• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ambil Tahu 4 Jenis Baby Car Seat Ini Supaya Anda Tidak Tersalah Beli

Oleh
Ismail NA
24 Januari 2020
Kongsi
4 Min Bacaan
Ambil Tahu 4 Jenis Baby Car Seat Ini Supaya Anda Tidak Tersalah Beli

Jenis Car Seat Berbeza Mengikut Kategori Umur

Ambil Tahu 4 Jenis Baby Car Seat Ini Supaya Anda Tidak Tersalah Beli
Kredit : FB Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR)

Ambil Tahu 4 Jenis Baby Car Seat Ini Supaya Anda Tidak Tersalah Beli. Pada Oktober tahun lalu, kerajaan Malaysia telah mewajibkan pemasangan tempat duduk keselamatan bayi berkuatkuasa 1 Januari 2020. Perkara ini telah diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dr Wan Azizah Wan Ismail. Namun, tahukah anda sebenarnya tempat duduk keselamatan bayi atau baby car seat ini dikategorikan kepada 4 jenis yang berbeza?

Isi Isi Penting
  • Kategori Umur : 0 – 18 Bulan
  • Kategori Umur : 15 Bulan – 4 Tahun
  • Kategori Umur : 4 – 7 Tahun
  • Kategori Umur : 6 tahun ke atas

Piawaian ini telah dikeluarkan oleh Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS) menerusi Garis Panduan Kerusi Keselamatan mengikut piawaian antarabangsa UN. Untuk pengetahuan anda, kanak-kanak yang berketinggian kurang dari 135 cm diwajibkan untuk menggunakan kerusi keselamatan ini. Oleh yang demikian, ibu bapa wajib memasangnya dalam kenderaan peribadi mereka.

Jom semak jenis baby car seat ini supaya anda tidak tersalah beli. Kalau car seat tak muat atau terlalu besar untuk anak anda pun masalah juga, kan?

1. Tempat Duduk Keselamatan Bayi

Kategori Umur : 0 – 18 Bulan

  • Ketinggian : Bayi yang kurang dari 83 cm
  • Berat : 9 kg – 13 kg
  • Cara pemasangan : CRS menghadap belakang
Ambil Tahu 4 Jenis Baby Car Seat Ini Supaya Anda Tidak Tersalah Beli
Kredit : FB Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR)

2. Tempat Duduk Keselamatan Kanak-Kanak

Kategori Umur : 15 Bulan – 4 Tahun

  • Ketinggian : Melebihi 71 cm
  • Berat : 9 – 18 kg
  • Cara pemasangan : CRS menghadap depan
Ambil Tahu 4 Jenis Baby Car Seat Ini Supaya Anda Tidak Tersalah Beli
Kredit : FB Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR)

3. Booster Dengan 5 Poin Harness

Kategori Umur : 4 – 7 Tahun

  • Ketinggian : 100 cm ke atas
  • Berat : 15 – 25 kg
  • Cara pemasangan : CRS menghadap depan
Kredit : FB Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR)

4. Tempat Duduk Sokongan (Booster Seat)

Kategori Umur : 6 tahun ke atas

  • Ketinggian : Sehingga 135 cm
  • Berat : 25 – 36 kg
  • Cara pemasangan : CRS menghadap depan
Kredit : FB Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR)

Maklumat Tambahan Yang Perlu Anda Tahu

Selain daripada jenis car seat di atas, anda juga perlu memastikan bahawa mempunyai label kelulusan Piawaian ECE R44/04 atau ECE R129. Namun, jika anda membeli car seat yang berada di pasaran tahun 2020, anda juga boleh memeriksa sama ada ianya dilengkapi dengan label QR MIROS.

Ambil Tahu 4 Jenis Baby Car Seat Ini Supaya Anda Tidak Tersalah Beli
Ambil Tahu 4 Jenis Baby Car Seat Ini Supaya Anda Tidak Tersalah Beli. Kredit : FB Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR)

Berdasarkan kajian Kementerian Pengangkutan, kesedaran ibu bapa tentang keselamatan kanak-kanak di dalam kenderaan adalah masih berada pada tahap yang rendah iaitu 36%. Kebanyakan negara maju di barat seperti Amerika Syarikat, Kanada, Sepanyol dan Jerman sudah lama menguatkuasakan undang-undang ini. Di Malaysia, saman tidak memasang tempat duduk keselamatan kanak-kanak adalah RM300 berbanding 500 pounds sterling (RM 2,667.27) di United Kingdom. Aiyok!

Walau pun langkah ini kelihatan masih janggal dalam kalangan ibu bapa di Malaysia, namun apa yang penting ialah ia dapat mengurangkan risiko kehilangan nyawa anak anda apabila berlaku kemalangan.

Mana yang lebih anda sayang? Tak salah melabur sedikit untuk keselamatan anak-anak anda, kan?

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Viral Video Lelaki Guna Hilux Cuba Belasah Sekuriti Di VIVACITY Kuching
Next Article Singapura Disahkan Mempunyai Kes Pertama Coronavirus Wuhan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?