• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ambil Langkah Proaktif, Sarawak Dedah Lokasi Kunjungan Kes COVID-19 Mulai Hari Ini

Oleh
Husna Hazmi
6 Januari 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

JPBNS akan dedahkan lokasi kunjungan kes COVID-19 mulai hari ini.

Ambil Langkah Proaktif, Sarawak Dedah Lokasi Kunjungan Kes COVID-19 Mulai Hari Ini. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) akan mendedahkan dan memberitahu lokasi kunjungan kes positif COVID-19 mulai 6 Januari 2021.

Isi Isi Penting
  • JPBNS akan dedahkan lokasi kunjungan kes COVID-19 mulai hari ini.
  • Pemberitahuan maklumat ke lokasi secara tepat
  • Garis panduan pengecualian pembayaran kos kuarantin dan ujian RT-PCR COVID-19
  • 50 peratus daripada saiz ruang dan penjarakan fizikal dibenarkan

Menurut Timbalan Ketua Menteri dan juga Pengerusi JPBNS Datuk Amar Douglas Uggah Embas, pihaknya sebelum ini hanya mengeluarkan pemakluman secara umum tanpa tarikh dan juga waktu.

Ambil Langkah Proaktif, Sarawak Dedah Lokasi Kunjungan Kes COVID-19 Mulai Hari Ini
Ambil Langkah Proaktif, Sarawak Dedah Lokasi Kunjungan Kes COVID-19 Mulai Hari Ini

Pemberitahuan maklumat ke lokasi secara tepat

“Dengan pemberitahuan itu nanti ianya akan mengandungi maklumat, tarikh dan waktu kes ke lokasi berkenaan secara tepat yang dikesan melalui aplikasi.

“Kita berbincang panjang lebar mengenai perkara ini dan mengambil keputusan tersebut atas saranan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Dato Sri Dr Sim Kui Hian meskipun perkara ini amat sensitif,” kata beliau pada sidang media harian COVID-19 semalam.

Menurut beliau lagi, jika orang ramai turut melawati lokasi kes yang telah disahkan positif maka mereka boleh melakukan saringan di kemudahan kesihatan terdekat.

“Kita mengguna pakai pendekatan yang diambil oleh Singapura mengenai perkara ini,” ujar beliau.

Ambil Langkah Proaktif, Sarawak Dedah Lokasi Kunjungan Kes COVID-19 Mulai Hari Ini

Garis panduan pengecualian pembayaran kos kuarantin dan ujian RT-PCR COVID-19

Pada masa yang sama, Uggah memberitahu bahawa JPBNS turut mengeluarkan garis panduan pengecualian pembayaran kos kuarantin dan ujian RT-PCR COVID-19.

“Bagi kanak-kanak yang dilahirkan di luar Sarawak (tiga tahun ke atas) dan kedua-dua atau salah seorang ibu bapa adalah rakyat Sarawak, kos kuarantin dan ujian rt-PCR akan ditanggung oleh Kerajaan Sarawak,” kata beliau.

Manakala bagi bukan rakyat Sarawak yang pasangan merupakan rakyat Sarawak, menurut beliau, kos tanggungan bilik di pusat kuarantin dan ujian rt-PCR COVID-19 juga akan ditanggung oleh Kerajaan Sarawak tetapi perlu menunjukkan bukti surat perkahwinan,” jelas beliau.

Ambil Langkah Proaktif, Sarawak Dedah Lokasi Kunjungan Kes COVID-19 Mulai Hari Ini

50 peratus daripada saiz ruang dan penjarakan fizikal dibenarkan

Mengenai garis panduan perhimpunan orang ramai pula, Uggah berkata hanya 50 peratus daripada saiz ruang dan penjarakan fizikal dibenarkan.

“Contohnya, jika kapasiti sesebuah dewan boleh memuatkan 1,000 orang dalam satu masa, kita benarkan 50 peratus bagi kapasiti dewan berkenaan dan untuk tempat terbuka pula, hanya 200 orang dibenarkan”.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article TERKINI : Kluster Baru Melibatkan Miri Dan KK, Digelar Kluster Bah Sayap TERKINI : Kluster Baru Melibatkan Miri Dan KK, Digelar Kluster Bah Sayap
Next Article Bom Jepun Perang Dunia Kedua Seberat 113 Kilogram Di Miri Telah Dimusnahkan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?