• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Amir Jahari Kongsi Kisah Jadi Peminat Beto Kusyairi

Oleh
ILB - AI
30 Mac 2023
Kongsi
3 Min Bacaan

Karya-karya lakonan dan lagu yang hebat dari pelakon dan penyayi versatil

Amir Jahari Kongsi Kisah Jadi Peminat Beto Kusyairi. Sebut sahaja nama pelakon, Beto Kusyairy pasti orang mengenalinya dengan lakonan yang hebat dan bijak menghayati setiap wataknya serta versatil. Itulah pujian yang sering dihujani dari peminat dalam media sosial.

Namun begitu, salah seorang peminat kepada Beto iaitu penyanyi, pemuzik dan penulis lagu, Amir Jahari meluahkan rasa syukurnya dapat menulis lagu bagi filem-filem yang dilakonkan oleh Beto.

Menerusi satu hantaran di akaun Twitter milik Amir Jahari atau nama sebenarnya Mohamad Amirullah Jahari, dia berkongsikan kisahnya sebagai peminat kepada Beto.

Nak cerita jodoh ni menarik.

Aku memang minat lakonan abang ni. Masa 1st time lagu aku #Tanpamu jadi salah satu runut bunyi dalam Filem #IstanbulAkuDatang , dia ada berlakon. Masa tu pun aku dah excited, walaupun sikit je la lagu #Tanpamu tu dimainkan dalam filem tu.. pic.twitter.com/8Z1Cq4vuzt

— Amir Jahari (@amirjaharimuzik) March 29, 2023

Kisahnya bermula disini..

Malah, dia menyatakan ketika mengeluarkan lagu pertamanya, ‘Tanpamu’, dia sangat gembira kerana ia menjadi salah satu runut bunyi untuk filem Beto, Istanbul Aku Datang.

“Nak cerita jodoh ni menarik. Aku memang minat lakonan abang ni. Masa 1st time lagu aku #Tanpamu jadi salah satu runut bunyi dalam Filem #IstanbulAkuDatang , dia ada berlakon.

“Masa tu pun aku dah excited, walaupun sikit je la lagu #Tanpamu tu dimainkan dalam filem tu,” ujarnya di laman Twitter.

Selepas mencipta lagu berjudul ‘Hasrat’, penyanyi kelahiran Sarawak itu memberanikan diri melancarkan Servis Cipta Lagu untuk orang ramai yang ingin mengeluarkan ‘single’ mereka.

Amir Jahari Kongsi Kisah Jadi Peminat Beto Kusyairi
Sumber: Amir Jahari

“Selepas aku buat lagu #Hasrat , aku beranikan diri untuk buat Servis Cipta Lagu. Ye la, waktu PKP, apa yang musician full time boleh buat nak cari duit? Servis ni aku buka untuk orang awam yang berminat nak keluarkan single, tapi tak de bajet besar. A long the way..,” tulisnya lagi.

Dalam pada itu, sebuah produksi telefilem telah meminta Amir mencipta Original soundtrack (OST) khas untuk telefilem tersebut. Amir sangat gembira apabila mengetahui pelakon kegemarannya, Beto, turut berada dalam telefilem itu.

“Ada satu produksi telefilem ni mintak aku buatkan OST memang khas untuk telefilem tu. Guest what? Abang ni berlakon jadi Hero. Since aku tak nak keluar menyanyi dah, jadi aku suggest sorang talent ni untuk nyanyikan lagu tu.

Amir terharu OST Hasrat digunakan dalam filem Imaginur

Apa yang lebih mengharukan, apabila dia melihat poster filem Imaginur di New York tahun lalu, dia menyedari Beto turut berada dalam filem itu. Penyanyi berusia 31 tahun itu lebih teruja menonton filem Imaginur berbanding mendengar lagunya sendiri Hasrat, yang menjadi OST filem tersebut.

“Bagi aku it’s an honor dapat menulis lagu dalam karya lakonannya,” katanya gembira.

“Makasih abang Beto dan isteri datang untuk support Hasrat Music Showcase. Sebenarnya nak bagi tiket untuk semua team #Imaginur. Sekali dah beli. I truly appreciate it,” ujarnya kepada Beto yang turut hadir menyokong Hasrat Music Showcase.

Amir Jahari Kongsi Kisah Jadi Peminat Beto Kusyairi
Sumber: Amir Jahari

Amir juga berharap semoga lebih banyak karya-karya lagunya digunakan dalam projek lakonan Beto pada masa akan datang.

Baca juga kisah yang berkaitan:

Meski Sudah Mohon Maaf, Ahli Politik Belum Turunkan Video Sokong ‘Abah’ Guna Lagu Amir Jahari Di Tiktok
Tribute Buat ‘Abah’, Amir Jahari Desak Ahli Politik Padam Video Guna Lagu Tanpa Izin
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Mat Rempit Tunjuk Hebat, Netizen Geram Lihat Individu Buat Aksi Superman Di Petra Jaya Mat Rempit Tunjuk Hebat, Netizen Geram Lihat Individu Buat Aksi Superman Di Petra Jaya
Next Article Boleh Tuntut Refund Segera, AirAsia Lancar Panggilan Khidmat Pelanggan Melalui Super App Boleh Tuntut Refund Segera, AirAsia Lancar Panggilan Khidmat Pelanggan Melalui Super App

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?