• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Remaja Jadi Hamba Seks Bapa Kandung Durjana Sejak 6 Tahun

Oleh
Husna Hazmi
29 Oktober 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Remaja tersebut telah dirogol sejak usianya 6 tahun lagi

Remaja Jadi Hamba Seks Bapa Kandung Durjana Sejak 6 Tahun. Dilaporkan bahawa, seorang pekerja kebun yang juga merupakan bapa kepada anak kandungnya tergamak merogol mangsa sejak berusia enam tahun sehingga 17 tahun dan mengandung di rumahnya berhampiran Parit Jawa, Muar.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata laporan sumbang mahram terbabit diterima pihaknya semalam kira-kira jam 9 malam.

Remaja Jadi Hamba Seks Bapa Kandung Durjana Sejak 6 Tahun
Remaja Jadi Hamba Seks Bapa Kandung Durjana Sejak 6 Tahun

Mangsa telah membuat aduan polis

Dikatakan bahawa pada 28 Oktober mangsa telah hadir ke balai polis bagi membuat aduan setelah dirogol oleh bapa kandungnya tanpa kerelaan.

Mangsa yang berusia 17 tahun warganegara tempatan tersebut telah mendapati dirinya mengandung hasil ujian saringan air kencing.

Setelah disoal siasat di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Muar, didapati bahawa mangsa telah dirogol oleh suspek sejak berusia 6 tahun lagi sehingga baru-baru ini pelajar malang terbabit disahkan mengandung.

Remaja Jadi Hamba Seks Bapa Kandung Durjana Sejak 6 Tahun

Suspek positif dadah ketika ditahan

Suspek warganegara tempatan berusia 41 tahun berkenaan telah ditahan oleh pihak pols dirumahnya pada jam 1.20 pagi, hari ini.

Ujian air kencing menunjukkan suspek positif dadah dan siasatan masih berjalan. Kes disiasat mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan di mana sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum sehingga 30 tahun dan 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

“Suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 4 November,” kata Ketua Polis Daerah Muar. 

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

Banyak Kali Dipaksa Buat Oral Seks, Guru Di Sabah Rogol Pelajar Tingkatan 4 Dalam Rumah Ditahan Polis
Dipelawa Keluar Makan Malam, Remaja Perempuan Trauma Dirogol Rakan Lelaki Di Tangga
SUMBER :Kosmo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article India Hadkan Eksport Bawang, Harga Kini Cecah USD800 Satu Tan
Next Article Perjuangan Mustapha Bin Harun Bebaskan Borneo Utara Dalam Genggaman Jepun Perjuangan Mustapha Bin Harun Bebaskan Sabah Dalam Genggaman Jepun

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?