• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Aktivis Sosial Sarawak Fail Saman Fitnah RM 500K Terhadap Pesara Guru

Oleh
Husna Hazmi
11 Ogos 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Aktivis sosial Sarawak failkan saman fitnah

Aktivis Sosial Sarawak Fail Saman Fitnah RM 500K Terhadap Pesara Guru . Dilaporkan bahawa, aktivis tempatan Peter John Jaban baru-baru ini telah memfailkan saman fitnah berjumlah RM500,000 kepada seorang pesara guru yang didakwa membuat hantaran berbaur fitnah terhadap dirinya di platform media sosial.

Aktivis berkenaan telah menuntut pemohonan maaf secara terbuka daripada individu terbabit berhubung hantaran di media sosial yang bermula 24 Julai 2023.

Aktivis Sosial Sarawak Fail Saman Fitnah RM 500K Terhadap Pesara Guru
Aktivis Sosial Sarawak Fail Saman Fitnah RM 500K Terhadap Pesara Guru. Sumber foto: DayakDaily

Aktivis luah kebimbangan

Peter yang turut merupakan Timbalan Presiden Global Human Rights Malaysia meluahkan rasa bimbang dengan kemudahan media sosial kini telah menjadi trend yang digunakan untuk tujuan negatif dalam kalangan belia kebelakangan ini.

Dia turut menegaskan bahawa kebebasan bersuara ini datang dengan tanggungjawab tertentu dan tidak boleh disalahgunakan.

Aktivis Sosial Sarawak Fail Saman Fitnah RM 500K Terhadap Pesara Guru

Peguambela telah dilantik

Peter yang melantik A. Winston Kaya & Company Advocate sebagai penguambelanya telah menghantar surat tuntutan bertarikh 11 Jun terhadap pesara guru berkenaan yang dipercayai mempunyai rekod polis lampau.

Ditulis dalam surat tuntutan itu, Peter menuntut pihak terbabit agar menyiarkan permohonan maaf dalam media sosial Facebook, akhbar tempatan selama tiga hari berturut-turut dan membayar jumlah yang dituntut sebagai ganti rugi, jika gagal tindakan undang-undang akan diambil tanpa notis lanjut.

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

Azizulhasni Awang Terpaksa Akur Dengan Keputusan Pahit di Olimpik Paris 2024
Cetus Kebakaran Besar Dengan Niat Membahayakan Nyawa, Kanak-Kanak 12 Tahun Diberkas

SUMBER :Utusan Borneo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Cetus Kebakaran Besar Dengan Niat Membahayakan Nyawa, Kanak-Kanak 12 Tahun Diberkas
Next Article Hujan Meteor Perseid Bakal Melintasi Ruang Langit Malaysia Malam 12 Ogos Ini

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?