• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Banyak Kali Dipaksa Buat Oral Seks, Guru Di Sabah Rogol Pelajar Tingkatan 4 Dalam Rumah Ditahan Polis

Oleh
Husna Hazmi
21 Oktober 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Suspek kini telah ditahan reman bagi membantu siasatan.

Banyak Kali Dipaksa Buat Oral Seks, Guru Di Sabah Rogol Pelajar Tingkatan 4 Dalam Rumah Ditahan Polis. Dilaporkan bahawa seorang guru sekolah menegah di Tawau telah ditahan polis kerana disyaki merogol pelajar sekolah semalam.

Suspek yang berusia 36 tahun berkenaan ditahan oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau berhampiran sebuah premis di Kumpleks Fajar pada malam semalam.

Banyak Kali Dipaksa Buat Oral Seks, Guru Di Sabah Rogol Pelajar Tingkatan 4 Dalam Rumah Ditahan Polis
Banyak Kali Dipaksa Buat Oral Seks, Guru Di Sabah Rogol Pelajar Tingkatan 4 Dalam Rumah Ditahan Polis. Kredit Gambar: Harian Metro

Menurut Ketua Polis Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin, tangkapan ke atas suspek dibuat susulah laporan dibuat oleh mangsa yang mendakwa dirogol suspek.

Beliau berkata bahawa mangsa yang merupakan anak sulung daripada enam beradik itu adalah pelajar Tingkatan 4 dan mendakwa dirogol di dalam bilik rumah guru terbabit di sebuah taman perumahan di Jalan Apas, antara 2.30 hingga 4.45 petang Khamis.

Dikatakan bahawa ketika kejadian suspek telah meminta mangsa melakukan oral seks sebelum melakukan hubungan seks tanpa kerelaan mangsa.

Banyak Kali Dipaksa Buat Oral Seks, Guru Di Sabah Rogol Pelajar Tingkatan 4 Dalam Rumah Ditahan Polis

Siasatan awal mendapati mangsa dan suspek tidak menjalin hubungan cinta melainkan hubungan sebagai pelajar dan guru sahaja.

Bagaimanapun, mangsa mengaku suspek pernah beberapa kali memintanya melakukan oral seks ketika keluar berdua-duaan antara Ogos tahun lalu sehingga 18 Oktober ini.

Terdahulu, suspek dibawa ke mahkamah untuk permohonan perintah reman dan direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 377(C) Kanun yang sama.

Lagi berita untuk anda di sini:

40 Remaja Dicabul, Dipaksa Buat Seks Oral Jika Nak Masuk Geng Motor
Orang Utan Dirantai Bertahun, Trauma Jadi Hamba Lelaki Gila Seks
SUMBER :Harian Metro
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kini Berlangsung, Karnival Taste Of Borneo 2023 Di Stadium Tertutup Miri Tawar Pelbagai Makanan Unik
Next Article Wanita Iban Ini Ceritakan Perbandingan Pengalaman Kerja Sebagai Jururawat Di Malaysia Dan Arab Saudi Wanita Iban Ini Ceritakan Perbandingan Pengalaman Kerja Sebagai Jururawat Di Malaysia Dan Arab Saudi

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?