• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Popular Di Media Sosial, Rupa-Rupanya Hakken Berasal Dari Miri

Oleh
ILB - AI
16 Mei 2022
Kongsi
6 Min Bacaan
Popular Di Media Sosial, Siapa Sangka Cosplayer Ini Rupa-Rupanya Berasal Dari Miri

Cosplayer Hakken Ryou kembali trending dalam media sosial

Popular Di Media Sosial, Rupa-Rupanya Hakken Berasal Dari Miri. Bagi mereka yang peminat anime dan cosplay, mereka mungkin tahu siapa Hakken Ryou. Tetapi bagi mereka yang baru-baru ini terserempak dengan karya seni fotografi Hakken di media sosial, ia tidak dinafikan bahawa beliau sangat berbakat dalam seninya – tambah lagi dengan wajahnya yang menarik sebagai bonus!

Isi Isi Penting
  • Cosplayer Hakken Ryou kembali trending dalam media sosial
  • Mula menceburi bidang cosplay pada tahun 2010
  • Membuat kostum sendiri
  • Jumlah pengikut di media sosial melebihi satu juta!

Hakken Ryou bukan sahaja popular di kalangan peminat anime dan cosplay, malah ia didapati kebanyakan gambar beliau dalam cosplay juga diminati oleh peminat luar dari komuniti anime – berdasarkan perkongsian gambar-gambar beliau di media sosial. Siapa sangka pula Hakken Ryou yang popular ini rupa-rupanya berasal dari Malaysia, secara spesifiknya Miri, Sarawak!

Popular Di Media Sosial, Rupa-Rupanya Hakken Berasal Dari Miri
Popular Di Media Sosial, Rupa-Rupanya Hakken Berasal Dari Miri

Mula menceburi bidang cosplay pada tahun 2010

Lahir pada 7 November 1998, Hakken Ryou membesar di Miri dan mula menceburi bidang cosplay pada tahun 2010. Bagi mereka yang tidak tahu apakah cosplay, perkataan itu adalah sebuah portmanteau (gabungan) perkataan Inggeris costume dan play (permainan kostum)

Popular Di Media Sosial, Siapa Sangka Cosplayer Ini Rupa-Rupanya Berasal Dari Miri
Contoh cosplay Ares dari permainan video God of War dan Hela dari Thor: Ragnarok. Kredit: Costumes and Ugly Sweaters

Cosplay merupakan sebuah seni persembahan di mana seorang individu akan memakai kostum serta aksesori fesyen untuk mewakili watak tertentu. Seni persembahan ini sangat popular di kalangan komuniti anime.

Popular Di Media Sosial, Siapa Sangka Cosplayer Ini Rupa-Rupanya Berasal Dari Miri
Seorang gadis dalam cosplay. Kredit: AnimeWhiz

Pada awal kerjayanya, Hakken menyatakan menerusi sebuah temu bual bahawa tidak ramai orang suka bermain cosplay dan tidak banyak acara berasaskan anime pada masa itu. Walau bagaimanapun, beliau menyedari komuniti cosplayer tempatan semakin mengembang, dengan semakin ramai orang menceburi seni persembahan ini serta acara-acara berasaskan anime semakin bertambah selepas beberapa tahun.

Popular Di Media Sosial, Siapa Sangka Cosplayer Ini Rupa-Rupanya Berasal Dari Miri
Peminat cosplay di salah satu konvensyen anime di Shah Alam. Kredit: Malay Mail

Semasa permulaan kerjaya Hakken sebagai cosplayer, Miri hanyalah sebuah bandar kecil. Hakken menyatakan pengalamannya sebagai cosplayer semasa awal kerjayanya mempunyai cabaran tersendiri. Oleh kerana pada masa itu tidak ramai orang tahu tentang konsep cosplay, beliau sering dipandang aneh ketika melakukan photoshoot.

“Mereka akan memandang saya dengan pelik, dan berkata seperti, “Apa yang mereka lakukan di sana?” tetapi saya dapat merasakan perbezaannya sekarang. Kalau dulu, “Apa itu?” tetapi sekarang saya kurang mendapat komen seperti ini, kerana orang tahu bahawa saya sedang cosplay. Perbezaannya cukup ketara,”

Hakken Ryou, issuu
Popular Di Media Sosial, Siapa Sangka Cosplayer Ini Rupa-Rupanya Berasal Dari Miri
Hakken Ryou dalam cosplay. Kredit: Twitter

Membuat kostum sendiri

Sebilangan besar cosplayer akan membuat kostum mereka sendiri berdasarkan pakaian watak yang ingin mereka wakili dan Hakken Ryou tidak dikecualikan.

Popular Di Media Sosial, Siapa Sangka Cosplayer Ini Rupa-Rupanya Berasal Dari Miri
Seorang individu sedang menjahit kostum untuk tujuan cosplay. Kredit: YouTube

Sebagai seorang cosplayer, Hakken bertanggungjawab atas pembuatan kostum watak anime yang ingin diwakilinya serta solekan sesuai untuk ‘menghidupkan’ watak tersebut. Hakken dikenali dengan kebolehannya untuk menghasilkan cosplay “2.5D”, iaitu cosplay yang menggambarkan watak anime dengan sangat realistik.

Bergantung pada bahan yang diperlukan, Hakken boleh meluangkan masa selama seminggu hanya untuk membuat kostum dan menggayakan rambut palsu watak anime yang ingin diwakili.

Popular Di Media Sosial, Siapa Sangka Cosplayer Ini Rupa-Rupanya Berasal Dari Miri
Hakken dikenali dengan kebolehannya menghasilkan cosplay 2.5D. Kredit: Tumblr

Mungkin tak ramai orang tahu, tetapi Hakken sebenarnya berjantina perempuan. Walaupun jantinanya adalah perempuan, beliau paling terkenal dengan penggambaran watak anime lelaki yang tepat. Anda boleh lihat contoh-contoh cosplay beliau sebagai watak anime lelaki di bawah, serious mengagumkan!

View this post on Instagram

A post shared by Hakken 八犬 (@_hakkencoser_)

View this post on Instagram

A post shared by Hakken 八犬 (@_hakkencoser_)

View this post on Instagram

A post shared by Hakken 八犬 (@_hakkencoser_)

Mengenai ‘pilihan jantina’ beliau, Hakken pernah menyatakan melalui Instagram Live beliau bahawa beliau selesa dengan kata ganti apa pun (he atau she) tetapi sebagai seorang cosplayer, beliau lebih selesa mewakili watak anime lelaki dalam cosplay beliau. Walau bagaimanapun, beliau pernah membuat cosplay mewakili watak anime perempuan.

Popular Di Media Sosial, Siapa Sangka Cosplayer Ini Rupa-Rupanya Berasal Dari Miri
Kredit: Pinterest

Betul-betul berbakat Hakken ni! Cosplay sebagai watak lelaki dapat, bahkan watak perempuan pun dapat!

Jumlah pengikut di media sosial melebihi satu juta!

Walaupun nama Hakken mungkin asing bagi kebanyakan orang di sini, tetapi beliau mempunyai sebanyak 2.7 juta pengikut di Instagram rasmi beliau. Malah, beliau mempunyai sejumlah 576.1k pengikut dalam Twitter rasminya serta sebanyak 1 juta pengikut dalam Facebook.

Popular Di Media Sosial, Siapa Sangka Cosplayer Ini Rupa-Rupanya Berasal Dari Miri
Instagram Hakken Ryou mempunyai sejumlah 2.7 juta pengikut! Kredit: Instagram
Popular Di Media Sosial, Siapa Sangka Cosplayer Ini Rupa-Rupanya Berasal Dari Miri
Twitter Hakken Ryou. Kredit: Twitter
Popular Di Media Sosial, Siapa Sangka Cosplayer Ini Rupa-Rupanya Berasal Dari Miri
Facebook Hakken Ryou. Kredit: Facebook

Nampaknya, karya Hakken sangat dikagumi oleh peminat bukan sahaja dari komuniti anime tempatan tetapi juga di peringkat antarabangsa.

Sebagai sebuah seni persembahan, cosplay merupakan bentuk seni yang menarik. Sekiranya anda melihat beberapa cosplayers melakukan photoshoot, jangan pandang pelik! Hargai karya yang telah mereka buat untuk membuat kostum mereka dan kagumi dari jauh.

Siapa tahu, cosplayer tersebut mungkin akan menjadi celebrity cosplayer seterusnya!

Popular Di Media Sosial, Siapa Sangka Cosplayer Ini Rupa-Rupanya Berasal Dari Miri
Kredit: Cosplay by Heart

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Hidden Cafe Di Santubong Ini Tawar Pengalaman Makan Sambil Melihat View Indah
Next Article Aktiviti Berkelah Bersama Keluarga Bertukar Tragedi, 2 Beradik Lemas Di Sungai Rayu Matang

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?