• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Aktiviti Keagamaan, Budaya Tidak Dibenarkan Sepanjang Tempoh PKP Dan PKPB

Oleh
Husna Hazmi
18 Januari 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Arahan tersebut telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bancana Negeri Sarawak (JPBNS).

Aktiviti Keagamaan, Budaya Tidak Dibenarkan Sepanjang Tempoh PKP Dan PKPB. Semua aktiviti keagamaan dan budaya yang biasanya dilakukan di dalam dan pekarangan rumah ibadat bukan Islam tidak dibenarkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, perkara ini adalah antara prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa itu menerusi Unit Hal Ehwal Agama Lain (UNIFOR) bagi negeri Sarawak.

Aktiviti Keagamaan, Budaya Tidak Dibenarkan Sepanjang Tempoh PKP Dan PKPB
Aktiviti Keagamaan, Budaya Tidak Dibenarkan Sepanjang Tempoh PKP Dan PKPB

Majlis kesyukuran juga tidak dibenarkan

“Semua mesyuarat, seminar dan majlis seperti pertunangan, perkahwinan dan majlis kesyukuran juga tidak dibenarkan.

“Bagaimanapun, siaran langsung dari pekarangan rumah ibadat dibenarkan namun hanya maksimum 12 orang petugas sahaja,” menurutnya dalam kenyataan pada Ahad semalam.

JPBNS turut memaklumkan senarai nama petugas harus diserahkan kepada UNIFOR untuk maklumat dan dimajukan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Aktiviti Keagamaan, Budaya Tidak Dibenarkan Sepanjang Tempoh PKP Dan PKPB

Sarawak melaksanakan PKPB

Sarawak melaksanakan PKPB di semua bahagian kecuali Sibu mulai 18 Januari hingga 31 Januari 2021.

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini melibatkan Zon Kuching (Kuching, Samarahan dan Serian), Zon Sri Aman (Sri Aman), Zon Sarikei (Sarikei dan Betong), Zon Mukah (Mukah), Zon Kapit (Kapit), Zon Bintulu (Bintulu), Zon Miri (Miri) dan Zon Limbang (Limbang).

Sementara itu, Bahagian Sibu pula melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah berkuat kuasa pada 16 Januari lalu sehingga 29 Januari 2021.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article TERKINI : PKPB Di Seluruh Sarawak Bermula 18 Januari 2021
Next Article Walaupun Rumah Dimasuki Air, Adik Di Sabah Ini Tetap Gembira Sambut Hari Jadi

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?