• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Akibat Berjudi Dalam Talian Dan Gagal Tunjuk IC, Seorang Buruh Dari Miri Didenda RM4.5K

Oleh
ILB - AI
24 Mac 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
Akibat Berjudi Dalam Talian Dan Gagal Tunjuk IC, Seorang Buruh Dari Miri Didenda RM4.5K

Seorang buruh dari Miri telah didenda RM4,500 akibat kesalahan berjudi dalam talian dan gagal menunjukkan kad perkenalan

Akibat Berjudi Dalam Talian Dan Gagal Tunjuk IC, Seorang Buruh Dari Miri Didenda RM4.5K. Dilaporkan seorang buruh telah didenda RM4,500 atau empat bulan penjara oleh Mahkamah Majistret atas kesalahan berjudi dalam talian dan gagal menunjukkan kad pengenalan (IC) ketika diperiksa oleh pegawai polis pada 15 Mac lalu.

Akibat Berjudi Dalam Talian Dan Gagal Tunjuk IC, Seorang Buruh Dari Miri Didenda RM4.5K

Ditahan untuk tujuan pemeriksaan kerana disyaki terlibat kegiatan perjudian dalam talian secara haram

Menurut laporan, tertuduh iaitu Cedricktha Nelson, 22 tahun, telah ditahan pada jam 4:10PM pada 15 Mac lalu di tepi Jalan Senadin untuk tujuan pemeriksaan kerana disyaki terlibat kegiatan perjudian dalam talian secara haram.

Telefon pintar milikan tertuduh dari Kampung Sealine, Lutong itu diperiksa oleh anggota polis dan didapati mengandungi aplikasi yang dipercayai digunakan untuk bermain judi secara dalam talian.

Hasil siasatan juga mendapati bahawa tertuduh bermain dalam talian jenis Games of Change tanpa mempunyai lesen yang sah.

Tertuduh juga gagal mengemukakan IC ketika diminta pegawai polis untuk tujuan pemeriksaan.

Gambar sekadar hiasan.

Didakwa melakukan dua kesalahan

Untuk kesalahan pertama iaitu bermain judi dalam talian, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 7 (2) Akta Rumah Judi 1953 kerana menjalankan aktiviti perjudian dalam talian secara haram.

Jika disabit kesalahan, tertuduh boleh didenda tidak melebih RM5,000 atau penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya sekali.

Bagi kesalahan kedua iaitu gagal mengemukakan IC ketika diminta, tertuduh dihukum di bawah Peraturan 25 (1) (n) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara (PPN) 1990. Jika disabit salah, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi 3 tahun atau denda sehingga RM20,000.

Tertuduh, yang tidak diwakili peguam bela, didenda RM2,500 atau dua bulan penjara bagi kesalahan pertama dan RM2,000 atau dua bulan penjara bagi kesalahan kedua.

Gambar sekadar hiasan. Kredit foto: Nyaaya

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Anak Kaum Minoriti Berawan Ini Yakin Mampu Jadi Rakyat Sarawak Pertama Tawan Gunung Everest
Next Article Disangka Ada Niat Jahat, Rupa-Rupanya Van Viral Yang Mencari Kanak-Kanak Di Serian Pengedar Buku Teks Disangka Ada Niat Jahat, Rupa-Rupanya Van Viral Yang Mencari Kanak-Kanak Di Serian Pengedar Buku Teks

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?