• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Akibat Hujan Lebat, Jalan-Jalan Di Kuching Tenggelam Teruk Dilanda Banjir Kilat

Oleh
Ismail NA
11 Disember 2019
Kongsi
3 Min Bacaan

Banyak Kawasan Yang Terjejas Sehingga Tidak Dapat Dilalui Kenderaan

Akibat Hujan Lebat, Jalan-Jalan Di Kuching Tenggelam Teruk Dilanda Banjir Kilat
Keadaan jalan di Kuching yang dilanda banjir. Kredit : DayakDaily

Seperti biasa, hujung tahun merupakan musim tengkujuh. Cuaca mendung dan hujan lebat membasahi bumi Sarawak terutamanya di kawasan Kuching, Samarahan sehingga ke Sri Aman. Namun demikian, akibat hujan lebat yang tidak berhenti, jalan-jalan di Kuching tenggelam teruk akibat banjir kilat.

Antara jalan yang terjejas ialah Jalan Ketitir, Jalan Batu Kawa, Jalan Rock (Rock Road), Jalan Gold Jade dan Jalan Tong Wei Tah.

Kawasan rendah juga turut dilanda nasib yang sama iaitu di kawasan perumahan flat kerajaan Satria Jaya, Kampung Sungai Nada, dan Kampung Tabuan Dayak. Selain itu, kawasan perumahan seperti Iris Garden di Jalan Tong Wei Tah terputus akses pengangkutan sehingga kenderaan tidak dapat melalui kawasan tersebut.

Kredit : Roystein Emmor via Youtube Borneo Post Online

Dalam pada masa yang sama, pihak bomba dan penyelamat Tabuan Jaya melaporkan bahawa paras banjir di Kampung Sungai Nada dan Kampung Tabuan Dayak sudah mencecah sehingga 60 cm.

Pasukan Penguatkuasa Perbandaran Turun Padang

Pasukan Serve Ops MPP membantu pengguna jalan raya yang terjejas. Kredit : Facebook Majlis Perbandaran Padawan

Pihak-pihak berkuasa juga giat melakukan pemantauan berikutan banjir kilat ini. Di Jalan Ketitir dan Jalan Batu Kawa, sepasukan Serve Ops MPP (Majlis Perbandaran Padawan) turun padang bagi membantu pengguna jalan raya yang terperangkap dan membantu menolak kenderaan yang rosak.

Pasukan Serve Ops MPP membantu pengguna jalan raya yang terjejas. Kredit : Facebook Majlis Perbandaran Padawan
Pasukan Serve Ops MPP membantu pengguna jalan raya yang terjejas. Kredit : Facebook Majlis Perbandaran Padawan

Bagi segelintir penduduk di kawasan perumahan yang dilanda banjir, aktiviti harian mereka serba sedikit terjejas. Difahamkan terdapat rumah yang sudah dinaiki air dan ia menyukarkan persiapan untuk menyambut perayaan yang bakal tiba iaitu sambutan Krismas.

Sistem Perparitan Tidak Cukup Tampung Aliran Hujan, Jalan Masih Rendah

Keadaan hadapan rumah penduduk yang dinaiki air. Kredit : Borneo Post Online

Selain itu, para penduduk juga mendakwa sering menghadapi masalah tersebut setiap kali tiba musim hujan. Malah, jalan di hadapan rumah mereka pernah dinaiki air sehingga ke paras lebih daripada 3 kaki serta merosakkan perabot serta kenderaan. Difahamkan, sistem perparitan yang ada di sekitar kawasan terjejas tidak mampu untuk menampung aliran air sewaktu musim hujan manakala jalan pula masih rendah dan sempit.

Pengguna jalan raya pada masa ini dinasihatkan untuk sentiasa memeriksa jalan alternatif bagi mengelakkan kenderaan anda ‘berendam’ di dalam air.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Gadis IPTA Tempatan Dirogol, Suspek Didakwa Pernah Pukul Ustazah Semasa Bersekolah Gadis IPTA Tempatan Dirogol, Suspek Didakwa Pernah Pukul Ustazah Semasa Bersekolah
Next Article Pemuda Ini Tular Gara-Gara Guna Dialek Melayu Saratok Kongsi Pengalaman Melancong Ke Bali Pemuda Ini Tular Gara-Gara Guna Dialek Melayu Saratok Kongsi Pengalaman Melancong Ke Bali

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?