• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

SFC Tumpaskan Aktiviti Sindiket Penyeludupan Bernilai RM15 Juta, Kepala Burung Kenyalang Antara Dirampas

Oleh
Husna Hazmi
30 November 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

SFC tumpaskan aktiviti sindiket penyeludupan hidupan dan tumbuhan liar

SFC Tumpaskan Aktiviti Sindiket Penyeludupan Bernilai RM15 Juta, Kepala Burung Kenyalang Antara Dirampas. Dilaporkan, Sarawak Forestry Corporation (SFC) berjaya menggagalkan aktiviti sindiket penyeludupan hidupan liar dan tumbuhan melalui Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) di Miri, dengan rampasan pelbagai barangan bernilai kira-kira RM 15 juta.

Operasi ini dilaksanakan dengan kerjasama Batalion 12 Pasukan Gerakan Am (PGA) Miri dan berlangsung di kawasan sekitar bandar raya berkenaan.

SFC Tumpaskan Aktiviti Sindiket Penyeludupan Bernilai RM15 Juta, Kepala Burung Kenyalang Antara Dirampas. Sumber gambar: Utusan Borneo

Barangan yang dirampas adalah

Jurucakap SFC menyatakan, antara barangan yang dirampas termasuk kayu gaharu, serbuk gaharu, minyak pati gaharu, sisik tenggiling, geliga landak, tanduk rusa, tanduk kijang, kepala burung kenyalang, serta pelbagai hidupan liar lain.

Selain itu, tengkorak haiwan, terumbu karang, hempedu beruang, taring babi, kuku beruang, haiwan eksotik, anak buaya, serta wang tunai berjumlah RM42,635 juga turut dirampas.

Dikatakan bahawa, semua suspek yang ditahan telah dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan lanjut di bawah Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998 (Bab 26).

Sumber gambar: Utusan Borneo

Antara rampasan terbesar

Kontroller Hidupan Liar Sarawak turut memuji kejayaan besar ini dan menegaskan bahawa ia adalah salah satu rampasan terbesar setakat ini.

Tambahnya lagi, ini menunjukkan dedikasi tinggi SFC dan agensi lain dalam membanteras jenayah flora dan fauna di Sarawak. OBK bertujuan memperkukuh penguatkuasaan undang-undang serta menangani isu pencerobohan hutan, pemburuan haram, dan penyeludupan hidupan liar.

Operasi ini melibatkan kerjasama erat antara Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kastam, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara, serta agensi berkaitan di Sarawak dan Sabah.

Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang pemburuan atau penyeludupan hidupan liar digalakkan untuk melaporkan kepada talian hotline SFC, demi melindungi khazanah alam semula jadi Sarawak untuk generasi akan datang.

Lagi berita menarik untuk anda di sini:

Lagi Projek Sakit Diselamatkan, Jambatan Rambungan Bakal Siap Tahun 2027
Selipar Dan Plastik Sampah Sarap Antara Bendasing Ditemui Dalam Perut Paus Baleen
SUMBER :Utusan Borneo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Sebab Kenapa Sarawak Kekal Guna Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Rasmi
Next Article Pemain Bola Sarawak, Jimmy Raymond Dipanggil Wakili Malaysia Piala AFF 2024

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?