• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Aktiviti Berkelah Bersama Keluarga Bertukar Tragedi, 2 Beradik Lemas Di Sungai Rayu Matang

Oleh
Husna Hazmi
16 Mei 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Kejadian berlaku di Sungai Rayu di Matang, Kuching.

Aktiviti Berkelah Bersama Keluarga Bertukar Tragedi, 2 Beradik Lemas Di Sungai Rayu Matang. Dilaporkan bahawa, hari ini, kita digemparkan dengan berita tragis di mana dua beradik telah disahkan lemas ketika berkelah bersama keluarga di Sungai Rayu Matang.

Menerima panggilan berhubung kejadian sekitar jam 3.01 petang

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak dalam satu kenyataan, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu sekitar jam 3.01 petang hari ini.

Aktiviti Berkelah Bersama Keluarga Bertukar Tragedi, 2 Beradik Lemas Di Sungai Rayu Matang. Kredit gambar: Kamek Miak Sarawak

Pusat Operasi Bomba kemudiannya mengarahkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya dan Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) bergegas ke lokasi kejadian.

Operasi menyelamat diketuai oleh Komander operasi, Muhammad Syamil Mustafa Kamal yang merupakan anggota pasukan dari BBP Petra Jaya dengan kekuatan sembilan anggota yang diketuai Asmadi Mohd Nawi, selain dibantu enam anggota dari Balai Bomba Batu Lintang diketuai Isnizam Chil.

Mangsa lemas merupakan adik beradik, seorang lelaki berusia 37 tahun, Lee Jun Suhia dan remaja perempuan berusia 17 tahun, Lee Huai Fen.

Aktiviti Berkelah Bersama Keluarga Bertukar Tragedi, 2 Beradik Lemas Di Sungai Rayu Matang
Kredit gambar: Utusan Borneo

“Pasukan unit PPDA membuat selaman di sungai berkenaan namun setakat 5.40 petang mangsa tidak ditemui.

“Bagaimanapun, mangsa pertama iaitu Lee Jun Suhia ditemui jam 5.48 petang dan telah diserahkan kepada polis dari Balai Polis Lundu, manakala mangsa kedua berjaya dijumpai sekitar jam 6.43 petang,” ujar kenyataan tersebut.

Aktiviti riadah tersebut melibatkan 14 orang sebelum insiden berkenaan berlaku. Pada awalnya, si adik yang berusia 17 tahun tersebut hilang, dan si abang yang berusia 37 tahun pergi mencari mangsa.

Namun, kedua-dua mangsa kemudiannya disahkan lemas. Mayat si abang ditemui sekitar jam 5.48 petang manakala mayat si adik pula ditemui pada jam 6.43 petang.

Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa.

Berita terkini di Borneo, baca di sini:

SUMBER :Utusan Borneo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Popular Di Media Sosial, Siapa Sangka Cosplayer Ini Rupa-Rupanya Berasal Dari Miri Popular Di Media Sosial, Rupa-Rupanya Hakken Berasal Dari Miri
Next Article Dapat Sambutan Menggalakkan, Rotiboy Bakal Buka Cawangan Kedua Di Vivacity Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?