• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Lelaki Selangor Miliki Bahan Porno Kanak-Kanak Ditahan PDRM Dan FBI

Oleh
Ismail NA
15 Disember 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Bahan pornografi berkenaan dimuat turun menggunakan media sosial.

Lelaki Selangor Miliki Bahan Porno Kanak-Kanak Ditahan PDRM Dan FBI. Jenayah pedofilia adalah satu jenayah besar yang boleh mengancam keselamatan kanak-kanak. Terkini, seorang lelaki tempatan berusia 39 tahun telah ditahan oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) kerana memiliki sejumlah besar bahan-bahan pronografi kanak-kanak.

Suspek tersebut ditahan di rumahnya di Klang, Selangor oleh Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman. Setelah menjalani pemeriksaan, suspek berkenaan didapati memiliki bahan pornografi kanak-kanak di dalam komputer.

Lelaki Selangor Miliki Bahan Porno Kanak-Kanak Ditahan PDRM Dan FBI
Lelaki Selangor Miliki Bahan Porno Kanak-Kanak Ditahan PDRM Dan FBI. Sumber: PDRM

Suspek turut berhubung dengan mangsa

Suspek bukan sahaja memiliki bahan pornografi, tetapi juga turut berhubung dengan kanak-kanak yang menjadi mangsanya. Polis kini turut menjalankan siasatan untuk mengenalpasti semua mangsa kanak-kanak yang terlibat. Bahan pornografi yang didapati di dalam komputer mangsa juga dimuat turun menggunakan media sosial.

Rampasan turut merangkumi komputer, external hard disk, router, dan telefon bimbit milik suspek.

Lelaki Selangor Miliki Bahan Porno Kanak-Kanak Ditahan PDRM Dan FBI
Sumber: PDRM

Tangkapan ini berjaya dilakukan atas kerjasama PDRM dengan FBI. Buat masa ini, suspek direman selama 4 hari bermula 14 Disember 2022 sehingga 17 Disember. Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

Diharap ibu bapa yang masih mempunyai kanak-kanak segera memantau aktiviti dalam talian anak-anak terutamanya di media sosial agar mereka terhindar daripada menjadi mangsa pedofilia.

Sebelum ini, pedofilia yang paling dikehendaki di dunia telah ditangkap polis Australia di Lundu Sarawak. Bacaan lanjut di sini: Dicekup Pihak Berkuasa Australia, Lelaki Asal Lundu Ini Rupanya Pedofilia Paling Dikehendaki Di Dunia

SUMBER :PDRM
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Aki-Aki Trail, Lokasi Pendakian Mengejar ‘Sunrise Attack’ Di Kundasang
Next Article Projek Lampu Isyarat Expressway Kuching-Samarahan Bakal Siap Pada November 2023 Projek Lampu Isyarat Expressway Kuching-Samarahan Bakal Siap Pada November 2023

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?