• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Singapura Disahkan Mempunyai Kes Pertama Coronavirus Wuhan

Oleh
ILB - AI
24 Januari 2020
Kongsi
3 Min Bacaan

Singapura Disahkan Mempunyai Kes Pertama Coronavirus Wuhan. Sebelum ini, negara-negara luar China iaitu Jepun, Hong Kong, Vietnam, dan Korea Selatan disahkan mempunyai kes jangkitan coronavirus Wuhan. Baru-baru ini, Singapore telah disahkan mempunyai kes pertama virus ini dan warganegara negara berdekatan harus berwaspada untuk mengelak dijangkiti oleh virus ini.

Singapura Disahkan Mempunyai Kes Pertama Coronavirus Wuhan

Pesakit Adalah Warganegara China Yang Berasal Dari Wuhan

Menurut Kementerian Kesihatan Singapura, individu yang disyaki dijangkit virus Wuhan adalah seorang lelaki warga China berusia 66 tahun yang berasal dari Wuhan. Individu tersebut tiba di Singapura bersama keluarganya pada 20 Januari tahun ini dan kini ditempatkan di ruang pengasingan di Hospital Umum Singapura (SGH) dan keadaannya stabil.

Singapura Disahkan Mempunyai Kes Pertama Coronavirus Wuhan

Pesakit sebelum ini berdiam di Rasa Sentosa Resort & Spa Shangri-La di Sentosa dan dia telah menyatakan bahawa dia hanya di dalam persekitaran hotel sebelum dimasukkan ke dalam hospital.

Singapura Disahkan Mempunyai Kes Pertama Coronavirus Wuhan

Seorang lagi sahabat yang datang dengan individu tersebut dari China, seorang lelaki berusia 37 tahun dari Wuhan, sedang ditahan kerana disyaki dijangkit virus Wuhan. Keadaannya stabil.

Kementerian telah memulakan pengesanan hubungan pesakit ini dan sembilan kenalan rapat setakat ini telah dikenalpasti. Kenalan-kenalan ini merupakan travelling buddies kepada pesakit tersebut.

Sebagai langkah untuk berjaga-jaga, semua saudara dan sahabat pesakit yang berhubung kepada pesakit sebelum dimasukkan ke hospital akan dikuarantin selama 14 hari dari pendedahan terakhir mereka kepada pesakit, kata kementerian.

Dimaklumkan juga adalah sebuah kes disyaki dimana seorang wanita Cina berusia 53 tahun dari Wuhan diuji positif coronavirus dalam ujian awal. Kondisi wanita ini stabil dan keputusan ujian pengesahan belum selesai, kata kementerian. Buat sementara ini, wanita tersebut dimasukkan ke jabatan kecemasan SGH setelah mengalami demam dan batuk.

Berwaspada Ketika Anda Di Luar

Sekiranya anda akan melancong ke Singapura sempena cuti Tahun Baru Cina, pastikan anda sihat sebelum berjalan dan praktikkan penjagaan kebersihan yang bagus. Gunakan topeng muka sekiranya perlu dan jangan lupa untuk mencuci tangan selepas menyentuh apa-apa. Anda juga boleh guna hand sanitizer yang membasmikan kuman sekiranya anda tiada akses kepada saluran air. Elak menyentuh hidung, mata dan mulut dan sentiasa menutup mulut sekiranya anda bersin atau batuk. Sebagai langkah berwaspada, elak pergi ke tempat yang sesak dan segera berjumpa dengan doktok sekiranya anda mengesyaki anda demam. Bertindak awal sebelum ia menjadi benda yang kita tidak ingini.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ambil Tahu 4 Jenis Baby Car Seat Ini Supaya Anda Tidak Tersalah Beli Ambil Tahu 4 Jenis Baby Car Seat Ini Supaya Anda Tidak Tersalah Beli
Next Article UKM Confession Padam Akaun Facebook Selepas Dikecam Netizen Akibat Mengkritik Adik Issabelle UKM Confession Padam Akaun Facebook Selepas Dikecam Netizen Akibat Mengkritik Adik Issabelle

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?