• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

TERKINI: PKP Dilaksanakan Di Sibu Mulai 16 Januari 2021, Sarawak Catat 180 Kes Positif COVID-19

Oleh
Husna Hazmi
14 Januari 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Daripada 180 kes positif COVID-19 hari ini, 150 daripadanya adalah dari Sibu.

TERKINI: PKP Dilaksanakan Di Sibu Mulai 16 Januari 2021, Sarawak Catat 180 Kes Positif COVID-19. Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), hari ini terdapat 180 kes positif COVID-19 yang dikesan di Sarawak Sibu 150, Miri 9, Bintulu 4, Kuching 4, Dalat 3, Simunjan 2, Sebauh 2, Limbang 1, Samarahan 1, Tebedu 1, Betong 1, Sarikei 1 dan Lubok Antu 1.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di Sarawak meningkat kepada 1,920 kes.

Hari ini juga, Daerah Sarikei dan Lubok Antu telah bertukar kepada status Hijau kepada status Kuning setelah satu kes baharu dikesan melibatkan kes jangkitan tempatan dari daerah ini.

TERKINI: PKP dilaksanakan di Sibu Mulai 16 Januari 2021, Sarawak Catat 180 Kes Positif COVID-19
TERKINI: PKP dilaksanakan di Sibu Mulai 16 Januari 2021, Sarawak Catat 180 Kes Positif COVID-19

Kuching, Sibu dan Miri kekal berstatus Merah

Selain itu, daerah Kuching, Sibu dan Miri kekal berstatus Merah dengan sejumlah 586 kes jangkitan tempatan dilaporkan di tiga daerah ini dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Daerah Sebauh pula kekal berstatus Jingga dengan 23 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas. Daerah Beluru, Dalat, Selangau, Samarahan, Sri Aman, Bukit Mabong, Meradong, Bintulu dan Limbang juga kekal berstatus Kuning dengan jumlah keseluruhan 45 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas. Manakala 25 daerah lain kekal berstatus Hijau.

TERKINI: PKP dilaksanakan di Sibu Mulai 16 Januari 2021, Sarawak Catat 180 Kes Positif COVID-19

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Bahagian Sibu

Memandangkan bilangan kes positif COVID-19 di Bahagian Sibu semakin meningkat, JPBN telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Bahagian Sibu yang meliputi Daerah Sibu, Kanowit dan Selangau berkuatkuasa 16 Januari 2021 jam 12.01 pagi hingga 29 Januari 2021 jam 11.59 malam selama 14 hari.

SOP berhubung dengan PKP ini akan dimaklumkan kepada orang awam pada 15 Januari 2021. Manakala PKPB untuk Bahagian Sarikei masih dikekalkan.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Amaran Cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia, Hujan Lebat Di Sabah Dan Sarawak Hingga Ahad Amaran Cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia, Hujan Lebat Di Sabah Dan Sarawak Hingga Ahad
Next Article Tular Tangan Doktor Bergegar Suntik Presiden Jokowi, Ini 7 Pemimpin Dunia Yang Sudah Disuntik Vaksin COVID-19

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?