isi Penting
  • Boleh nampak puncak Gunung Kinabalu dengan jelas di puncak Aki-Aki Trail
  • Trail ini dilengkapi dengan jambatan dan jajaran tangga kayu
  • Bakal buka sulap untuk menginap dan aktiviti malam
  • Lame sangat kalau tidur kat hotel? Bah, cuba menginap kat sini pula :

Jarak dari tapak permulaan sehingga ke puncak yang menempatkan Menara Aki-Aki ini adalah sejauh 3.3 kilometer, dengan ketinggian 1,780 meter. Walaupun tidak sepopular Maragang Hills, tetapi rata-rata pengunjung dan pendaki yang pernah melalui trail ini berpendapat bahawa pemandangan dan suasana di sini adalah setanding dengan keindahan Maragang Hills!

Aki-Aki Trail, Lokasi Pendakian Mengejar 'Sunrise Attack' Di Kundasang
Kredit : FB Aki-Aki Trail

Boleh nampak puncak Gunung Kinabalu dengan jelas di puncak Aki-Aki Trail

Tarikan utama apabila anda sampai ke puncak ini adalah semestinya untuk melihat pemandangan Gunung Kinabalu yang sangat jelas dan indah. Terdapat dua pakej utama yang menjadi tarikan di sini iaitu pakej pendakian matahari terbit (sunrise) dan matahari terbenam (sunset).

Aki-Aki Trail, Lokasi Pendakian Mengejar 'Sunrise Attack' Di Kundasang
Pemandangan Gunung Trus Madi dari puncak Trail. Kredit : IG @rosesabahlady

Untuk mereka yang berminat untuk mengambil pakej matahari terbit, anda boleh mendaki secara berkumpulan (5 orang). Anda juga perlu bersedia seawal jam 2.30 pagi jika ingin mendapatkan pemandangan matahari terbit yang memukau. Silap hari bulan, anda juga boleh menangkap gambar bintang di langit sekiranya anda sempat tiba di menara sebelum subuh.

Aki-Aki Trail, Lokasi Pendakian Mengejar 'Sunrise Attack' Di Kundasang
. Kredit : FB Hasbul Hadi Majid

Pakej matahari terbenam pula bermula seawal jam 3 petang.

Aki-Aki Trail, Lokasi Pendakian Mengejar 'Sunrise Attack' Di Kundasang
Aki-Aki Trail, Lokasi Pendakian Mengejar 'Sunrise Attack' Di Kundasang

Namun demikian, anda juga boleh mendapatkan pakej biasa untuk 5 orang termasuk pemandu arah dan kenderaan. Pakej ini bermula pada jam 6.30 pagi. Istimewanya, pendakian ke Aki-Aki Trail ini juga akan diberikan sijil dengan tambahan yuran sebanyak RM 5 sahaja!

Trail ini dilengkapi dengan jambatan dan jajaran tangga kayu

Sepanjang perjalanan menuju ke puncak, anda akan melalui tangga kayu yang dibina khas untuk memudahkan perjalanan para pengunjung. Malah, anda juga akan melalui jambatan di mana terdapat aliran Sungai Liwagu yang jernih mengalir di bawahnya.

Aki-Aki Trail, Lokasi Pendakian Mengejar 'Sunrise Attack' Di Kundasang
Sungai Liwagu, Kundasang. Kredit : IG @lester_potatoedits

Walaupun terdapat kawasan yang mendatar sedikit berbukit, anda juga perlu mempersiapkan mental anda kerana laluan trail Aki-Aki ini sememangnya mempunyai jajaran tangga yang panjang dan tinggi. Kalau anda kepenatan, anda boleh berhenti berehat di sebuah pondok kecil yang baru dibina. Slowly but surely sampai!

Aki-Aki Trail, Lokasi Pendakian Mengejar 'Sunrise Attack' Di Kundasang
Kredit : IG @lucy.liews
Aki-Aki Trail, Lokasi Pendakian Mengejar 'Sunrise Attack' Di Kundasang
Kredit : FB
Aki-Aki Trail, Lokasi Pendakian Mengejar 'Sunrise Attack' Di Kundasang
Kredit : FB Hasbul Hadi Majid

Bakal buka sulap untuk menginap dan aktiviti malam

Tidak lama lagi, Aki-Aki Trail juga akan membuka pakej penginapan di sulap (pondok) Aki-Aki Basecamp di mana anda boleh bermalam dan melakukan aktiviti menarik seperti night walk, stargazing dan macam-macam lagi. Sewaktu artikel ini ditulis, Basecamp ini masih dalam pembinaan untuk menyambut pengunjung yang akan datang kelak.

Aki-Aki Trail, Lokasi Pendakian Mengejar 'Sunrise Attack' Di Kundasang
Kredit : FB Aki-Aki Trail
Aki-Aki Trail, Lokasi Pendakian Mengejar 'Sunrise Attack' Di Kundasang
Kredit : FB Aki-Aki Trail

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari Facebook rasmi mereka, Aki-Aki Trail atau menghubungi terus di talian berikut untuk tempahan;

Elson : +601132664710

Hanson : +601132664695

Facebook : Aki-Aki Trail

Lame sangat kalau tidur kat hotel? Bah, cuba menginap kat sini pula :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pasar Borneo Seri Kembangan, Port Terbaik Cari Produk Sabah Sarawak Di Semenanjung Pasar Borneo Seri Kembangan, Tawar Pelbagai Produk Sabah Sarawak Di Semenanjung
Next Article Lelaki Selangor Miliki Bahan Porno Kanak-Kanak Ditahan PDRM Dan FBI

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?