• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Anak Kaum Minoriti Berawan Ini Yakin Mampu Jadi Rakyat Sarawak Pertama Tawan Gunung Everest

Oleh
Ismail NA
24 Mac 2022
Kongsi
5 Min Bacaan

Beliau akan memulakan ekpedisi mendaki Gunung Everest pada April depan.

Anak Kaum Minoriti Berawan Ini Yakin Mampu Jadi Rakyat Sarawak Pertama Tawan Gunung Everest. Sehingga ke hari ini, belum pernah lagi ada anak Sarawak berjaya menawan gunung tertinggi di dunia iaitu Gunung Everest. Walau bagaimanapun, impian ini bakal direalisasikan oleh seorang pemuda dari Sarawak, Oisin Jangin Bagly.

Isi Isi Penting
  • Beliau akan memulakan ekpedisi mendaki Gunung Everest pada April depan.
  • Tawan Gunung Everest dulu, kemudian baru Gunung Kinabalu
  • Sudah lebih 30 kali naik Gunung Mulu sejak berusia 15 tahun
  • Jalani latihan kecergasan selama 8 hingga 10 jam setiap hari
  • Baca juga :

Oisin bakal menyertai ekspedisi bersama pendaki tegar negara, Ravichandran Tharumalingam atau ‘Ravi Everest’ yang mendaki gunung tersebut sebanyak 2 kali setiap dua tahun!

Tawan Gunung Everest dulu, kemudian baru Gunung Kinabalu

Menurut jejaka berketurunan Berawan-Irish ini, beliau menerima jemputan daripada Ravi beberapa minggu yang lalu yang mengajaknya untuk menawan Gunung Everest bersama-sama pada bulan April 2022. Mereka bertemu ketika menjadi malim gunung untuk kumpulan Ravi yang pergi mendaki ke Mulu. Tanpa berfikir panjang, Oisin terus bersetuju dengan tawaran tersebut memandangkan tidak semua orang mempunyai kesempatan ini dalam hidup mereka.

Anak Kaum Minoriti Berawan Ini Yakin Mampu Jadi Rakyat Sarawak Pertama Tawan Gunung Everest
Oisin Jangin Bagly, pendaki Gunung Everest berasal dari Marudi, Sarawak. Kredit foto: Roystein Emmor via The Borneo Post

Faktor pemilihan Oisin oleh Ravi juga adalah disebabkan tahap kecergasan Oisin yang masih tinggi selain pengalaman yang luas sebagai malim gunung.

Oisin yang kini menginjak usia 25 tahun memberitahu bahawa beliau terpaksa melangkaui hasrat utamanya untuk menawan Gunung Kinabalu kerana tawaran ini terlalu menarik untuk dilepaskan. Oisin mengakui bahawa beliau belum pernah menawan mercu tanda Sabah itu dan ia telah berada lama dalam ‘wishlist’ nya.

Tentunya, ini adalah sebuah cabaran yang akan diusahakan sehabis baik oleh beliau kerana beliau mahu menunaikan cita-cita bersejarah menjadi rakyat Sarawak pertama yang menawan gunung tertinggi di dunia itu sekaligus memacakkan bendera Sarawak di atasnya.

Sudah lebih 30 kali naik Gunung Mulu sejak berusia 15 tahun

Untuk makluman anda, Oisin berasal dari Malinau, Marudi Sarawak dan telah bekerja sebagai malim gunung di Gunung Mulu dan Gunung Murut selama 10 tahun. Bukanlah seorang individu yang biasa-biasa, jejaka ini sudah lebih daripada 30 kali menawan Puncak Mulu memandangkan beliau sendiri membawa pendaki melalui jalur jalan di puncak batu kapur itu. Malah, Oisin telah pun mendaki Mulu sejak usianya 15 tahun.

Anak Kaum Minoriti Berawan Ini Yakin Mampu Jadi Rakyat Sarawak Pertama Tawan Gunung Everest
Anak Kaum Minoriti Berawan Ini Yakin Mampu Jadi Rakyat Sarawak Pertama Tawan Gunung Everest. Sumber foto: FB Oisin Jangin

Jika dibandingkan, Gunung Mulu memiliki ketinggian 2,376 meter dari paras laut manakala, Gunung Everest mempunyai ketinggian 8,850 meter dari paras laut. Lebih kurang 3 kali ganda daripada ketinggian Gunung Mulu!

Oisin adalah satu-satunya pendaki dari Sarawak yang dipanggil ke ekspedisi ini dan turut menyertai beliau kelak adalah seorang pendaki dari Sabah dan dua dari Semenanjung.

Jalani latihan kecergasan selama 8 hingga 10 jam setiap hari

Beliau kini sedang menjalani latihan kecergasan yang intensif menjelang persiapannya ke Gunung Everest bulan depan. Jelasnya sewaktu sidang media di KPJ Specialist Hospital Kuching pada 21 Mac yang lalu, beliau menjalani latihan kecergasan selama 8 hingga 10 jam setiap hari termasuklah jogging, berenang, dan mendaki gunung.

Anak Kaum Minoriti Berawan Ini Yakin Mampu Jadi Rakyat Sarawak Pertama Tawan Gunung Everest
Oisin ketika menjalani ujian kecergasan fizikal di KPJ Specialist Hospital Kuching. Kredit foto: KPJ Kuching Specialist Hospital

Cabaran utama beliau tentunya adalah keadaan cuaca sejuk yang ekstrim di Gunung Everest. Namun, cabaran ini akan diatasi dengan mendapatkan nasihat serta pandangan daripada Ravi tentang apa yang perlu dipersiapkan untuk menghadapi situasi tersebut.

Ravi Everest yang merupakan pendaki tegar gunung terbabit telah menghadapi detik pahit dan manis demi mencapai ke puncak termasuklah kehilangan 8 jarinya akibat frost bite.

Anak Kaum Minoriti Berawan Ini Yakin Mampu Jadi Rakyat Sarawak Pertama Tawan Gunung Everest
Kredit foto: Yusof Mat Isa via The Malay Mail
Anak Kaum Minoriti Berawan Ini Yakin Mampu Jadi Rakyat Sarawak Pertama Tawan Gunung Everest
Ravi Everest yang kehilangan 8 jarinya akibat kesejukan melampau semasa mendaki Gunung Everest, namun ia tidak menghalangnya untuk mendaki lagi! Kredit foto: The Malay Mail

Oisin akan bertolak ke Kuala Lumpur pada 25 Mac dan seterusnya ke Kathmandu untuk memulakan misi bersejarah tersebut. Selamat maju jaya kami ucapkan buat Oisin!

Baca juga :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 65 Kanopi Disediakan Kepada Peniaga, Bazar Ramadhan Bakal Diadakan 3 Lokasi Di Sibu
Next Article Akibat Berjudi Dalam Talian Dan Gagal Tunjuk IC, Seorang Buruh Dari Miri Didenda RM4.5K Akibat Berjudi Dalam Talian Dan Gagal Tunjuk IC, Seorang Buruh Dari Miri Didenda RM4.5K

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?