• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

TERKINI : PKPB Di Seluruh Sarawak Bermula 18 Januari 2021

Oleh
ILB - AI
16 Januari 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Kes keseluruhan di Sarawak kini mencecah lebih 2000 kes

TERKINI : PKPB Di Seluruh Sarawak Bermula 18 Januari 2021. Kerajaan Sarawak akan melaksanakan perintah kawalan pergerakan bersyarat bermula dari 18 Januari 2021 di seluruh bahagian di Sarawak bermula dari 18 Januari 2021.

Sementara itu, hari ini Sarawak mencatatkan 69 kes positif dengan pecahan yang berikut :
Sibu : 30 kes
Kuching : 10 kes
Bintulu : 9 kes
Kanowit : 5 kes
Miri : 4 kes
Meradong : 2 kes
Asajaya : 2 kes
Selangau : 2 kes
Lubuk Antu : 1 kes
Kota Samarahan : 1 kes
Sarikei : 1 kes
Simunjan : 1 kes
Spaoh : 1 kes

Hari ini juga tujuh (7) kluster COVID-19 masih aktif di Sarawak iaitu:
1. Kluster Bukit Sekubong, Sebauh : tiada penambahan kes hari. Jumlah keseluruhan kes kekal 24 kes. Sejumlah 260 individu telah disaring, dimana 190 negatif dan 46 masih menunggu keputusan makmal.
2. Kluster Jelita, Miri : tiada penambahan kes hari ini. Jumlah keseluruhan kes kekal 26 kes. Sejumlah 130 individu telah disaring, dimana 94 negatif dan 10 masih menunggu keputusan makmal.
3. Kluster Pasai, Sibu : terdapat 46 penambahan kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 556 kes. Sejumlah 1,600 individu telah disaring, dimana 1,000 negatif dan 44 masih menunggu keputusan makmal.
4. Kluster Keranji Tabuan, Kuching : tiada penambahan kes hari ini. Jumlah keseluruhan kekal 14 kes. Sejumlah 180 individu telah disaring, dimana 154 negatif dan 12 masih menunggu keputusan makmal.
5. Kluster Bah Sayap, Miri : tiada penambahan kes hari. Jumlah keseluruhan kes kekal 89 kes. Sejumlah 700 individu telah disaring, dimana 576 negatif dan 35 masih menunggu keputusan makmal.

Terdapat 11 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini iaitu dari Hospital Umum Sarawak (7) dan Hospital Sibu (4). Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 yang telah pulih dan dibenarkan discaj meningkat kepada 1,148 orang atau 56.03% dari jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Sarawak.

Jumlah kes yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di hospital adalah seramai 882 orang iaitu:
• 530 kes di Hospital Sibu;
• 199 kes di Hospital Miri;
• 108 kes di Hospital Umum Sarawak;
• 45 kes di Hospital Bintulu.
Pada hari ini, 139 PUI baru telah dilaporkan dan 43 PUI yang masih menunggu keputusan ujian makmal

JPBN juga telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Bahagian Sibu dari 16 hingga 29 Januari 2021 dan Perintah Kawalan Pergerakan
Bersyarat (PKPB) di bahagian-bahagian lain di Sarawak, berkuatkuasa 18 Januari 2021 jam 12.01 pagi hingga 31 Januari 2021 jam 11.59 malam (14 hari). SOP berhubung
dengan PKP ini akan dimaklumkan kepada orang awam pada 17 Januari 2021.

Baca Juga Artikel Lain

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article TERKINI: 60 Kes Baharu COVID-19 Dicatat Di Sarawak Hari Ini
Next Article Aktiviti Keagamaan, Budaya Tidak Dibenarkan Sepanjang Tempoh PKP Dan PKPB

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?