I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: Alat Pembersihan Wajib Ada Di Rumah Yang Boleh Dibeli Dari Shopee Dengan Harga Murah
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Alat Pembersihan Wajib Ada Di Rumah Yang Boleh Dibeli Dari Shopee Dengan Harga Murah

Oleh Kedung BK 30 Mac 2021
Kongsi
6 Min Bacaan
Alat Pembersihan Wajib Ada Di Rumah Yang Boleh Dibeli Dari Shopee Dengan Harga Murah

Kalau nak beli alat pembersihan dengan harga berpatutan, baca artikel ini!

Alat Pembersihan Wajib Ada Di Rumah Yang Boleh Dibeli Dari Shopee Dengan Harga Murah. Sekiranya anda ingin membeli alat pembersihan tetapi don’t know where to start dan bajet terhad, berikut adalah alat pembersihan anda wajib ada di rumah dan di mana anda boleh membelinya dari Shopee dengan harga berpatutan!

*Harga mungkin akan berbeza mengikut masa. Artikel ini ditulis pada 30 Mac 2021.
**Harga yang dinyatakan tidak termasuk dengan kos penghantaran.

Alat Pembersihan Wajib Ada Di Rumah Yang Boleh Dibeli Dari Shopee Dengan Harga Murah

Pembersih vakum tanpa wayar

Pembersih vakum adalah alat pembersih yang mesti dimiliki, walaupun anda tidak mempunyai lantai berkarpet. Bukan sahaja ia lebih praktikal, ia memudahkan urusan pembersihan debu di rumah anda!

Terdapat 4 jenis vakum iaitu vakum heavy duty (yang besar), vakum tanpa wayar, robotic vacuum dan hand held vakum. Sekiranya rumah anda tidak mempunyai masalah debu yang berat dan hanya memerlukan pembersihan debu sekurang-kurangnya dua kali seminggu, anda boleh menggunakan vakum tanpa wayar untuk kemudahan anda.

Vakum ini tidak memerlukan sumber elektrik tetapi sebaliknya bergantung pada bateri. Vakum anda hanya perlu dicas setelah selesai digunakan.

Di Shopee, anda boleh membeli vakum tanpa wayar serendah RM199.99.

Terdapat juga jenis vakum yang mempunyai rupa seperti vakum tanpa wayar tetapi memerlukan sumber elektrik dengan harga serendah RM129.

Mop rata (Flat mop)

Mop rata, atau mop debu, adalah alternatif yang baik untuk mop yang biasanya digunakan. Mop rata adalah optimum untuk pembersihan harian dan mudah membersihkan kawasan sukar seperti sudut.

Ia tidak berbau, dan tahan lama. Mop rata menghilangkan keperluan untuk baldi dan meningkatkan tahap kebersihan di rumah anda.

Antara mop rata terbaik di pasaran sekarang adalah mop rata yang dilengkapi dengan petak semburan untuk meletakkan cecair pembersih anda. Anda hanya perlu menekan muncung untuk menyemburkan cecair di lantai dan mop akan membersihkannya, jadi anda tidak memerlukan baldi langsung!

Mop rata adalah lebih mudah digunakan jika dibanding dengan mop biasa.

Salah satu perkara terbaik dari mop ini adalah pad nya dapat dikeluarkan dari mop dan dibasuh – jadi anda boleh menggunakan pad mop yang segar dan bersih setiap masa (tidak perlu lagi memerah dan membilas mop!)

Gambar sekadar hiasan.

Di Shopee, anda boleh mendapatkan mop ini dengan harga serendah RM18.79

Sarung tangan getah

Satu set sarung tangan getah tebal yang murah cukup sebagai keperluan untuk melindungi tangan anda dari bahan kimia pembersih dan apa sahaja kotoran yang anda hadapi. Sebagai bonus, ia tahan lebih lama (dan memberikan perlindungan lebih banyak) daripada sarung tangan lateks atau nitril.

Di Shopee, anda boleh mendapatkan sepasang sarung tangan getah serendah RM2.50.

Squeegee

Alat ini penting di dalam bilik mandi anda. Ia dapat mengurangkan kesan bekas sabun yang lekat di jubin dan ia boleh menjimatkan banyak masa di kemudian hari sekiranya anda hendak membersihkan bilik mandi anda.

Squeegee sesuai untuk menyapu air di permukaan jubin, kaca, dan sebagainya.

Kini, banyak squeegee dilengkapi dengan alat penyedut jadi anda dapat memasangnya tepat ke dinding dan menggunakannya apabila diperlukan.

Di Shopee, anda boleh mendapatkan kepalanya (tanpa batang) serendah RM4.44.

Set berus tandas dan pemegang

Berus tandas yang bersih akan membantu anda membersihkan mangkuk tandas anda dengan sedikit usaha. Anda boleh mendapatkan satu set, dilengkapi dengan pemegang, dari Shopee dengan harga serendah RM18.50.

Kain microfiber

Kain pembersih biasa mempunyai serat yang diperbuat daripada kapas atau bahan sintetik seperti nilon, tapi kain microfiber mempunyai serat yang jauh lebih banyak dan kain ini jauh lebih kecil. Kain microfiber cukup lembut untuk membersihkan semua permukaan tanpa meninggalkan calar, termasuk keluli tahan karat dan kaca.

Kain biasa vs kain microfiber

Kain ini dijual dengan harga serendah RM2.98 di Shopee.

Lint roller

Jika anda mempunyai haiwan peliharaan, roller ini adalah alat yang mesti dimiliki!

Jalankan di sepanjang sofa, kerusi dan juga permaidani anda untuk mengumpulkan bulu-bulu haiwan peliharaan anda.

Gambar sekadar hiasan. Kredit: Caraselle Direct

Roller ini juga bagus untuk membersihkan lamp shade!

Roller ini boleh digunakan untuk membersih terendak lampu.

Anda boleh mendapatkan roller ini sekali dengan dua roll refill percuma dengan harga serendah RM9.09 di Shopee.

Jangan lupa alat-alat asas ini (yang boleh dibeli dari mana-mana kedai runcit):

  • Penyapu
  • Dust pan
  • Berus habuk
  • Baldi
  • Span
  • Kain pembersih

Sabun pencuci

Jangan lupa untuk sediakan bahan-bahan berikut untuk kemudahan pembersihan anda:

  • Pembersih serba guna (berkesan dalam membuang minyak, dan kotoran, dan kebanyakannya tidak memerlukan lebih daripada sekadar semburan dan lap)
  • Pembersih kaca (khas untuk permukaan berkaca seperti tingkap dan meja kaca)
  • Pembersih kayu (khas untuk permukaan berkayu seperti pintu)
  • Semburan atau tisu antibakteria (untuk sanitasi permukaan terutamanya di bahagian dapur dan bilik mandi)
  • Pembersih jubin dengan peluntur
  • Pembersih tandas (pembersih tandas berasaskan peluntur menjadikan tandas lebih bersih)
  • Cuka putih (bagus untuk melarutkan minyak dan menghilangkan kotoran)
  • Baking soda (boleh menyerap dan menghilangkan bau)

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article PKPD Bintawa Ulu Dan Tengah Kuching Serta PKP Nabawan Sabah Diisytihar Tamat
Next Article Semalam Sabah Catat Pengurangan Kes Dengan Hanya 34 Kes Baharu

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
#innovatesarawak 29 Mac 2023
Mastermind Di Sebalik Ruang Komuniti Seni Think & Tink, Kenali Arkitek Wanita Berjiwa Borneo Ini
Cerita Borneo 11 Mac 2023
Dari Oversea Ke Kota Kinabalu, Ini Kisah Bagaimana Idea Mural Tiang Pemuda Ini Menyatukan Artis Lokal Di Sabah
Cerita Borneo 4 Mac 2023
Wanita Ini Antara Penyambung Legasi Dastar, Tenunan Berwarna Warni Dari Sabah
Wanita Ini Antara Penyambung Legasi Dastar, Tenunan Berwarna Warni Dari Sabah
Cerita Borneo 18 Februari 2023
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?