• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Niat Bantu ‘Kekasih’ Dari Ditahan Imigresen, Wanita Di Sibu Ini Rugi RM152K Akibat Lovescam

Oleh
Nazihah AN
15 Disember 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
Niat Bantu 'Kekasih' Dari Ditahan Imigresen, Wanita Di Sibu Ini Rugi RM152K Akibat Lovescam

Wanita di Sibu ini mengalami kerugian sebanyak RM152,050

Niat Bantu ‘Kekasih’ Dari Ditahan Imigresen, Wanita Di Sibu Ini Rugi RM152K Akibat Lovescam. Memancing cinta menggunakan kata-kata romantis dan janji-janji palsu untuk memperdaya mangsa merupakan taktik penipuan ‘Love Scam’ yang digunakan untuk menjerat mangsa kebanyakannya wanita yang kesepian dan ingin mencari pasangan.

Angkara terpedaya dengan cinta Facebook, seorang wanita yang berusia 44 tahun ini mengalami kerugian RM152,050 selepas dipercayai ditipu sindiket Love Scam.

Niat Bantu 'Kekasih' Dari Ditahan Imigresen, Wanita Di Sibu Ini Rugi RM152K Akibat Lovescam
Niat Bantu ‘Kekasih’ Dari Ditahan Imigresen, Wanita Di Sibu Ini Rugi RM152K Akibat Lovescam

Katanya ditahan di Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)

Menurut laporan media tempatan, menerusi kenyataan dari Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata mangsa mengenali suspek yang didakwa berasal dari United Kingdom (UK) menerusi Facebook sejak September tahun ini.

Daripada perkenalan itu mangsa kemudian berhubung dengan suspek melalui aplikasi Whatsapp. Menerusi perbualan, suspek memaklumkan bahawa dirinya ditahan di Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas didapati membawa sejumlah besar wang tunai dari UK pada 8 Oktober.

Niat Bantu 'Kekasih' Dari Ditahan Imigresen, Wanita Di Sibu Ini Rugi RM152K Akibat Lovescam

Mangsa melakukan 27 transaksi ke dalam dua akaun berbeza

Bersimpati dengan suspek tersebut dan atas dasar kepercayaan, mangsa kemudian membuat pembayaran seperti yang diminta dengan memasukkan wang secara beransur-ansur ke dalam akaun yang diberikan suspek.

Dari 10 Okt hingga 5 Dis, mangsa melakukan 27 transaksi ke dalam dua akaun berbeza bagi membantu membebaskan suspek daripada tahanan imigresen. Mangsa hanya menyedari ditipu selepas diarahkan membuat bayaran lebih. Mangsa kemudian memaklumkan rakannya dan dinasihatkan untuk membuat laporan polis.

Niat Bantu 'Kekasih' Dari Ditahan Imigresen, Wanita Di Sibu Ini Rugi RM152K Akibat Lovescam
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Remaja Ditemui Maut Di Sadong Jaya, Terkena Renjatan Elektrik Ketika Mencuri Wayar Remaja Ditemui Maut Di Sadong Jaya, Terkena Renjatan Elektrik Ketika Mencuri Wayar
Next Article Anak Jati Sarawak Jadi Wanita Malaysia Pertama Dilantik Sebagai Pengerusi Shell

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?