• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Amalkan Kepercayaan Solat 3 Kali Sehari, Ini Adalah Komuniti Muslim ‘Sasak’ Di Indonesia

Oleh
Nazihah AN
19 April 2022
Kongsi
7 Min Bacaan

Pernah dengar kaum Sasak tak? Haa jom kita kenali kaum ini!

Amalkan Kepercayaan Solat 3 Kali Sehari, Ini Adalah Komuniti Muslim ‘Sasak’ Di Indonesia. Adat, kepercayaan dan agama kaum Sasak di Indonesia. Seperti yang kita selalu dengar, adat, kepercayaan dan agama merupakan dua perkara penting dalam hidup kita. Malaysia, Brunei, Filipina dan juga Indonesia adalah antara negara yang masih kuat mengekalkan adat resam dari nenek moyang sendiri.

Isi Isi Penting
  • Pernah dengar kaum Sasak tak? Haa jom kita kenali kaum ini!
  • Bagaimanakah perkataan “Sasak” diperolehi?
  • Untuk pengetahuan anda, segelintir kaum ini masih lagi mengamalkan animisme.
  • Apakah perbezaan mengikut kepercayaan Wetu Telu dengan Islam?
  • Wetu Telu juga mempunyai perayaan/ ritual yang sangat unik!
  • Lagi menarik di sini:

Begitu juga dengan Kaum Sasak di Pulau Lombok, Indonesia. Segelintir kaum ini mempunyai kepercayaan bahawa nenek moyang mereka merupakan orang yang pertama menerima ajaran Islam di Pulau Lombok setelah Wali Songo tiba pada abad ke-17.

Amalkan Kepercayaan Solat 3 Kali Sehari, Ini Adalah Komuniti Muslim 'Sasak' Di Indonesia
Amalkan Kepercayaan Solat 3 Kali Sehari, Ini Adalah Komuniti Muslim ‘Sasak’ Di Indonesia

Bagaimanakah perkataan “Sasak” diperolehi?

Perkataan Sasak, berawal dari kata “Sak Sak” yang bermaksud satu satu yang juga kata lainnya Sesek yang membawa maksud menenun dalam Bahasa Lombok. Sesek dilakukan dengan cara memasukkan benang satu persatu (Sak Sak), kemudian benang dirapatkan hingga padat untuk menjadi bentuk kain dengan menggunakan alat tenun.

Uniknya, suara sak sak didengar ketika memukul alat tenun dan hanya dilakukan dua kali saja.

Dulu-dulu, dikatakan semua wanita suku Sasak perlu mempunyai kemahiran menenun kain. Oleh itu, dari kecil lagi mereka akan diajar untuk menenun, dan sekiranya ada yang tidak mampu untuk menenun maka mereka tidak boleh untuk berkahwin.

Adat mereka sebelum berkahwin, si wanita harus menyiapkan tiga kain tenunan yang akan diberikan kepada bakal suaminya, bakal ibu mertuanya dan juga dirinya sendiri. Unik bukan?

Amalkan Kepercayaan Solat 3 Kali Sehari, Ini Adalah Komuniti Muslim 'Sasak' Di Indonesia
Amalkan Kepercayaan Solat 3 Kali Sehari, Ini Adalah Komuniti Muslim ‘Sasak’ Di Indonesia

Untuk pengetahuan anda, segelintir kaum ini masih lagi mengamalkan animisme.

Jika dilihat dari segi kepercayaan mereka, terbahagi kepada tiga kelompok iaitu Boda, Wetu Telu dan Islam (Wetu Lima). Dalam artikel ini, kami akan highlightkan berkenaan kaum Sasak yang mengamalkan Wetu Telu. Kalau ada yang nak tahu kaum Boda dan kaum lainnya boleh komen di ruangan Facebook kami!

Wetu Telu membawa maksud waktu tiga atau tiga waktu, ianya merupakan kepercayaan untuk kaum Muslim Sasak ini untuk mengamalkan solat fardhu sebanyak 3 kali dalam sehari. Jika dilihat dari segi amalan kaum ini, memang mirip seperti Islam Sunni.

Amalkan Kepercayaan Solat 3 Kali Sehari, Ini Adalah Komuniti Muslim 'Sasak' Di Indonesia
Amalkan Kepercayaan Solat 3 Kali Sehari, Ini Adalah Komuniti Muslim ‘Sasak’ Di Indonesia

Ada yang berkata kehadiran pendakwah dari Tanah Jawa beratus tahun dahulu, telah memperkenalkan ajaran Islam yang kuat dengan elemen mistiknya. Lama kelamaan ajaran tersebut terpesong hingga ianya sukar untuk diubah semula.

Namun ada juga pendapat berbeza yang mengatakan bahawa terdapat kegagalan untuk menghabiskan proses dakwah di tempat itu, menjadi punca segelintir orang Sasak gagal menerima Islam dengan sempurna.

Walaupun sudah memeluk Islam, kefahaman mereka yang tidak jelas mengenai Islam menyebabkan mereka kembali kepada kepercayaan nenek moyang mereka dan akhirnya ia diasimilasikan dengan apa yang mereka sempat belajar tentang Islam.

Amalkan Kepercayaan Solat 3 Kali Sehari, Ini Adalah Komuniti Muslim 'Sasak' Di Indonesia

Apakah perbezaan mengikut kepercayaan Wetu Telu dengan Islam?

Yang ingin kami jelaskan, perbezaan pengikut Wetu Telu dengan Islam (Wetu Lima) di Pulau Lombok adalah dua kepercayaan yang berbeza.

Jika seorang penganut Wetu Telu ingin menerima aliran Lima Waktu (Wetu Lima), mereka melihatnya pertukaran agama seolah-olah murtad dan keluar daripada agama asal. Jika dilihat dari segi amalan, angka ‘3’ sememangnya mempengaruhi aspek ibadah dan kepercayaan Wetu Telu.

Kepercayaan bagi seorang pengikut Wetu Telu ini merangkumi 3 aspek Islam utama iaitu mengucap syahadah, solat 3 kali sehari dan berpuasa, tidak mewajibkan untuk membayar zakat dan ibadah haji. Solat 3 kali sehari tersebut merujuk kepada solat Subuh, Maghrib dan Isyak (Solat Zohor dan Asar tidak bukan kewajipan bagi mereka).

Selain itu, amalan puasa mereka juga berbeza, dikatakan bahawa mereka hanya diwajibkan untuk berpuasa 3 hari sahaja sepanjang bulan Ramadhan. Bagi melengkapkan ibadah untuk kaum Wetu Telu ini, mereka perlu berpuasa sekurang- kurangnya sehari dalam setiap 10 hari dalam bulan Ramadhan.

Amalkan Kepercayaan Solat 3 Kali Sehari, Ini Adalah Komuniti Muslim 'Sasak' Di Indonesia
Perayaan Perang Ketupat kaum Sasak di Lombok

Wetu Telu juga mempunyai perayaan/ ritual yang sangat unik!

Masyarakat Wetu Telu Sasak ini merayakan satu tradisi dan ritual turun menurun yang dinamakan ‘Perang Ketupat’ atau ‘Bom Ketupat’. Walaupun ianya disebut sebagai perang, namun ianya tidaklah seperti yang anda fikirkan. Ribuan ketupat ini akan diagihkan kepada sesiapa yang hadir dan dibaling kepada sesiapa dengan gelak tawa.

Ritual perayaan ini sememangnya sudah menjadi satu adat untuk disaksikan oleh pelancong luar. Ianya menjadi satu imej untuk melambangkan bahawa konsep yang dipegang sebagai Wisata Perdamaian Dunia.

Amalkan Kepercayaan Solat 3 Kali Sehari, Ini Adalah Komuniti Muslim 'Sasak' Di Indonesia
Perayaan Bubur Puteq dan Bubur Abang di Lombok

Selain itu, terdapat juga perayaan yang berkait rapat untuk menghargai para lelaki dan wanita kaum Wetu Telu iaitu ‘Selametan Bubur Puteq’ dan ‘Selametan Bubur Abang’. Tradisi ini disambut setiap 10 Muharram dan 8 Safar.

Dua tradisi ini membawa dua maksud yang berbeza, sambutan Bubur Puteq ini untuk meraikan lelaki menghasilkan benih yang mampu mencipta kehidupan baru. Manakala Bubur Abang atau bubur merah itu disambut sebagai memperingati kaum wanita mengandung dan melahirkan anak.

Amalkan Kepercayaan Solat 3 Kali Sehari, Ini Adalah Komuniti Muslim 'Sasak' Di Indonesia
Amalkan Kepercayaan Solat 3 Kali Sehari, Ini Adalah Komuniti Muslim ‘Sasak’ Di Indonesia

Di sini kita dapat konklusikan bahawa kaum Wetu Telu ini adalah umat Islam yang percaya bahawa Allah adalah Tuhan dan Nabi Muhamamd adalah utusannya. Tetapi kaum ini masih percayakan perkara-perkara mistik dan ajaib.

Usaha untuk melaksanakan kerja dakwah ke atas kaum ini masih bergerak aktif, tetapi kekangan yang dihadapi kerana kaum Wetu Telu ini masih berpegang teguh pada apa yang diamalkan oleh nenek moyang mereka.

Lagi menarik di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tidak Diwajib Mengerjakan Ibadah Puasa Di Bulan Ramadan, Jom Ketahui 6 Golongan Ini!
Next Article Tambah Kekerapan Ke Sabah Sarawak Sempena Raya, MAS Tak Berniat Letak Harga Tinggi Untuk Susahkan Pelanggan Tambah Kekerapan Ke Sabah Sarawak Sempena Raya, MAS Tak Berniat Letak Harga Tinggi Untuk Susahkan Pelanggan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?