• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Cetus Kebakaran Besar Dengan Niat Membahayakan Nyawa, Kanak-Kanak 12 Tahun Diberkas

Oleh
Husna Hazmi
11 Ogos 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun cetus kebakaran besar

Cetus Kebakaran Besar Dengan Niat Membahayakan Nyawa, Kanak-Kanak 12 Tahun Diberkas. Dipetik dari Kosmo, seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun telah diberkas pihak berkuasa kerana disyaki sengaja mengakibatkan kebakaran besar semalam.

Kebakaran tersebut telah menyebabkan sejumlah penduduk dan ratusan buah rumah terpaksa dipindahkan.

Cetus Kebakaran Besar Dengan Niat Membahayakan Nyawa, Kanak-Kanak 12 Tahun Diberkas. Sumber foto: The Sun UK

Kebakaran bermula dari sebuah bangunan terbiar

Kebakaran berkenaan dikatakan bermula di sebuah bangunan terbiar di Crewe, England sebelum api merebak menjadi besar dalam kejadian yang berlaku kelmarin.

Anggota-anggota Bomba dan Penyelamat Cheshire kemudiannya telah dikejarkan ke Catherine Street sejurus sebelum 4.30 petang (waktu tempatan).

Oleh demikian, beberapa jalan masih ditutup di sekitar bangunan yang hangus, manakala penduduk yang menetap di kawasan berkenaan terpaksa dipindahkan ke Pusat Gaya Hidup Crewe.

Penduduk tempatan dalam masa yang sama telah digesa supaya menutup pintu dan tingkap mereka sementara anggota bomba menangani kebakaran.

Sumber foto: The Sun UK

Melakukan pembakaran dengan niat untuk membahayakan nyawa

Hasil siasatan daripada pihak polis, seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun telah ditahan kerana disyaki melakukan pembakaran dengan niat untuk membahayakan nyawa.

Tiada kemalangan jiwa dan kecederaan yang dilaporkan dalam kebakaran tersebut dan polis masih melakukan siasatan.

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

Disyaki Edar Syabu Bernilai Lebih RM 63K, Lelaki Sabah Berdepan Hukuman Mati
Azizulhasni Awang Terpaksa Akur Dengan Keputusan Pahit di Olimpik Paris 2024

SUMBER :Kosmo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Azizulhasni Awang Terpaksa Akur Dengan Keputusan Pahit di Olimpik Paris 2024
Next Article Aktivis Sosial Sarawak Fail Saman Fitnah RM 500K Terhadap Pesara Guru

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?