I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Anak Jati Sarawak Jadi Wanita Malaysia Pertama Dilantik Sebagai Pengerusi Shell
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Anak Jati Sarawak Jadi Wanita Malaysia Pertama Dilantik Sebagai Pengerusi Shell

Oleh Siti Nur Atiqah Manan 15 Disember 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Siti Hurrairah Sulaiman, anak kelahiran Kuching, Sarawak jadi wanita Malaysia pertama dilantik jadi Pengerusi Shell

Anak Jati Sarawak Jadi Wanita Malaysia Pertama Dilantik Sebagai Pengerusi Shell. Semakin hari, nama Sarawak semakin menjulang bukan sahaja di peringkat dalam negara kita sendiri malah sehingga ke luar negara. Yang pasti, nama Sarawak dikenali dengan kehebatan anak jati Sarawak yang melakar sejarah kegemilangan mereka tersendiri.

Salah seorang anak jati Sarawak yang telah melakar sejarah dalam bidang yang beliau ceburi adalah Siti Hurrairah Sulaiman. Wanita kelahiran Kuching, Sarawak ini telah mencipta sejarah sebagai wanita Malaysia pertama yang dilantik menjadi Pengerusi Shell.

Anak Jati Sarawak Jadi Wanita Malaysia Pertama Dilantik Sebagai Pengerusi Shell
Anak Jati Sarawak Jadi Wanita Malaysia Pertama Dilantik Sebagai Pengerusi Shell. Sumber gambar: Twitter @datukhensem

Banyak liku dihadapi dari mula menceburi bidang didominasi lelaki dan beliau bermula menjadi jurutera operasi pada tahun 1994

Lantikan yang akan berkuatkuasa bermula pada 1 Januari 2023 tersebut, bukan lah satu lantikan segera. Banyak liku dalam perjalanan yang ditempuhi oleh beliau sehingga berjaya dilantik pengerusi syarikat gergasi tersebut.

Menghabiskan pengajian di Imperial College London dengan Ijazah Kelas Pertama dalam bidang kejuruteraan mekanikal, Siti Hurrairah memulakan karier dalam bidang yang didominasikan oleh kaum Adam ini sebagai seorang jurutera operasi di Shell Malaysia pada tahun 1994.

Anak Jati Sarawak Jadi Wanita Malaysia Pertama Dilantik Sebagai Pengerusi Shell
Anak Jati Sarawak Jadi Wanita Malaysia Pertama Dilantik Sebagai Pengerusi Shell. Sumber gambar: BORNEO POST online

Pada Tahun 2001, beliau telah berhijrah ke Shell UK di Aberdeen, Scotland sebagai seorang perancang pembangunan dan pakar ekonomi sebelum kembali semula ke Malaysia pada tahun 2004 dan berjaya menjadi pengurus pula.

Beliau juga telah mencipta sejarah jadi wanita Malaysia pertama menjadi direktur untuk Sabah Shell Petroleum Company Limited

Ini bukan kali pertama beliau mencipta sejarah sebagai wanita Malaysia pertama kerana pada tahun 2011, beliau juga adalah wanita Malaysia pertama yang bertugas sebagai pengurus dan menjadi direktur untuk Sabah Shell Petroleum Company Limited.

Banyak kejayaan yang dicapai oleh beliau semasa berkhidmat setia dengan Shell ini sehingga tepat pada 1 Ogos 2021, beliau telah dilantik menjadi Naib Presiden Technical Asset Operations Shell.

Anak Jati Sarawak Jadi Wanita Malaysia Pertama Dilantik Sebagai Pengerusi Shell
Sumber gambar: BORNEO POST online

Tuah sememangnya miilik wanita hebat ini apabila tahun hadapan, beliau akan memulakan kariernya sebagai Pengerusi Shell Malaysia setelah 2 tahun berkhidmat sebagai Naib Presiden yang menggantikan Dato Ivan Tan.

Bukan calang-calang wanita Sarawak ni ye. Pelbagai jawatan dan kejayaan sudah dia lakarkan dalam bidang yang didominasi kan oleh kaum lelaki ni. Sememangnya beliau layak dengan lantikan jawatan tersebut.

SUMBER : Twitter @datukhensem
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Niat Bantu 'Kekasih' Dari Ditahan Imigresen, Wanita Di Sibu Ini Rugi RM152K Akibat Lovescam Niat Bantu ‘Kekasih’ Dari Ditahan Imigresen, Wanita Di Sibu Ini Rugi RM152K Akibat Lovescam
Next Article Dari English Breakfast Ke Hidangan Lokal, Nikmati Sarapan Pagi Di Toast Bread Cafe Kuching Dari English Breakfast Ke Hidangan Lokal, Nikmati Sarapan Pagi Di Toast Bread Cafe Kuching

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak
#innovatesarawak 27 Januari 2023
TEGAS Digital Village Cipta Sejarah, Dinobat Anugerah Berprestij BrandLaureate 2022
#innovatesarawak 8 Disember 2022
Bina Startup Berteraskan Sekuriti Makanan Dalam Masa 54 Jam Menerusi Program Ini
#innovatesarawak 25 Ogos 2022
Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
#innovatesarawak 3 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?