• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Paul Dan Lemon, Orang Utan Kembar Pertama Di Sarawak Ditemui Di Batang Ai

Oleh
Aina Musa
1 Mac 2024
Kongsi
3 Min Bacaan
Paul Dan Lemon, Orang Utan Kembar Pertama Di Sarawak Ditemui Di Batang Ai

Kembar anak orang utan pertama di Sarawak

Kembar Anak Orang Utan Pertama Di Sarawak Ditemui Di Batang Ai. Kembar anak orang utan yang pertama kali dilihat di Sarawak ditemui berhampiran Borneo Adventure, Nanga Sumpa di Batang Ai.

Penemuan itu dibuat oleh pemandu pelancong Borneo Adventure Paul Matthew dan Lemon Praddy serta tiga orang pelancong pada 16 Januari 2024.

Paul Dan Lemon, Orang Utan Kembar Pertama Di Sarawak Ditemui Di Batang Ai. Sumber: Utusan Borneo

Menurut Sarawak Forestry Corporation (SFC), kembar anak orang utan itu dilihat berdekatan dengan pondok Borneo Adventure, Nanga Sumpa dan diperhatikan selama 45 minit sebelum mereka masuk ke dalam hutan hujan.

Borneo Adventure telah menamakan kembar itu Paul dan Lemon sempena nama pemandu pelancong yang pertama kali melihat kembar berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif SFC Abang Arbi Abang Aimran berkata, kemunculan kembar itu merupakan berita baik.

“Ia menunjukkan kawasan terlindung ini mempunyai habitat dan makanan yang mencukupi bagi si ibu untuk membekalkan khasiat kepada anak kembar.

“SFC juga akan terus bekerjasama dengan sektor swasta dan komuniti untuk memastikan populasi orang utan terus kekal,” katanya.

Beliau menjelaskan bahawa kembar adalah kejadian yang sangat jarang berlaku dalam kalangan orang utan.

Katanya, membesarkan anak kembar bukan mudah bagi si ibu kerana dia perlu memegang dua bayi di kanopi hutan hujan yang tinggi dan mencabar.

Malah, terdapat risiko bayi orang utan itu boleh terlepas pegangan dan terjatuh apabila si ibu bergerak melalui kanopi.

Si ibu juga mesti mencari lebih banyak makanan supaya dia dapat menghasilkan susu yang cukup untuk memberi makan anak kembarnya.

“Semua ini bergantung pada persekitaran yang selamat dan produktif yang menyediakan habitat dan makanan yang mencukupi untuk orang utan terus hidup.

“Namun kita bersyukur kerana kawasan hulu Sungai Delok di Batang Ai masih menyediakan habitat sedemikian,” katanya.

Abang Arbi berkata, kembar anak orang utan itu mengingatkan tentang kepentingan alam semula jadi Sarawak dan tanggungjawab untuk melindungi warisan ini.

Borneo Adventure telah menjalankan lawatan di kawasan berkenaan sejak 1987 dengan kerjasama penduduk tempatan.

Komitmen jangka panjang komuniti dan syarikat terhadap pemuliharaan telah melahirkan produk pelancongan mampan dan populasi orang utan serta hidupan liar yang semakin bertambah.

Kebanyakan kawasan luar kawasan perlindungan sedia ada kini telah diwartakan sebagai kawasan pemuliharaan untuk melindungi hutan yang diperlukan bagi memastikan kemandirian orang utan di habitat asli mereka.

Keputusan ini adalah berdasarkan maklumat yang dikumpul semasa tinjauan sarang orang utan pada 2012 dan 2013 yang menunjukkan kepentingan kawasan berkenaan untuk tujuan pemuliharaan.

Usaha ini telah dibantu dan disokong oleh Jabatan Hutan Sarawak (JHS) dan SFC bersama dengan Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar (WCS), Borneo Adventure dan penduduk tempatan.

Hakikat bahawa kawasan ini merupakan habitat orang utan yang berharga dan juga menyediakan sumber pendapatan melalui pelancongan adalah sebab utama ia diwartakan sebagai kawasan pemuliharaan.

Baca lagi artikel menarik:

Simbol Ikonik Di Borneo, Ini 5 Fakta Menarik Tentang Orang Utan Untuk Anda
Antara Haiwan Paling Bijak Di Dunia, Ini 4 Orang Utan Yang Menunjukkan Kecerdasan Mereka
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tiada Bunyi Hon, Pengunjung Puji Sikap Sopan Pemandu Kenderaan Di Kuching
Next Article Menjadi Penghubung Sabah, Brunei Dan Kalimantan, Miri Sentral Kini Siap Sepenuhnya Menjadi Penghubung Sabah, Brunei Dan Kalimantan, Miri Sentral Kini Siap Sepenuhnya

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?