• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Meski Sudah Mohon Maaf, Ahli Politik Belum Turunkan Video Sokong ‘Abah’ Guna Lagu Amir Jahari Di Tiktok

Oleh
Aina Musa
11 Mac 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Meski Sudah Mohon Maaf, Ahli Politik Belum Turunkan Video Sokong 'Abah' Guna Lagu Amir Jahari Di Tiktok

Sudah pun meminta maaf tapi reaksinya pula jadi perhatian

Meski Sudah Mohon Maaf, Ahli Politik Belum Turunkan Video Sokong ‘Abah’ Guna Lagu Amir Jahari Di Tiktok. Setelah dakwaan dilontarkan terhadap Presiden Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, banyak penyokong berkumpul di Mahkamah Kuala Lumpur sebagai tanda sokongan kepada bekas Perdana Menteri tersebut.

Penyokong parti itu telah dikesan berada di kawasan tempat letak kereta di luar Mahkamah Kuala Lumpur sejak jam 8 pagi semalam. Mereka memakai pengikat kepala dan memakai baju putih bertulis ‘Kami Bersama Abah’ sebagai tanda sokongan.

Meski Sudah Mohon Maaf, Ahli Politik Belum Turunkan Video Sokong 'Abah' Guna Lagu Amir Jahari Di Tiktok
Meski Sudah Mohon Maaf, Ahli Politik Belum Turunkan Video Sokong ‘Abah’ Guna Lagu Amir Jahari Di Tiktok. Kredit: Google

Amir Jahari tidak mengizinkan lagunya untuk kandungan politik

Sebuah rakaman menunjukkan para penyokong yang berkumpul di situ untuk memberikan sokongan kepada ahli Parlimen Pagoh itu tular di media sosial sejak semalam.

Sebuah video montaj selama 1 minit 5 saat telah tular, dengan latar belakang muzik lagu berjudul “Hasrat” oleh Amir Jahari. Namun, yang menarik perhatian apabila empunya lagu tersebut tidak berpuas hati dan merasa tidak senang dengan kandungan video tersebut.

Meski Sudah Mohon Maaf, Ahli Politik Belum Turunkan Video Sokong 'Abah' Guna Lagu Amir Jahari Di Tiktok

Menurut Amir Jahari, dia tidak mengizinkan orang lain untuk menggunakan lagunya untuk agenda politik. Tambahnya, beliau membenarkan lagu tersebut dipakai, tetapi beliau tidak mengizinkan lagu tersebut untuk kandungan politik.

Video tersebut masih berlegar-legar di Tiktok

Justeru, Datuk Mas Ermieyati pada petang semalam dalam satu ucapan telah memohon maaf kepada penyanyi Amir Jahari. Namun, nadanya memohon maaf itu pula menjadi perhatian netizen.

Meski Sudah Mohon Maaf, Ahli Politik Belum Turunkan Video Sokong 'Abah' Guna Lagu Amir Jahari Di Tiktok

Berdasarkan video itu, gayanya yang berbunyi sinis dilihat seolah-olah tidak ‘ikhlas’ membuat permohonan maaf kepada penyanyi lelaki tersebut.

Bahkan, video asal solidariti buat Tan Sri Muhyiddin Yassin juga masih belum diturunkan oleh beliau di Tiktok walaupun pada awalnya beliau berjanji untuk menurunkan video tersebut menerusi ucapan permohonan maaf itu.

Baca lagi artikel menarik:

Tribute Buat ‘Abah’, Amir Jahari Desak Ahli Politik Padam Video Guna Lagu Tanpa Izin
Makan Nasi Dengan Kicap Sebulan, Anak Seni Sarawak Amir Jahari Kongsi Keperitan Hidup

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Cafe Hidden Gem, Dawn House Di Sarikei Ini Saji Menu Unik Gabungan Asia Dan Barat Buat Anda
Next Article Mini Photoshoot Bersama Bestie Anda, Ini 3 Self Photo Studio 'Hidden' Di Kuching Mini Photoshoot Bersama Bestie Anda, Ini 3 Self Photo Studio ‘Hidden’ Di Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?