• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pemain Bola Sarawak, Jimmy Raymond Dipanggil Wakili Malaysia Piala AFF 2024

Oleh
Ismail NA
30 November 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Kredit foto: Kuching City FC

Jimmy Raymond, anak jati Sarawak yang menyerlah di Kuching City FC

Pemain Bola Sarawak, Jimmy Raymond Dipanggil Wakili Malaysia Piala AFF 2024. Setelah sekian lama pasukan bolasepak Malaysia sepi dari senarai pemain yang berasal dari Bumi Kenyalang, kini peluang untuk pemain bolasepak Sarawak mengharumkan nama negara kian menyinar.

Ini susulan pengumuman terkini oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tentang senarai pemain bolasepak Malaysia yang akan mewakili negara dalam saingan Piala AFF 2024. Dalam senarai Ketua Jurulatih Malaysia, Pau Marti, beliau telah menyenaraikan Jimmy Raymond, pemain kelahiran Sarawak dalam skuad kendaliannya untuk saingan piala tersebut.

Pemain Bola Sarawak, Jimmy Raymond Dipanggil Wakili Malaysia Piala AFF 2024
Pemain Bola Sarawak, Jimmy Raymond Dipanggil Wakili Malaysia Piala AFF 2024. Sumber: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

Jimmy Raymond berpeluang bergandingan dengan pemain berpengalaman Daniel Ting, Dominic Tan

Jimmy Raymond, yang kini berusia 28 tahun dipilih sebagai pemain yang akan mewakili Malaysia di posisi pertahanan bersama-sama pemain berpengalaman seperti Daniel Ting (Sabah FC), Dominic Tan (Sabah FC), Khuzaimi Piee (Selangor FC) selain muka baharu seperti Harith Samsuri (Negeri Sembilan FC).

Jimmy yang mewakili pasukan Kuching City FC juga sering kali mendapat pujian daripada pengamat sukan Malaysia serta penganalisis sukan bolasepak Malaysia berikutan prestasinya yang memberangsangkan di atas padang.

Pemain Bola Sarawak, Jimmy Raymond Dipanggil Wakili Malaysia Piala AFF 2024
Kredit foto: Kuching City FC

2 pemain Kuching City FC dipanggil wakili Malaysia di Piala AFF 2024

Selain Jimmy Raymond, seorang lagi pemain dari pasukan Kuching City FC, Daniel Amir Norhisham juga turut dipanggil untuk mewakili skuad kebangsaan bagi membantu jentera pasukan bola sepak Malaysia di bahagian tengah.

Sebelum ini, dua pemain bolasepak kelahiran Sarawak, Shamie Iszuan dan Tommy Mawat pernah dipanggil untuk menjalani latihan pusat untuk skuad kebangsaan namun tidak berpeluang untuk beraksi di kesebelasan utama.

Harapnya Jimmy Raymond mampu memecahkan kebuntuan tersebut dan membuktikan kemampuan anak Sarawak beraksi lincah mempertahankan gawang Malaysia kelak!

Ini pula senarai pemain bolasepak berdarah Sarawak yang mungkin boleh anda usha:

Kenali Isaac Angking, Pemain Bolasepak Kacukan Sarawak Yang Sedang Meningkat Naik Di Amerika
Kenali Ashman Rizal, Pemain Bola Sepak Sarawak Yang Kini Berkelana Di Eropah

SUMBER :Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article SFC Tumpaskan Aktiviti Sindiket Penyeludupan Bernilai RM15 Juta, Kepala Burung Kenyalang Antara Dirampas
Next Article Ekopelancongan Sabah, Mengubah Persepsi Negara Barat Terhadap Industri Sawit

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?