• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Amaran Cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia, Hujan Lebat Di Sabah Dan Sarawak Hingga Ahad

Oleh
ILB - AI
14 Januari 2021
Kongsi
2 Min Bacaan
Amaran Cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia, Hujan Lebat Di Sabah Dan Sarawak Hingga Ahad

Hujan lebat diramalkan akan berterusan hingga Ahad ini

Amaran Cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia, Hujan Lebat Di Sabah Dan Sarawak Hingga Ahad. Dilaporkan Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan amaran cuaca oren dengan hujan berterusan di Sabah dan amaran cuaca kuning dengan hujan lebat di Sarawak.

Amaran Cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia, Hujan Lebat Di Sabah Dan Sarawak Hingga Ahad

Rakyat disarankan untuk berhati-hati

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Jailan Simon, amaran cuaca oren di Sabah melibatkan Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan hingga 15 Januari.

Sementara itu, amaran cuaca kuning di Sabah melibatkan Kudat untuk tempoh yang sama.

Bagi Sarawak, amaran cuaca amaran kuning melibatkan daerah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah untuk tempoh yang sama.

Gambar sekadar hiasan. Kredit: thoughtco

Mulai esok hingga 17 Januari, amaran cuaca berjaga-jaga dengan hujan lebat dikeluarkan untuk daerah Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) serta Limbang di Sarawak. Manakala kawasan pedalaman Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau Tambunan dan pantai Sabah dan Labuan juga diberikan amaran yang sama.

Masa tempoh ini, angin kencang akan berlaku di kawasan persisir di Sarawak dan Sabah. Dikatakan angin timur laut yang kuat hingga 60 km/j dengan gelombang setinggi 4.5 meter boleh berlaku di perairan Sarawak, Sabah Barat dan Labuan.

Angin timur laut hingga 50 km/j dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dapat terjadi di perairan Sabah Timur dan boleh merisikokan limpahan air di sepanjang pantai dan muara di kawasan terbabit.

Gambar sekadar hiasan. Kredit: Ada Derana

Hati-hati gais!

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Senarai Bantuan Yang Anda Boleh Sumbangkan Untuk Membantu Mangsa Banjir Senarai Bantuan Yang Anda Boleh Sumbangkan Untuk Membantu Mangsa Banjir
Next Article TERKINI: PKP Dilaksanakan Di Sibu Mulai 16 Januari 2021, Sarawak Catat 180 Kes Positif COVID-19

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?