• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Cuba Alih Penghadang Di Jalan Keningau-Kimanis Yang Ditutup, Pengguna Jalan Diberi Amaran

Oleh
Farisha
10 Mac 2025
Kongsi
3 Min Bacaan

Pengguna jalan cuba alih penghadang jalan raya yang ditutup akibat tanah runtuh

Cuba Alih Penghadang Di Jalan Keningau-Kimanis Yang Ditutup, Pengguna Jalan Diberi Amaran. Nampaknya ada yang lebih berani dari pasukan penyelamat. Pengguna jalan raya di Sabah dikesan cuba mengalihkan sekatan jalan di KM14.3 Jalan Keningau-Kimanis, yang telah ditutup berikutan tanah runtuh sejak 7 Mac lalu.

Tindakan ini telah mendapat perhatian Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Seri Shahelmey Yahya, yang juga Menteri Kerja Raya Sabah. Beliau menegaskan bahawa jalan ini ditutup demi keselamatan pengguna dan meminta semua pihak tidak bertindak sesuka hati dengan mengalih sekatan yang telah dipasang oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

Cuba Alih Penghadang Di Jalan Keningau-Kimanis Yang Ditutup, Pengguna Jalan Diberi Amaran
Cuba Alih Penghadang Di Jalan Keningau-Kimanis Yang Ditutup, Pengguna Jalan Diberi Amaran. Sumber foto: The Star

“Saya ingin menasihatkan pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati dan mematuhi semua arahan daripada JKR. Jalan ini ditutup bukan kerana suka-suka, tetapi demi keselamatan semua, terutama dalam keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang,” katanya, menurut laporan media tempatan.

Jalan Popular Tapi Bahaya

Jalan Keningau-Kimanis memang laluan penting kerana ia jalan paling singkat menghubungkan kawasan pedalaman Sabah dengan Kota Kinabalu. Namun, akibat hujan lebat berterusan, keadaan tanah di kawasan tersebut masih tidak stabil, meningkatkan risiko tanah runtuh dan bahaya kepada pengguna jalan.

Sebagai alternatif, pengguna jalan raya dinasihatkan untuk menggunakan laluan Kota Kinabalu-Tambunan-Keningau-Tenom, walaupun ia mungkin mengambil masa lebih lama.

JKR juga telah mengaktifkan Pelan Pengurusan Trafik untuk memastikan pergerakan trafik lebih terkawal serta menyediakan langkah-langkah kecemasan sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.

“Pelan ini bukan untuk menyusahkan pengguna jalan raya, sebaliknya untuk memastikan keselamatan mereka,” tambah Shahelmey.

Banjir Di Sabah, 4,000 Penduduk Dipindahkan

Selain isu tanah runtuh, banjir besar turut melanda beberapa kawasan di Beaufort, Membakut, Sook dan Keningau, menyebabkan lebih 4,122 penduduk terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara.

Status Terkini Mangsa Banjir di Sabah:

Beaufort – 1,339 mangsa (432 keluarga)
Membakut – 872 mangsa (293 keluarga)
Sook – 1,031 mangsa (241 keluarga)
Keningau – 137 mangsa (51 keluarga)

Sejak hujan lebat melanda Sabah, paras air sungai di Tenom semakin meningkat, menyebabkan banjir kilat dan jalan utama ke kampung-kampung terputus.

Bagi mereka yang berada di kawasan terjejas, jangan ambil risiko meredah jalan yang telah ditutup dan sentiasa patuhi arahan pihak berkuasa. Nak cepat sampai ke destinasi tak berbaloi kalau nyawa jadi taruhan. Teruskan mengikuti perkembangan terkini dan sentiasa berhati-hati.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Mat Rempit Makin Berani, Tutup Penuh Jalan di Limbang untuk Lumba Haram
Potong Barisan, Jengkaut Dilihat Selamba Langgar Penghadang Di Bulatan Tabuan
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pendidikan Percuma IPTA Di Sarawak Bakal Diperluas Kepada Pelajar UiTM Pendidikan Percuma IPTA Di Sarawak Bakal Diperluas Kepada Pelajar UiTM
Next Article KPDN Sarawak Tawar Baucar E-Wallet Di Lima Lokasi Bazar Ramadan Rahmah KPDN Sarawak Tawar Baucar E-Wallet Di Lima Lokasi Bazar Ramadan Rahmah Di Sarawak

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?