• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Pelbagai

Semalam Sabah Catat Pengurangan Kes Dengan Hanya 34 Kes Baharu

Oleh
Nazihah AN
30 Mac 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Terdapat empat kawasan dalam kategori kawasan merah dan hijau

Semalam Sabah Catat Pengurangan Kes Dengan Hanya 34 Kes Baharu. Dilaporkan bahawa, pada 29 Mac telah direkodkan sebanyak 34 kes COVID-19 baru di Sabah dan sejumlah 54,657 kes terkumpul.

Isi Isi Penting
  • Terdapat empat kawasan dalam kategori kawasan merah dan hijau
  • Sebanyak 19 kes disebabkan oleh pemeriksaan kontak dekat
  • Seramai 2,716 orang menerima suntikan pada 29 Mac
  • Lagi di sini:

Menteri Kerajaan Tempatan dan perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, mengatakan bahawa dua kematian juga dicatatkan di Kota Kinabalu dan Tawau, bagaimanapun tiada laporan kluster baharu.

Semalam Sabah Catat Pengurangan Kes Dengan Hanya 34 Kes Baharu
Semalam Sabah Catat Pengurangan Kes Dengan Hanya 34 Kes Baharu

Sebanyak 19 kes disebabkan oleh pemeriksaan kontak dekat

Menurutnya, daripada 34 kes positif COVID-19, sebanyak 19 kes (55.9%) disebabkan oleh pemeriksaan kontak dekat, manakala tiga kes disaring bergejala, tujuh kes adalah pemeriksaan dari kluster sedia ada serta lima kes dari lain-lain kategori.

Beliau mengatakan bahawa terdapat empat kawasan dalam kategori kawasan merah dan hijau, kawasan jingga di lima kawsan dan keseluruhan 14 kawasan kategori kawasan kuning.

“Jumlah pesakit COVID-19 yang sembuh seramai 32 orang menjadikan jumlah kumulatif 53,809 orang, manakala seramai 408 pesakit masih menerima rawatan,” beliau mengatakan dalam penyataan semalam.

Katanya seramai 170 orang dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam.

Semalam Sabah Catat Pengurangan Kes Dengan Hanya 34 Kes Baharu

Seramai 2,716 orang menerima suntikan pada 29 Mac

Masidi mengatakan bahawa jumlah pesakit di unit rawatan intensif (ICU) adalah seramai 30 orang, manakala 14 pesakit lain memerlukan bantuan ventilasi.

“Setakat ini, seramai 14 orang menerima suntikan vaksin harian dos pertama menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 42,292 orang. Sabah menyelesaikan sasaran bagi suntikan vaksin fasa pertama (dos pertama) sebanyak 42,292 dan masih meneruskan bagi dos kedua sehingga April ini,” tambah beliau.

Menurut beliau, untuk dos kedua vaksin Pfizer BioNtech, seramai 2,716 orang menerima suntikan pada 29 Mac, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 11,406 orang.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Alat Pembersihan Wajib Ada Di Rumah Yang Boleh Dibeli Dari Shopee Dengan Harga Murah Alat Pembersihan Wajib Ada Di Rumah Yang Boleh Dibeli Dari Shopee Dengan Harga Murah
Next Article Satu Lagi Telaga Minyak Baharu Dijumpai Di Balingian, Mukah

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?